COV1D19: Dari Kaca Mata Majikan

Assalamualaikum. Maaf kalau aku terpaksa luahkan di sini, mungkin ada nasihat dari kalian yang boleh sejukkan hati dan membuka mata aku.

Aku straight to the point sahaja la ya. Aku majikan yang ada beberapa orang staff, dalam 20 orang dan kami boleh beroperasi waktu pkp ni.

Waktu covid ni, ada dua golongan. Golongan yang hilang pekerjaan dan golongan yang bertuah masih boleh berkerja macam biasa. Aku nak petik golongan kedua ni.

Mereka yang boleh berkerja macam biasa, tapi takut nak pergi kerja sebab risau dijangkiti covid, tapi nak gaji jalan macam biasa.

Aku faham, semua orang pun takut. Tapi, kalau staff tak nak pergi kerja, kerja pun tak jalan, company nak dapat income dari mana? Bantuan kerajaan? Sewa office pun tak dapat cover.

Yang kita mampu buat, jaga SOP, jaga jarak, sanitize selalu, kalau dah dapat vaksin Alhamdulillah. Selebihnya, tawakkal pada Allah.

Jangan lah cakap majikan selfish sebab suruh staff berkerja macam biasa. Habis tu staff tak selfish ke kalau taknak kerja tapi nak gaji macam biasa?

Lagi satu, staff yang asyik kena kuarantin sebab ada kontak rapat positif. Jangan salah faham ya. Kalau kontak rapat positif tu disebabkan dari tempat kerja, majikan tak kisah bagi cuti kuarantin bergaji 14 hari walau berkali-kali pun.

Tapi bayangkan kalau dalam 4 bulan, 3 kali kena kuarantin 14 hari sebab kontak positif.

Kali pertama sebab mak staff ni positif. Kali kedua sebab kontak rapat dengan mak mertua. Kali ketiga kontak positif dengan adik beradik. Staff yang sama ya.

Sepatutnya ambil lah pengajaran kalau dah berkali-kali kena. Atau memang suka dapat cuti kuarantin sebab gaji jalan macam biasa?

Kalau ada rasa tanggungjawab, elakkan lah kontak walau dengan ahli keluarga sendiri pun kalau tak perlu, lagi-lagi jika dah tahu ahli keluarga tu berisiko tinggi untuk kena covid sebab kerja kilang.

Bila majikan tegur, majikan kena label pentingkan duit, tak fikir nyawa staff. Allahu. Nyawa tu penting, tapi duit untuk teruskan hidup pun sama penting.

Jangan lah asyik fikir yang buruk pasal majikan, sama-sama kita cari rezeki yang halal. Bertanggungjawab lah dengan setiap tindakan kita sendiri.

Kalau rasa tak nak kerja, berhenti lah dengan cara baik. Aku rasa ramai kat luar sana tu nak kerja, yang akan hargai kerja yang anda ambil ringan ni. Janganlah pentingkan diri sampai susahkan company, susahkan majikan.

Entahlah. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Aku jadi stress bila dapat whatsapp dari staff. Kejap² nak inform kena kuarantin, dah kena bayar overtime kat staff lain, staff lain pun terpaksa korbankan cuti.

Kejap² ada staff lain lagi call mengadu office sebelah ada yang positive, takut nak pergi kerja sebab share naik lif yang sama.

Bukan tak boleh sanitize lif tu. Covid ni merata tempat dah ada. Nak lari mana.

Ada juga staff yang suruh bos kurangkan waktu kerja sebab kerja kami ni memang tak boleh nak work from home, jadi staff cadangkan kerja 3 hari seminggu atau 5 jam saja sehari. Tapi gaji nak sama, taknak kena potong.

Adilkah bagi majikan? Kurang waktu berkerja, kuranglah income company. Aku penat kadang-kadang bila rasa macam staff tak hargai company yang share rezeki sama-sama dengan dorang.

Tolonglah jangan ambil kesempatan dengan majikan, tolonglah.

– Majikan dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *