Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua pembaca. Kalau nak dibandingkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia dan di UK, memang jauh beza.
Di UK, kes positif COVID-19 dah mencecah 165,221 manakala di Malaysia baru mencecah 6,000 kes. Jika nak dibandingkan dengan jumlah kematian, di UK dah nak hampir 27,000.. manakala di Malaysia baru mencecah 94 orang. Data as on 29/4/2020.
Based on maklumat ni, ramai orang yang sebut “ingatkan negara barat ni hebat, tapi rupanya hanya gah pada nama sahaja”, “tak boleh jadi contoh betul negara barat ni”, “rupanya orang putih ni takde la bagus mana pon.. lagi bagus orang Malaysia” etc etc etc.
Ramai juga kawan-kawan aku yang bekerja sebagai doktor di Malaysia yang menyindir dan memerli aku. Tak kurang juga yang cakap, “Ingatkan doktor dekat UK tu hebat sangat, rupanya lagi hebat doktor Malaysia hahaha”.
Bagi aku, aku terima dengan terbuka apa yang kawan-kawan aku cakap. Sebab mereka sebenarnya tidak tahu situasi sebenar dan tidak berada di tempat kami. Mereka bercakap berdasarkan apa yang mereka tahu, sedikit mereka membaca sedikitlah pengetahuan mereka
Sebelum tu, aku perkenalkan latar belakang diri aku. Lepas habis SPM, aku buat persediaan dan sambung belajar di US. Belajar dalam bidang perubatan di sana. Belajar di salah sebuah Ivy League University di US.
Tamat belajar, aku sambung master dalam bidang perubatan di salah sebuah uuniversiti terkemuka di UK. Kini aku bekerja sebagai doktor Anaesthetic di salah sebuah hospital di UK, dalam process training untuk jadi consultant dalam bidang ni
Bagi aku, rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan sekarang telah buat keputusan yang tepat dan cepat dalam menangani penularan COVID-19. Aku sharekan pandangan peribadi aku kenapa kes COVID-19 ni terlalu tinggi di UK
1-UK baru menjalani Pilihanraya Umum (PRU)
COVID-19 ni mula kita dengar pada hujung DIsember tahun lepas (2019). Masa tu, UK ni tengah sibuk mengadakan PRU. PRU ni merupakan penentu sama ada UK akan BREXIT atau tidak.
Waktu ni, isu COVID-19 tidak menjadi bualan utama oleh rakyat dan pemimpin mereka. Lagipun, kerajaan mereka berpendapat bahawa isu COVID-19 akan resolve dengan sendiri dan tak akan merebak
2-Kerajaan UK sibuk dalam melaksanakan manifesto BREXIT
Selepas menang dalam election pada Disember 2019, kerajaan UK sibuk dalam usaha untuk memastikan manifesto BREXIT yang mereka bawa dapat ditunaikan dengan segera.
Pada 31 Januari 2020, kerajaan UK secara rasminya keluar dari EU. Kerajaan UK meletakkan fokus utama mereka dalam menangani isu BREXIT.
Kerajaan meletakkan fokus utama mereka untuk selesaikan perjanjian-term antara UK & EU selepas berlakunya BREXIT. Padahal bulan Januari nil ah kes COVID-19 mula menular dengan cepat dan kes COVID-19 ni telah mula merebak luar dari negara China.
Tapi, waktu ni kerajaan UK just buat guideline sahaja. Tiada langkah aktif dalam memastikan COVID-19 ni tak menular dengan teruk di UK
3-Kerajaan UK tidak buat persiapan dengan baik dalam menangani COVID-19
Isu COVID-19 telah banyak dihighlightkan oleh doktor, pakar, professor dan professional tapi kerajaan UK tidak pandang isu yang di utarakan oleh mereka dengan sungguh-sungguh.
Salah satu isu yang diutarakan oleh seorang doktor di sini adalah perkara yang melibatkan PPE. Masa tu, kerajaan UK bagi jaminan bahawa PPE di seluruh UK mencukupi dan doktor atau professional kesihatan tidak perlu bimbang.
Kesudahannya, PPE di UK ni hampir kehabisan. Sehinggakan keluar guideline pemakaian PPE hanya untuk pesakit yang positif COVID-19 sahaja.
Bagi aku, guideline ni memang tak masuk akal. Macam mana doktor nak tahu pesakit tu ada COVID-19 atau tak kalau nak dapatkan result after swab pon dah makan masa beberapa hari??
Staff kesihatan terpaksa menggadaikan nyawa disebabkan pihak kerajaan tidak membuat persiapan dengan baik
4-Tiada proses identifikasi kluster COVID-19 di UK
Di Malaysia, kerajaan & KKM buat kenalpasti pesakit dan ambil tahu sejarah perjalanan pesakit. Sebab tu KKM boleh kenalpasti dan senaraikan pesakit COVID-19 mengikut kluster tertentu.
So, kerajaan boleh ambil tindakan dalam mengenalpasti dan meminta rakyat mereka yang ada persamaan lokasi atau event yang pesakit pernah pergi untuk tampil ke hadapan dan buat ujian COVID-19.
Berbeza di UK, bagi pesakit yang positif COVID-19, mereka dihendaki self-isolation di rumah sahaja. Pihak kerajaan tak buat proses identifikasi kluster untuk mana-mana pesakit positif COVID-19.
At somehow, ada sebab kenapa kerajaan tak buat identifikasi kluster. Rakyat UK hampir/lebih 2 kali ganda daripada rakyat Malaysia. Kalau nak buat proses identifikasi, akan makan masa dan resources. No points untuk buat identification sebab penyebaran COVID-19 ni terlalu cepat
5-Staff kesihatan “tidak dibenarkan” untuk tulis/respons isu sensitive berkaitan dengan COVID-19
Ni antara punca yang menyebabkan kesedaran terhadap bahaya COVID-19 kurang dan lambat di UK. Ada sebahagian hospital telah “melarang” para doktor untuk buat tulis/respons di media berkaitan dengan COVID-19 ni.
Ada satu kes, seorang doktor GP buat video tentang bahayanya COVID-19 ni dan nasihatkan orang-ramai supaya berhati-hati dan ambil langkah proaktif terus kene sound dengan ahli parlimen kerajaan.
Ahli parlimen kerajaan siap “ugut” doktor tersebut di “buang kerja” lagi. Kau bayangkanlah betapa bodohnya ahli politik. Semata-mata tak nak bagi nampak buruk parti mereka, doktor pulak yang disalahkan kerana menyampaikan maklumat yang tepat.
Doktor juga “dilarang” untuk tulis/respons di media berkaitan dengan isu kekurangan PPE di UK ni. Kononnya tak nak rakyat panik dengan isu COVID-19. BANGANG !
Bagi aku, benda ni sangat “foolish”. Berbeza di Malaysia, berlambak doktor Malaysia tulis dan kongsi di media berkenaan dengan isu COVID-19 ni. Doktor di Malaysia tulis tanpa ada sebarang rasa takut. Isu PPE pon mereka tulis di media dengan selamba.
Kesannya, rakyat mudah sedar dan Bersama-sama untuk bantu petugas kesihatan di Malaysia. Ramai-ramai berganding bahu buatkan PPE untuk staff kesihatan.
Tak kira siapa pon, masing-masing menyumbang, jahitkan PPE untuk staff kesihatan. Tetapi benda ni tak berlaku dengan berleluasa di UK. Setakat ni aku tak baca pon rakyat UK ni beramai-ramai buat PPE untuk doktor di UK ni. Kalau ada pon sedikit sangat.
Ada juga rakyat yang rasa PPE ni bukan tanggungjawab rakyat, tapi tanggungjawab kerajaan semata-mata.
Part ni separuh betul, memang PPE tanggungjawab kerajaan, tapi sebagai rakyat, kalau tak mampu jadi frontliner, atleast sumbang untuk buat PPE pon jadilah. Tapi tidak berlaku dengan meluas disini
6- Isu COVID-19 dikendalikan oleh ahli politik
Yang ni memang ketara beza Malaysia dengan UK. Di Malaysia, isu COVID-19 akan dikendalikan oleh DGH KKM, Dato’ Dr Noor Hisham. Beliau ni pengarah KKM, bebas dari jawatan politik. Jadi apa yang dikatakan adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat.
Banyak kali aku baca statement beliau memang bercanggah dengan apa yang kerajaan buat. Sebagai contoh, kerajaan nak longgarkan PKP, nak bagi operasi gunting rambut etc.
Tapi Beliau rileks je sangkal dan keluarkan kenyataan KKM sendiri. Memang contradict dengan apa yang kerajaan cakap. Tapi disebabkan beliau adalah penjawat awam yang bebas dari kepartian politik, maka beliau akan buat dan bagi kenytaan untuk kepentingan rakyat. Bukan kepentingan ahli politik
Berbeza dengan UK, isu COVID-19 dikendalikan oleh ahli politik kerajaan. Jadi bila ada wartawan tanya tentang sesuatu isu sensitive, maka kenyataan yang dikeluarkan akan jadi bias. Supaya tak nampak kelemahan parti politik kerajaan yang memerintah.
Sampai sekarang TIADA PERMOHOANAN MAAF daripada pihak kerajaan terhadap isu kekurangan PPE ni. Still dalam sikap “denial” dan playsafe dalam keluarkan kenyataan. Totally BS!
7-Negara-negara Eropah/ Barat dah sinonim dengan penyakit wabak/ epidemic/ pandemic
Malaysia bertuah sebab banyak terselamat dari penyakit/wabak merbahaya, personally, bila berlaku sesuatu penyakit/ wabak, rakyat Malaysia akan rasa cemas dan Nampak bahayaanya penyakit/ wabak ni.
Berbanding di negara Eropah/ Barat, mereka dah biasa dengan penyakit/wabak ni. Spanish Flu 1918 pon berlaku dengan teruk dinegara Eropah/ Barat.
Pada awal berlakunya COVID-19, orang ramai menggangap COVID-19 ni sebagai salah satu penyakit flu biasa. So, tak ambil berat sangat pon. Sebab secara purata 600 orang mati setiap tahun di UK akibat flu ni. So, orang ramai rasa macam ok je.
Orang ramai beranggapan COVID-19 akan tamat bila masuk musim summer. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bila rakyat tengok statistik kematian di UK, barulah mereka sedar tentang bahayanya COVID-19
So far, setakat ni je tulisan yang boleh aku kongsikan. Aku nak rehatdan tidur dulu. Baru lepas balik ONCALL ni. Korang buatlah kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang aku tulis ni
Btw, kami dekat UK berpuasa lebih dari 16 jam tau! So bayangkanlah kalau doktor Muslim yang jadi frontliner waktu COVID-19 ni. Memang seksa dan terlampau letih.
Kadang-kadang rasa macam nak minum je IV drip! Sebab terlalu penat dan terlalu haus sepanjang bekerja sebagai frontliner di bulan Ramadhan ni.
Doakan aku supaya diberikan kekuatan dalam bulan Ramadhan ni
Sekian,
– Doktor yang masih bujang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit