COVID-19 Meningkat Salah Siapa?

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin sudi baca confession ni dan alhamdulillah andai tersiar.

Dah baca tajuk? Agak-agak confession ni tentang apa?

Okey, kita mulakan. Kita semua sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung peningkatan kes Covid. Banyak sektor yang terjejas dan terpaksa gulung tikar.

Suka aku nyatakan bahawa, aku bukanlah golongan pentaksub politik, pentaksub teori konspirasi mahupun pentaksub agama. Aku menulis sebagai seorang rakyat biasa, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Sebelum teruskan lagi, aku harap bacalah confession ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang rasional.

Aku perhatikan sejak PKP 2.0 ni, ramai rakyat asyik menuding jari terhadap kerajaan. Menyalahkan Perdana Menteri sebab melaksanakan PKP,

Membebalkan Menteri Agama kerana tidak membenarkan pembukaan masjid sepenuhnya dan marahkan Menteri Pendidikan sebab selalu membuat keputusan pembukaan/ penutupan sekolah di saat akhir.

“Peningkatan Covid-19 ni semua salah kerajaan, rakyat dah cakap jangan buat PRU di Sabah” komen si Labi.

“Apa nak jadi ni, masjid dihadkan kapasiti, dah lama tak solat jemaah kat masjid” komen si Labu di live Berita Awanano.

“Covid-19 ni tak wujud pun, ni semua agenda Yahudi” komen si Abu di laman muka buku.

“SOP ni untuk golongan marhaen je, golongan kayangan, kerajaan buat tak nampak” komen si Abi di Oh My Sop!

Berhenti, berhenti dan berhentilah menyalahkan kerajaan dan orang lain. Ini bukan masa kita untuk bertekak, jadi keyboard warrior saling menyalahkan satu sama lain.

Ini masa untuk kita saling bantu kerajaan bantu diri kita untuk mencegah Covid. Berapa lama lagi, setahun, dua tahun 3 tahun?

Waallahualam. Semua orang tahu kes paling ketara semakin meningkat lepas PRU Sabah, jadi tak payahlah nak komen banyak kali asyik salahkan kerajaan. Benda dah berlaku.

Apa dapat kalau salahkan kerajaan, kes Covid boleh menurun ke?

Covid-19 ni pandemik wahai rakyat jelata. Baca balik sejarah pandemik dulu-dulu, berapa lama nak pulih, berapa kes kematian. Haish.

Covid-19 ni dicipta oleh China je mereka nak perang ekonomi, orang medikal tahu apa?

Ya ampun sahabat-sahabat. Sekalipun Covid-19 ini hanya dicipta, habis tu kita nak buat apa.

Salahkan China atau salahkan para frontliners yang bertungkus lumus menyelamatkan orang yang terkena jangkitan?

Sebab virus ni ciptaan jadi kita nak biarkan je, orang sekeliling sakit, mati? Mestilah nak rawat.

Kecam agamawan macam diri kita ni kalis dosa. Sedih, sedih, sedih. A

khir zaman, kita tak boleh ikut kata-kata pemimpin walaupun orang agamawan. Ada bukti agamawan tersebut langgar hukum Allah, langgar syariat yang digariskan?

Kalau ada pergi buat report bukannya membebalkan agamawan. Ilmu kita tinggi sangat ke?

Masjid tak boleh buka, heboh kata, menteri ikut ajaran siapa. Masjid buka ikut kapasiti, solat jemaah hanya boleh di masjid ke?

Tuan-tuan dan puan-puan, apa kata mulai saat ini, kita mula berjemaah di rumah. Tak dapat solat berjemaah di masjid buat di rumah. Rapatkan saf keluarga, solat berjemaah dan mengaji sama-sama.

Dunia akhir zaman, tak guna andai asyik bercakap pasal akhir zaman, asyik meramal bila terjadinya dukhan tetapi amal ibadat tak bertambah.

Amalkan rutin keluarga, lepas solat Subuh baca Al-Mathurat dan Surah Yaasiin, lepas Dhuha baca Al-Waqiah, lepas Zohor, Asar dan Maghrib baca Al-Quran macam biasa, lepas Isyak baca Surah Al-Mulk.

Al-Kahfi setiap Jumaat jangan dilupakan. Doa sungguh-sungguh bersama keluarga, moga Allah angkat Covid-19 ni.

Buat yang berhadapan dengan krisis kewangan di musim pandemik ini, bersabarlah dan cubalah untuk mencari alternatif lain bagi menghadapi isu ini.

Buat yang terpaksa belajar dan bekerja secara atas talian, bersabarlah dengan dugaan ini dan moga kita semua diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Nak tak nak kita perlu terima keadaan ni.

Bagi peniaga pakaian yang terkesan, mungkin anda boleh gunakan platform secara atas talian untuk berniaga. Buat live di Shopee, insyaaAllah ada yang membeli.

Peniaga makanan, ambil pesanan secara atas talian, buat penghantaran. Sebarkan perniagaan anda di semua platform yang ada.

Pada golongan pelajar yang terpaksa menghadap laptop dari pagi sampai petang, di sambung kepada malam untuk menyiapkan tugasan, moga kesulitan yang dihadapi memberi rasa kemanisan dalam menuntut ilmu.

Terlalu panjang aku coretkan confession ini. Maaf andai ada tersalah bicara. Cukup sekadar itu sahaja, walaupun banyak lagi sebenarnya yang hendak dinukilkan.

Janganlah meletakkan kesalahan pada orang lain. Hentikanlah stigma “eh orang kayangan elok je kenapa marhaen tak boleh”.

Lapor pada pihak berkuasa jika anda dapati ada yang melanggar SOP termasukklah jika anda lihat yang melanggar itu adalah kayangan. Hentikan jadi keyboard warrior tanpa ada sebarang tindakan untuk melaporkan.

Jagalah SOP dan patuhlah pada arahan yang ditetapkan. Moga urusan kita semua dipermudahkan.

– Rakyat Marhaen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *