Covert Narcissism

Hi guys, aku Nita. Umur dah 32.

And Aku masih bujang, baru je kena ‘discard’ oleh my narcissistic fiance beberapa hari lepas.. Hmm. So far, i’m okay. Syukur juga sebab terlepas.

Sini aku nak borak borak dengan korang how my narcissistic partner ni buat aku sampai aku jadi almost crazy.

Tapi disebabkan aku dah ada experience before ni so i hope this time, process recovery dari manusia narcs ni lebih mudah dan cepat. Aku takut otak aku rosak lama lama asyik jumpa orang macam ni *sigh*.

For your information, aku dah few times terjebak in relationship dengan narcissist. Mgkin aku tak pernah bercinta, aku tak tahu lah. Senang je terperangkap.

During my first relationship, aku terkena dengan grandiose type narcissist. Tapi type ni senang untuk kita nampak cara dia.

Dengan cara pembawakan diri yang memang jelas jelas show off and bangga diri. Korang boleh google nanti characteristics nya okay.

But the second one, aku terkena pula dengan covert narcissist. Introvert type narcs. Atau dikenali as Narcs yang pengecut.

Bagi aku la kan, covert narcissist ni lebih bahaya dari yg grandiose tadi as aku sendiri pun tak boleh predict apa yang ada in their mind. malicious. Licik. Tactical.

Tapi ada beberapa traits covert narcissist ni yang aku boleh share dengan korang untuk panduan. Berdasarkan apa yang aku alami sendiri. Antaranya:

1) Dalam diam, dia always rasa dia deserve to be treated like a king. Hanya orang yang sama level dengan dia sahaja akan dilayan. Apa yang tidak mberi kepentingan, he will just ignore it.

Kalau kau cakap dgn dia. Benda benda kau nak borak biasa, he will never listen to you. Macam sombong, but worse than that. Tak normal.

Macam one way communication antara kau dan tiang. Like a robot, no validation of feelings.

Gurau kosong jauh sekali. But… Bila part dia bercerita nonsense, kau wajib kena dengar.

2) Use silent treatment, stone walling and ghosting untuk escape from conflicts. Discussions semua ni just buat mereka rasa sangat irritated.

Selalunya covert narcs akan selesaikan masalah dengan cara senyapkan diri ataupun melarikan diri. Like nothing happen. Buat bodoh.

3) Covert narcs relatively nampak pemalu, pendiam, budiman, but inside, it’s totally different. Ada monster, devil.

Mudah jealous dan dengki dengan orang. Termasuk dengan pasangan sendiri.

4) selalunya akan tunjuk topeng baik in front of his colleague and society. Bila dengan pasangan, he is an abusive partner(mentally, verbally, and emotionally).

Ada masa, pasangan jadi punching bag. Datang bila bekeperluan. Bila baik terlalu baik, jahat terlalu jahat.

5) Sebab appearance dia yang nampak baik,suci and mungkin juga ada yang religious, org yang kenal dia, takkan percaya apa apa yang kita cakap (as a narcs victim).

6) Very secretive about money and financial. Ada yang kedekut. Ada yang tamak.

Usually, dia awal perkenalan / in relationship usually this guy will ask you about harta yang you ada, rumah, aset, duit you, simpanan you and It’s obviously a red flag.

7) Akan tinggal you if you sakit, or pada masa masa yang you need them the most.

Covert narcs doesn’t even care even kalau you dah nazak, sakit nak mati or what ever.

Malah ada kes, yang aku ada baca, isteri nak bersalin pun, dia boleh buat kering hati and bebel pada isteri like isteri tu menyusahkan dia. Menghabiskan duit dia. Empati sangat sangat low.

8) Baik dengan keluarga, tapi tidak dengan pasangan. Sebab tu ada kes ibu bapa tak caya anak mereka macam ni.

9) Selalunya charming at first, manis mulut. This narcs akan berjanji bulan dan bintang (as a bait utk dapat supply utk boost ego dia) tapi tak lama lepas tu… he will show the true colours. Totally different dari mula kenal dulu.

10) Using harsh words and banyak buat projection pada pasangan. Pandai brainwash and sangat manipulative.

Dia takkan gunakan tangan dia untuk buatkan kita gila, cukup menggunakan kata kata and play mind games dengan merendahkan kita, point out salah kita, gastlighting.

11) Secretive and always anxious. Cepat naik angin dan pemarah tanpa sebab. Always tak tenang. Ada suspicious characters, insecure. Mungkin takut his ‘mask’akan terbuka.

12) Selalu abaikan dan tend to lengahkan temu janji/date dengan sengaja, tak tepati janji, buat orang tunggu dia like he is the king.

Sebab itu satu kepuasan hati sebab dapat buat his partner berada bawah kawalan dia.

13) Selalu test partner and play mind games. Set rule yang pelik pelik. Sampai partner terasa insane and hampir gila. That’s one of the way utk dia dapat kepuasan. Sebab dia rasa ada power.

14) Always think about power, status, and this person tend to control others. Critics almost everything yang kita buat. Sampai kita rendah diri, destruction of self esteem.

15) Sometime will avoid their partners (tarik tali) to create trauma bond.

Once the partner dah jadi attach and desperately searching for him, he will treat sesuka hati and controlling his partner emotionally.

16) Discard the partner when the partner not longer able to serve or boost their ego.

Atau dalam kata lain selepas dia dah ‘sedut’ semua energy, keyakinan, positive things from his partner. His patrner will be treated like a doormat. Malah lebih teruk dari tisu jamban.

17) Covert narcs sangat sensitive and mudah trigger dengan benda yang sebenarnya bukan masalah besar pun, contohnya posting di media social, teguran dari pasangan dll.

18) Ada ego yang tinggi,negative thinking dan sangat judgemental.

19) Will use the secret /weaknesses you told them as senjata. (Gaslighting/discard phase)

20) Ada aura yang tak best bila kita dekat dengan dia. Like dendam, envy etc.

21) Akan cari new supply and partner yang sedia ada seolah patung yang diletakkan dalam rak. Cari semula bila berkepentingan.

So korang, berhati hati, belajar sayang diri. Kalau belum berkahwin, masih boleh angkat kaki, cabut. Orang macam ni sangat malicious and ada agenda untuk kepentingan mereka sendiri.

Itu je lah kut dari aku. Bye.

– Nita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *