Terima kasih sebab siarkan luahan aku. Aku bukan nak cerita pasal hal rumah tangga tapi hal jiran tetangga. Ok. Sebelum tu aku nak bagitahu cov1d ni banyak membuka mata aku. Aku dapat mengenal siapa lawan siapa kawan.
Jiran aku semua baik-baik. Bertepuk tampar bersama-sama. Selalu bertukar-tukar makanan or buah-buahan, senang nak minta tolong kalau aku susah. Bahagiakan aku?
Bertahun-tahun aku bahagia dengan jiran-jiran yang baik hati selalu bertanya khabar, ringan tulang.
Suatu hari yang indah, aku dapat berita suamiku positif cov1d. Aku ingat lagi hari itu hari rabu. Suami aku dah sakit urat, batuk sikit-sikit. Petang rabu dia pergi swab test. Esok petangnya baru dapat result. Suami aku positif cov1d.
Dalam pada itu anak sulungku dah mula demam. Bila suami aku positif, aku suruh anak sulungku jangan keluar bilik. Suami aku pun dah kuarantin dalam bilik dah. Tinggallah aku 4 beranak kat luar.
Tiba2 aku dapat 1 wasap dari jiran aku bertanya adakah suami aku positif cov1d. Aku pun mengiyakan. Tak kan aku nak tipukan. Berita suami aku positif cepat betul tersebar macam virus cov1d jugak.
Maka tersebarlah berita itu. Berdesup-desup wasap masuk.
Esoknya Jumaat, aku dan 4 orang anak aku pun pergi buat swab test di klinik swasta. Aku angkut semua anak aku 1 kereta cuma yang sulung tu sahaja yang drive sendiri sebab dia dah demam.
Aku lalu depan rumah jiran aku. Nampak jiran aku yang selalunya ramah mesra dengan aku kat ampai kain, mukanya jadi pucat bila nampak aku anak beranak 1 kereta.
Macam nampak malaikat maut. Tak senyum pun. Selalunya dia akan menjerit ramah menegur aku. Aku pun tak pikir apa masa tu. Tunggu punya tunggu dari hari lepas swab test tak jugak dapat result.
Akhirnya aku buat keputusan, aku sekeluarga terus walk in to klinik kesihatan daerah. Pagi nak pergi ke klinik kesihatan tu masuk 1 wasap yang mengatakan anak lelaki aku yang bongsu tu negatif. Hati aku dan yang lain dah berbunga-bunga riang.
Aku teruskan jugak niat untuk ke klinik daerah bersama suami dan anak nombor 2 aku. Sampai sana orang dah ramai. Beratur punyalah panjang.
Dalam beratur panjang tu masuklah wasap yang mengatakan aku dan ketiga-tiga anak aku positif. Aku pasrah. Sampai giliran aku, aku tunjuk result swab test aku dan aku kena kuarantin di maeps.
Balik rumah aku kemas barang-barang. Rasa macam dah tak balik lagi ke rumah. Pergi yang tak kembali… haaa gitulah yang aku rasa. Wasap berdesup-desup masuk bertanya khabar. Dari sedara mara dan kawan-kawan yang jauh.
Jiran aku yang dekat dan selalu membawang????? Haaahaa entah di mana gamaknya. Tapi dalam kepayahan Allah hantar 2 orang jiran yang bukan sebelah rumah aku, yang ala-ala berani mati untuk tolong aku.
2 orang inilah yang buatkan aku menangis sebak, terharu, rasa terhutang budi sangat2, seolah-olah mereka berdua tak ada rasa takut langsung di jangkiti cov1d.
Sanggup pergi belikan barang-barang untuk aku naik motor sebab dia tak pandai bawak kereta. Bayangkan kedua2nya tak boleh bawak kereta.
Yang lain nampak aku pun lari, cepat-cepat nyorok. Yang aku sangat2 terkilan ada sorang jiran aku tu yang selalu wasap aku walaupun tengahmalam mengadu macam2 sampai saat aku tengah menaip ni pun langsung tak pernah wasap aku bertanya khabar.
Sedih tak??? Mesti lah aku rasa sedih, padahal duduk depan rumah aku jer.
Anak lelaki bongsu aku negatif cov1d. Aku suruh dia pasang khemah tidur dalam khemah seminggu. Tak ada jiran yang datang bertanya khabar anak aku. Tak ada jiran yang tanyakan makan minum anak aku yang kononnya sebelum2 ini teramat lah baiknya.
Aku bukan harapkan mereka tanggung makan minum anak aku tapi sebab sebelum ini mereka ini tersangatlah baiknya sekurang-kurangnya tanyalah khabar anak aku yang sorang-sorang duduk dalam khemah tu.
Anak aku tu cuma 13 tahun je umur dia. Aku tak minta jiran aku ajak anak aku tidur rumah mereka. Duami aku ada kat dalam rumah. 24 jam pintu rumah bukak sebab anak bujang aku kat luar. Makan pun order online.
Itu cerita aku. Kawan aku yang tinggal di lorong yang jauh dari aku pun sama. Kawan aku ni aku namakan dia M. Dia sekeluarga positf. Anak dia 2 orang kuarantin kat maeps.
Suami dia warded sebab ada darah beku dalam paru-paru dia. Doktor suruh beli ubat pencair darah di farmasi.
M cerita tak ada sorang pun jirannya yang selama ini baik dengan dia yang selalu membawang sama2 yang sama2 ketawa bertanyakan khabar dia. Hattal jiran sebelah rumah sekali pun.
Bayangkan tak ada sorang pun yang dia boleh minta tolong untuk pergi farmasi belikan ubat pencair darah tu sehinggalah aku telefon dia.
Menangis si M bila aku telefon tanya dia apa yang boleh aku bantu.
Rupa-rupanya pesakit cov1d ni amat menakutkan orang-orang disekelilingnya. Sampaikan bertanya khabar melalui telefon pun tak boleh. Apa yang aku nampak dan pelajari cov1d ni membuka tabir sebenar orang2 di sekeliling kita.
Pesan aku kalau jiran korang kena cov1d tanyalah khabar dia hari2. Tolonglah apa yang termampu. Jangan biarkan dia sendiri melawan virus itu. Kawan aku yang brrani mati yang tolong aku tu sampai sekarang sihat walafiat.
Tak terjangkit pun kerana tolong aku malah mereqka berdua selalu ada dalam doa aku. Semoga Allah berikan kebahagiaan buat 2 sahabat aku merangkap jiran aku yang jauh yang susah payah tolong aku. Sekian.
– Bunga Tanjung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit