Assalamualaikum dan salam sejahtera… Dah lama rasanya tidak menulis panjang2. Harap2 ada yang masih mengenali saya. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat saya yang beragama Islam. Bagaimana perasaan kalian menyambut Ramadhan yang mulia pada tahun ini…?
Mesti seronok kan kerana banyak masa terluang dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat bersama pasangan dan anak-anak sambil menunaikan ibadah puasa serta solat 5 waktu dengan sempurna walaupun diuji dengan ujian yang hebat. Alhamdulillah Allah uji kerana Allah sayang.
Ramadhan tahun ini benar-benar kita diuji. Bukan hanya kepada kita sekeluarga malah semua yang berada di muka bumi ini turut merasainya tidak kira apa jua anutan agama kita, apa pegangan kita, apa bangsa dan darjat kita.
Kita dihantui dengan makhluk kecil yang digelar Covid19. Makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun ianya mampu membunuh..!! Takut kan…?
Tahukah kita kenapa tiba-tiba ia wujud…?
Kata mereka ia berpunca daripada amalan pemakanan pelik-pelik ataupun di panggil makanan exotic. Tapi terfikir kah dek akal kita, mereka telah amalkan pemakanan pelik itu hampir berkurun lama nya semenjak zaman nenek dan moyang mereka lagi.
Kenapa baru sekarang makhluk kecil pembunuh itu wujud…?
Sebenarnya sudah lama ia wujud hanya kita yang tidak sedar kerana sentiasa sibuk dengan urusan dunia. Tidak hiraukan kepada pekara-pekara kecil yang berlaku di sekeliling kita sehingga ia menjadi besar. Bukan semua tetapi segelintir termasuk lah saya yang menulis ini.
Allahu Akbar… Kita sibuk mengejar dunia seolah-olah kita mampu hidup menongkat langit, lupa pada kematian dan akhirat yang sedang menunggu…
Oleh kerana itulah, Allah SWT mengirimkan makhluk kecil ini sebagai ujian dan pengajaran kepada kita supaya kita yang alpa ini kembali kepada fitrah seorang hamba.
‘Dia’ rindu pada keluh resah kita. ‘Dia’ rindu pada doa kita. ‘Dia’ rindu pada suara kita meminta pertolongan dan syafaat daripada Nya dengan melakukan ibadah yang sempurna serta amal jariah seikhlas hati.
‘Dia’ rindu kepada perpaduan ummah apabila melihat manusia mula berperang sesama sendiri demi mengajar nama dan pangkat. ‘Dia’ rindu untuk mendengar kita mengadu betapa sulitnya perjalanan hidup sepanjang PKP ini. ‘Dia’ rindu pada kesabaran serta ketakwaan kita kepadaNya.
Kesulitan yang saya maksud kan bukan hanya tertumpu kepada kekurangan wang ringgit untuk meneruskan kelangsungan hidup, malah merindui ahli keluarga yang hampir berbulan lama nya tidak dapat bersua muka juga merupakan satu kesulitan buat kita apatah lagi pada Syawal yang bakal menjelma nanti.
Satu perasaan yang amat sakit untuk kita rasai. Maka anggap lah ianya satu ujian daripada Allah SWT dan hadapilah ia dengan penuh kesabaran.
Saya yakin, ramai yang sedang berdoa dan mengadu kepada Allah SWT tentang perasaan rindu dan betapa sukarnya untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ‘jambatan syurga’ kita termasuk lah saya sendiri.
Saya berharap semuanya akan segera berakhir. In sha Allah, doa kita semua sudah ada di genggaman Nya hanya tunggu saat yang sesuai untuk ‘Dia’ makbulkan satu persatu.
Oh Allah hanya Engkau yang mengetahui betapa kami rindu pada ayah bonda dan adik beradik kami. Keindahan Syawal tidak akan lengkap tanpa mereka di sisi.
Sebelum ini, kita sibuk menguruskan urusan dunia sampai lupa untuk ‘berehat’. Bimbang keluarga tidak cukup makan, bimbang jika ada harta yang masih belum terkumpul.
Berlumba2 mencari duniawi sampai lupa pada bekalan akhirat nanti, takut jika kita mati kelak tiada siapa yang akan membela nasib anak-anak jika kita tidak meninggal kan apa-apa bekalan harta mahupun wang ringgit sehingga kan kita lupa Allah SWT itu ada.
Nah…! Nikmat apa yang sedang kita dusta kan teman…?
Sepanjang PKP… Para dermawan tidak putus menderma bekalan makanan kepada yang memerlukan hanya perlu sabar menanti giliran. Tidak kira apa jua bangsa atau agama, masing2 turut sama2 turun padang memberi bantuan selagi mampu.
Dapat tak kalian rasa kan betapa Allah SWT itu maha pengasih lagi maha penyayang. ‘Dia’ tidak kejam.. ‘Dia’ menguji di atas dasar kemampuan kita yang diuji. Jangan takut, selagi masih ada nilai ihsan dan kemanusiaan pada setiap insan yang bergelar manusia.
In Sha Allah kita tidak akan di biar mati kekeringan, kelaparan dan keseorangan selagi kita tidak berada di dalam golongan orang-orang yang sombong dan kufur. Makhluk kecil itu telah berjaya mengajar kita erti belas kasihan dan saling tolong menolong sesama manusia.
Berusaha lah mengikut kemampuan, berehat lah setelah tiba masanya. Apabila sudah tercatat di kalamullah itulah rezeki kita, makanya kita kena redha.
Jodoh, maut dan rezeki sudah tertulis di luh mahfuz jadi siapa lah kita untuk mempersoal kan nya… Allah SWT akan sentiasa ada bersama orang yang bertakwa.
Kehadiran makhluk kecil ini juga membuktikan bukan semua boleh dibeli dengan wang ringgit. Tanpa kerja sama sesama manusia kita tidak mungkin dapat memutuskan rantaian Covid19 ini dengan aman, tidak seperti di segelintir negara yang lain.
Gagal memutuskan rantaian Covid19 ini walaupun mempunyai wang berjuta kerana mereka tidak mahu bekerja sama seperti yang di amalkan oleh kita serta beberapa buah negara yang lain.
Mereka terpaksa melakukan kekerasan dan kekejaman untuk memastikan rakyat mereka patuh kepada undang2 supaya kekalkan kedudukan untuk memastikan makhluk kecil itu tidak membiak…
Tidak dinafikan di negara kita juga ada yang degil tidak mahu patuhi arahan PKP dengan alasan2nya sendiri. Mereka mungkin tergolong daripada ketua keluarga yang terpaksa merisikokan diri keluar mencari rezeki untuk mengalas perut anak2 dan isteri di rumah.
Boleh jadi juga mereka ini adalah gelandangan yang tiada tempat untuk berlindung supaya mereka dapat kekalkan kedudukan di tempat yang selamat. Mungkin juga mereka adalah golongan penagih dadah, ketagihan alkohol dan pil2 hayal yang terpaksa keluar mencari bahan untuk melepaskan gian.
Kita tidak berada di tempat mereka jadi kita tidak tahu apa masalah mereka. Bantu dan tegur lah mereka tetapi jangan sampai menghukum.
Terangkan kepada mereka cara2 untuk dapat kan bantuan daripada pihak yang wajib supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa merisikokan diri keluar bekerja selagi Covid19 ini masih menular di kalangan kita.
Bagi yang terlibat dengan jenayah, biarlah undang2 yang menentukan nasib mereka. Kita jaga diri dan ahli keluarga kita sendiri. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT…
Sedar kah kita…?
Kehadiran makhluk kecil ini juga mengajar kita supaya saling kasih mengasihani sesama sendiri. Ramai yang positif Covid19 ditempatkan di ward yang telah disediakan tanpa ditemani ahli keluarga.
Hanya mengharap belas kasihan petugas kesihatan yang bertugas membantu dan menjaga mereka sepanjang menerima rawatan tanpa rasa jemu.
Ada juga di kalangan petugas kesihatan dengan rela hati membaca surah Yassin kepada umat Islam yang berada di dalam keadaan kritikal. Sudah kah kita mengucapkan ucapan terima kasih diatas ihsan mereka…
Sedar tak kita…?
Ucapan terima kasih adalah dua patah perkataan yang mudah untuk kita ungkapkan namun sayangnya kita sentiasa lupa untuk ucapkan sebagai tanda penghargaan di atas ihsan seseorang terhadap kita.
Cuba renung sejenak…
Sepanjang hari semalam sudah kah kita ucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling yang telah membantu memudahkan kerja kita contohnya anak2 yang sama sibuk menyiapkan juadah berbuka, pasangan kita yang sentiasa sabar melayani kerenah kita di sepanjang tempoh PKP ini,
Adik beradik kita yang berada di kampung membantu menjaga ibu dan ayah selama tempoh PKP, tukang potong ayam atau ikan di pasar, pekerja yang bekerja sebagai juruwang di kaunter pasaraya.
Jika ada, Alhamdulillah… Tetapi jika tiada, mulakan lah pada hari ini. Belajar menghargai pertolongan dan pemberian orang lain walaupun hanya sesuatu yang kecil.
Jangan lupa juga jasa petugas keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan dan memastikan keadaan di sepanjang tempoh PKP berjalan dalam keadaan aman dan tenteram.
Begitu juga dengan petugas kewangan yang keluar bertugas agar kita tidak berasa sukar untuk berurusan di bank atas urusan perbelanjaan. Mereka terpaksa melupakan keluarga di rumah dan merisikokan diri semata-mata menunaikan kewajiban mereka sebagai petugas di barisan hadapannya.
Para pendidik yang sentiasa memastikan anak2 tidak putus bekalan ilmu, para penderma yang tidak putus memberi bantuan bekalan makanan dan ramai lagi yang tidak mampu saya catatkan di sini… Hargailah mereka dengan ucapan terima kasih.
In sha Allah, bermula 4 Mei hampir semua aktiviti dibenarkan beroperasi. Semakin mencabar tugas barisan hadapan. Sama-samalah kita mendoakan agar Allah mengurniakan kekuatan, kesabaran dan keselamatan buat semua barisan hadapan negara.
Jaga adab, jaga tingkah laku kita, kekalkan kebersihan dan jaga jarak kedudukan kita jika tidak mahu perjuangan kita menentang Covid19 ini tewas di tengah jalan.
Memandang kan azan Subuh sudah kedengaran, saya berhenti disini dahulu.
SESUNGGUHNYA MAKHLUK KECIL YANG DI PANGGIL COVID19 ITU BUKANLAH BALA DARIPADA ALLAH SWT TETAPI SEBAGAI UJIAN DAN PENGAJARAN KEPADA KITA UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA KEIMANAN DAN KETAKWAAN KITA KEPADA NYA.
Allah uji kerana Allah sayang… Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kita jaga kita…
– CPAmmy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit