Assalamualaikum semua. Seperti tajuk di atas, aku akan ringkaskan seringkas mungkin.
Aku adalah seorang jejaka berumur 31 tahun pada tahun ini. Aku seorang yang tak merokok dan aku benci bau rokok. Keluarga aku ada yang merokok tapi tak mampu untuk aku tegur.
Tak apa lah tu nanti confession lain. Walaupun aku tak merokok, tapi aku ada ketagihan lain yang aku rasa sangat malu dengan diri sendiri dan orang lain iaitu 0n4ni.
Dalam seminggu mungkin adalah dalam 2 kali aku akan 0n4ni bila stress atau timbul keinginan tiba-tiba, biasanya antara khamis hingga weekend. Weekdays sangat jarang.
Walaupun masih dalam kawalan, tapi aku sedar aku dah ketagih sebab aku dah cuba berhenti sejak 2003 lagi. Jadi dah 18 tahun aku terjebak.
Mungkin sebab tu aku tak kahwin lagi sampai sekarang, aku sedar aku kena berhenti, tapi sangat susah, dan Allah pun mungkin tengah beri aku peluang untuk berhenti dan bertaubat dalam tempoh aku tengah hidup ni.
Aku tau aku sangat lemah iman dan semangat untuk berhenti, buktinya setiap kali aku nak berhenti, aku akan terjebak sekali lagi.
Jangan kata aku tak pernah cuba, macam-macam cara aku dah cuba, puasa, bersukan, letak gadget jauh-jauh sebelum tidur, install apps, join support group dan macam2 lagi, apa lagi semua aku dah cuba.
Paling lama aku mampu berhenti hanyalah selama dua minggu, lepas tu terjebak balik.
Walaupun bulan puasa pun tak mampu aku tahan, tapi waktu malam lah aku terjebak, lepas tu aku cepat2 mandi wajib dan puasa macam biasa waktu siang hari. Nafsu mengatasi segalanya.
Jangan kata kahwin adalah penyelesaian, sebab aku tak nak bakal isteri aku nanti kecewa kalau dia tau aku ada habit ni dan masih gagal berhenti, walaupun selepas kahwin.
Aku tau dia akan kecewa sedih, sebab aku juga akan sedih kalau dia buat camtu pada aku.
Baru-baru ni aku dijangkiti cov1d-19 stage 4, symptom sesak nafas, cirit birit, dan telah ditempatkan di sebuah wad untuk pesakit cov1d-19 di Hospital kerajaan.
Sangat sukar untuk aku bernafas dan tidur, kerana walaupun waktu tidur pun aku akan terjaga tiba-tiba sebab nafas tersekat-sekat.
Hendak buang air di tandas pun sangat susah sebab sesak nafas yang teruk.
Aku hampir ditidurkan oleh doktor kerana keadaan yang semakin teruk, tapi Alhamdulillah akhirnya pulih semula setelah 3 minggu di wad hospital.
Selama aku di hospital, keinginan untuk 0n4ni terus terpadam, yang tinggal hanyalah semangat untuk pulih semula, sebab aku tau jika aku tak fokus aku mungkin ditidurkan dan tak akan pulih semula dan lebih teruk lagi, tak akan bangun2 lagi.
Mungkin sekali lagi Allah nak beri aku peluang kedua dan jalan keluar dari dosa aku ni dan bertaubat.
Namun, setelah beberapa minggu keluar hospital dan kembali bekerja, keinginan kembali semula dan kali ni sangat kuat, aku kembali kepada tabiat lama aku.
Aku hamba yang lemah, aku malu untuk mengaku yang mampu menghentikan tabiat aku tu hanyalah disebabkan oleh kesakitan yang teruk seperti cov1d-19. Teruk betul aku ni.
Tapi serius, serik nak sakit teruk sebab cov1d, sakit dia memang another level punya. Kepada yang terjangkit, semangat kena kuat dan jangan putus asa.
Tapi kenapa aku nak berhenti 0n4ni? Yelah, macam yang kebanyakan orang dah tau, tabiat ni boleh menyebabkan seseorang tu jadi badmood, pemarah dan paling teruk sekali, mati pucuk. Dan juga berdosa besar.
Tapi untuk aku yang dah 18 tahun terjebak, sangat susah. Masa aku terjebak tu pun, internet baru nak diperkenalkan. Jadi bukanlah salah internet sepenuhnya. Salah aku yang tak mampu menjaga kemaluan.
Tapi yang aku perasan, aku akan lebih mudah berhenti jika tidur di tempat yang ramai orang seperti dalam wad hospital. Jadi, siapa tau mungkin itu salah satu penyelesaiannya kan.
Aku bukan minta pendapat atau penyelesaian, cuma ini adalah sekadar luahan untuk para pembaca. Aku tak mampu untuk meluahkan kepada sesiapa sebab malu.
In the end, semuanya bergantung atas semangat aku dan iman untuk mengawal nafsu syahwat dalam diri sendiri. Tapi jika ada penyelesaian/ pendapat yang mungkin aku belum cuba, bolehlah diketengahkan, semuanya aku akan baca. Terima kasih.
– Labu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit