COVID-19 dan Cara Hidup Baru

Assalamualaikum. Aku Maisarah (bukan nama sebenar). Usia? Biarlah rahsia. Aku disini ingin memberi nasihat yang kurasakan mampu membantu keluarga dari golongan B40.

Kita semua sedia maklum dengn keadaan ekonomi dan kesihatan dinegara Kita. Belum ada tanda2 sifar kes kembali. Keadaan ekonomi juga pasti mengambil masa untuk pulih.

Demikian itu, saya ini bukanla orang ada ada. Tetapi ini sahajalah usaha yang saya mampu hulurkan ketika banyak keluarga bergelut dengan kemiskinan dan masalah covid.

Ini situasi yang saya bakal berikan dan contoh langkah2 yang boleh sesebuah keluarga praktikkan mngikut kesesuaian hidup.

Situasi kehidupan sekarang.

Suami : Kerja tetapi berpendapatan rendah.

Isteri : Suri rumah sepenuh masa.

Anak2 : 5 orang masih kecil. (Mungkin 3 adaa yang ke tadika dan 2 lagi perlukan pemerhatian ibu atau sebaliknya).

Bil2 rumah : Ditanggung oleh suami 100%. Air, api, rumah sewa, belanja dapur, yuran tadika anak dan lain2.

Kesan covid 19 : Masalah kewangan.

Cadangan saya :

1) Potong dan hentikan langganan siaran TV berbayar, talian telefon berbayar, coway, atau apa2 sahaja yang perlu dibayar setiap bulan dengan jumlah yang tinggi. Disini boleh jimat bil2.

2) Hentikan dan tutup setiap peralatan elektrik yang mnggunakan “Karen” tinggi dan jarang digunakan. Gunakan semua peralatan secara manual sahaja.

Ini zaman perlu berjimat. Hidupkan peralatan yang perlu dan penting sahaja untuk kegunaan harian. Puan2 boleh Google peralatan apa yang mnggunakan elektrik tinggi. Disini boleh jimat bil2.

3) Usah beli online apa2 barangan yang mencecah RM100 ke atas. Jika boleh hentikan tabiat membeli online. Uninstall (nyahpasang) semua laman sesawang membeli belah.

4) Tukar pampers anak yang sudah boleh ke tandas dengan lampin. Lampin boleh cuci, sidai dan pakai semula.

5) Terhadkan penggunaan barangan elektrik. Contoh : hanya Hari ahad boleh menonton tv tetapi hanya sebelah pagi sahaja. Tetapi saya faham, ada anak kecil ni lain.

Oleh itu, jika ibubapa mempunyai laptop atau telefon bimbit boleh download cerita2 kartun untuk tontonan anak. Boleh juga cari link cerita2 yang sesuai dengan umur anak..

6) Ekonomi keluarga. Barang dapur dan barang keperluan keluarga. Jika sebelum ini biasa membeli di kedai yang glamor2, apakata tukar kepada kedai RUNCIT biasa.

Jika sebelum ini membeli berpack2 barang mandian cuba tukarkan kepada satu liter shampoo, satu pack sabun basmi kuman.

Tukarkan kepada yang lebih penting dan perlu. Jika sebelum ini gemar makan dinner diluar, limitkan masa dinner diluar. Tukar dan ubah. Tetapi jangan la sampai kedekut.

7) Merancang masa kehamilan. Ok. Jangan trigger dengan kata2 akuu ni. Akuu tau pada Januari 2021 atau awal tahun hadapan ramai “anak” bakal lahir.

Yang aku nak tekankan ialah, tolonglah rancang kehamilan baik pihak suami atau isteri. Lain la kalau mampu untuk sara anak dengan keperluan sempurna.

Anak ini amanah ya. Bukan sedap main tetapi abaikan hak anak. Ini bukan masa untuk bersedap2 dahulu, brsusah2 kemudian.

Ini ialah masa untuk mnghadapi realiti hidup. Bagi isteri cukup sihat dari segi fizikal dan emosi serta anak yang mnyusu badan sudah berumur sekurang2 nya 2 tahun kemudian baru lah adaa anak lagi.

Bagi suami pula, rancang kewangan anda untuk menyara mulut baru.

Mampukah tambah anak jika dalam masih bergelut dengan masalah kewangan? Mampukah untuk tampung keperluan isteri ketika mengandung? Ketika lepas bersalin?.

Ya anak ialah rezeki. Ya. Tetapi faham tidak situasi hari ini? Adakah orang lain akan sentiasa membantu anda? Adakah anda sahaja yang susah? Fikirkan dari segi keperluan anak. Susu botol, pampers, pendidikan, pengasuh dan lain2.

(Ok katakan semua sudah dihentikan, jadi kemana lebihan duit ini?)

Anda mempunyai hak untuk menentukan kemana wang anda pergi dan mngalir).

Tetapi sebaiknya cukupkan keperluan keluarga. Contoh dibawah ini.

1) Makan. Ok bab makan ni. Saya tahu ibubapa pasti akan mngikat perut demi anak2. Terutama jika anak masih menyusu atau berbotol susu. Pasti juga anak2 kecil kuat makan kerana hendak membesar. Saya faham hal itu.

Disebabkan pandemik ini, cuba tukarkan rutin makan anak, hentikan jajan2, kurangkan makan malam dan kurangkan ropol2 makan untuk anak.

A) Tukar rutin makan. Jika sebelum ini kerap makan 5 Kali sehari, tukar kepada 4 Kali sehari. Baki sehari itu ubah kepada anak bermain atau tidur. Jika masih tidak berjaya tidak mengapa.

Gunakan lebihan cash yang ibubapa sudah hentikan langganan untuk membeli makanan anak. Tidak mngapalah rezeki anak untuk membesar cumanya pastikan seimbang dengan tumbesaran anak.

B) Jika boleh, usah makan malam. Terutama selepas jam 9 malam. Jika anak merengek juga cukuplah sekadar ibu2 masak bubur, lempeng atau makanan yang tidak renyah.

C) Ropol2 makan untuk anak seperti anak perlu mkn dimeja khas la, pinggan khas la, itulah ini lah. Tak mngapa. Dizaman ini cukuplah ukur baju dibadan sendiri.

2) Cuba bercucuk tanam. Ya saya tahu jika tinggal dirumah flat, pangsapuri susah untuk bercucuk tanam. Tidak mengapa.

Cukupla bercucuk tanam seperti cili hijau, daun Kari dan serai. (Jika ruang terhad dan faktor keselamatan anak). Kenapa cuma cili hijau kecil, daun Kari dan serai?

Kerana ini la bahan yang sering dibeli oleh mak2. Ya saya tahu adaa jugak bahan lain, tetapi faktor rumah membataskan.

Ayah dan ibu pada hujung minggu atau ketika dikenakan PKP boleh cuba aktiviti ini brsama anak. Galakkan anak bercucuk tanam dan sayangkan tanaman. Tidak perlu ropol2 sampai berpasu2. Cukuplah 3 pasu sahaja. Serai, daun Kari dan cili hijau kecil.

3) Tetapi jika anak2 lasak dan si ibu tidak menang tangan tidak apalah, abaikan idea bercucuk tanam.

Mungkin juga boleh jual2 didepan pintu rumah. Sticker2, alatan tulis kartun, air kotak atau apa2 yang murah dan menarik perhatian kanak2 untuk membeli. Boleh hasilkan duit poket disamping menjaga anak.

4) Katakan idea bercucuk tanam dan meniaga didalam rumah tidak berhasil. Ok. Jangan putus asa, cuba pula dengan membeli printer dan buat khidmat photostat. Photostat Ic, kertas. (Tetapi pastikan semua pekerjaan mematuhi S.O.P. kesihatan ya).

5) Jika si ibu berkemampuan untuk bisnes online, maka tiada masalah untuk bisnes dropship atau agent. Jika si ibu berkemampuan juga boleh cuba bisnes memasak dari rumah.

Tetapi sekali sekala untuk makan KFC, makan luar, membeli mainan anak. Ya silakan. Kesian lah pada anak, mereka juga perlu zaman kanak2 yang lebih baik.

Cumanya sebagai ibubapa, utamakan apa yang penting dan perlu. Berjimat jangan sampai kedekut.

Jika ada lebihan cash, apa salahnya jika belikan anak mainan yang sering dipandang, makanan yang sering disebut2. Kita juga pernah melalui zaman kanak2 Kan, pasti lebih mngerti perasaan anak.

Dan sebagai suami, jika lebih cash tengoklah pada isteri mungkin boleh belikan pakaian dalam baharu, alatan solek atau apa2 barang kegemaran isteri.

Ya. Saya juga lebih tekankan kepada keluarga besar yang mempunyai anak ramai. Atau keluarga T20 tetapi mempunyai komitment tinggi dan tanggunggan besar.

Ada juga keluarga yang tiada punca pendapatan kerana kemiskinan atau hilang punca kerana ketua keluarga brmasalah atau sakit.

Akhir sekali saya tinggalkan ayat2 buat renungan ibubapa diluar sana.

1) Berjimat jangan sampai berkira.

2) Pinggan nasi penuh makan, tetapi anak2 brkongsi makanan.

3) Hari gaji makan nasi diluar,sedangkan anak dan isteri berkais roti.

4) Minyak wangi RM150 dibeli tetapi mainan anak RM15 tidak mampu.

5) Main kutu RM100 setiap bulan untuk membeli airfryer, goreng nugget untuk anak dibebel2.

6) Anak makan roti canai, si ayah makan nasi campur nasi lebih, si ibu menyuap anak.

7) Duit BPN habis membeli makanan untuk hidangan rakan media sosial, hujung bulan kais nasi dan ikat perut.

8) Hidup penuh ropol2 demi sesuap gambar di Instagram, sedangkan hakitkat hidup perut kosong kais pagi.

9) Kereta mewah, hidangan lazat cedok dari google semata mahu kaburi hidup perit.

10) Anak2 mesti makan banyak untuk hidup, kesian nasi akhirnya ke tong sampah.

Sekian.

– Maisarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *