COVID 19 & Travel Abroad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Thanks admin kalau luahan saya diterbitkan. Terkini, wabak covid 19 semakin hangat diperkatakan selaras dengan kes yang meningkat seluruh dunia.

Langkah pencegahan diwarwarkan kepada orang ramai seperti membasuh tangan dengan kerap, memakai sanitizer selepas memegang sesuatu di tempat awam, juga tidak digalakkan pergi ke tempat yang sesak.

Sebarang perjalanan ke luar negara turut tidak digalakkan terutama di negara-negara tertentu seperti China,Itali, Korea dan lain2 negara yang berkait.

Ekoran covid 19 ini, Industri perlancongan terjejas teruk kerana ramai membatalkan tiket penerbangan, membatalkan tempahan homestay, hotel dan memilih untuk duduk di rumah sementara wabak belum reda.

Saya nak bercerita tentang ada sesetengah yang mengambil kesempatan ke atas promosi tiket ke luar negara.

Ada antara kita yang rambang mata tengok tiket yang asalnya ribu riban, menjadi ratusan sahaja. Mereka tanpa berfikir panjang terus pack barang2 dan pergi melancong dengan senang hati.

Teruja sangat nak pergi ke melancong sehingga lupa akan risiko wabak yang mungkin dijangkiti di sana. Lupakah anda bahawa ia boleh berjangkit dengan cepat kepada orang sekeliling anda?

Anda tidak sayangkah ibu ayah anda? Adik beradik anda? Suami dan anak-anak anda? Saintis pun masih mencari bagaimana covid 19 ini sebenar-benarnya tersebar. Adakah melalui udara? Melalui sentuhan? Melalui eye contact?

Wahai kakak, adik, dan abang sekalian. Saya tahu anda dah lama rancang percutian kali ni. Nak pergi lawat tempat shooting Crash landing over you lah. Nak pergi tengok bullet train lah. Nak pergi kota cinta dengan pasanganlah. Tiket pun dah beli, hotel dah book, duit dah habis ribu riban.

Saya tahu duit anda sudah banyak dihabiskan untuk percutian ini. Tapi dengan wabak yang sedang berleluasa sekarang ni, wajarkah anda merisikokan diri anda dan keluarga anda wabak ini? Saya faham yang anda sangat menantikan tarikh percutian anda ini.

Takkan saya tak pergi? Duit habis ribu riban kot? Alah, tak kena punya. Saya pakailah mask, hand sanitizer.

Pembaca yang budiman, duit boleh dicari. Mungkin ada hikmah mengapa anda kehilangan sebahagian duit anda. Mungkin Allah akan tukarkan dengan nikmat yang lain. Tapi kesihatan diri anda?

Kalau dah sakit, buat apa pun tak best. Duit banyak tujuh keturunan tak habis pun tak guna, kalau kita sakit. Jangan menyesal tak sudah pula nanti.

Akhir sekali, jangan kerana passion kita nak travel, perangai selfish kita yang akhirnya memakan diri sendiri dan keluarga.

Nasihat saya, agar semua pembaca menjaga kesihatan anda. Kurangkan aktiviti luar buat sementara. Banyakkan minum air kosong dan kerapkan cuci tangan. Jangan lupa hand sanitizer ya.

Semoga semua sihat walafiat dan dilindungi Allah s.w.t. Saya doakan kita semua dijauhkan dari wabak covid 19 yang sedang melanda. Aamiin.

Teguran ikhlas,

– Miss Lavendar 94 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *