COVID-19: UK vs Malaysia III

Untuk part I, (https://iiumc.com/covid-19-uk-vs-malaysia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/covid-19-uk-vs-malaysia-ii/).

Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan ke-13 buat semua pembaca IIUM Confessions. Terima kasih kepada admin kerana sudi approve dan aku hargai atas segala komen dan respons yang pembaca berikan.

Kalini aku nak berkongsi tentang perbezaan healthcare bagi 3 buah negara. Antara negara US, UK & Malaysia. Perbezaan yang akan aku kongsikan ni berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang pernah aku lakukan.

Mungkin sedikit berbeza dengan apa yang kalian baca dan alami. Mungkin ada yang mempertikaikan, atas kapasiti apa aku nak buat perbandingan ni?

Well, kalau nak tahu deep details, yang tu kalian kene baca laporan spesifik dari WHO etc. Apa-apa pun, ianya adalah sekadar tulisan, sekiranya ada sebarang teguran boleh diajukan melalui ruang komen yang ada ye.

Aku sempat berkhidmat sebagai doktor di US, pernah menjalani elective/training selama beberapa bulan di salah sebuah hospital besar di Malaysia dan sekarang ni sedang menjalani latihan kepakaran di UK.

Cuma, bila aku tulis tentang isu ni, sebagai pembaca, jangan mudah melatah. Sebab aku akan compare dan mungkin akan tulis tentang perkara yang tak sedap untuk kita sebagai rakyat Malaysia.

Again, selagi mana kita tak berani untuk melihat kekurangan diri kita, selagi tu kita akan rasa diri kita sahaja yang terbaik dan kita tak akan maju kehadapan-ni professor aku yang cakap.

So, selamat membaca.

1-Pengenalan sistem Health care antara US, UK & Malaysia;

UK & Malaysia merupakan negara yang mempunyai system health care yang hampir sama iaitu Universal Health Care. Manakala system health care di US ni mix-up dan tak masuk dalam kategori Universal Health care.

Memandangkan UK & Malaysia mempunyai system yang hampir sama, so aku explain tentang Universal Health Care ni dahulu ye.

Apa itu Universal Health Care? Maksud mudah universal health care ni adalah; suatu system yang menyediakan khidmat perubatan kepada semua rakyatnya.

Kebanyakkan negara yang mengamalkan system Universal Health Care ni memperolehi dana melalui cukai umum dan cukai pendapatan. Bagi negara yang mengamalkan system ni, negara tersebut terpaksa membelanjakan sebahagian besar belanjawan negara kepada sector kesihatan.

Bagi tahun 2019/2020, kerajaan UK memperuntukkan sebanyak £ 140.4 Billion (dengan jumlah populasi sebanyak 67.8 Juta orang) kepada NHS (sector kesihatan dan penjagaan sosial).

Manakala Malaysia memperuntukkan sebanyak RM 30.6 Billion (dengan jumlah populasi sebanyak 32.3 Juta orang) untuk sector kesihatan pada tahun 2020.

Di US, mereka tidak ada system seperti Universal Health Care. Mereka menggunakan system insurans kesihatan untuk menampung kos rawatan kesihatan.

Rakyat dikehendaki mencarum insuran kesihatan untuk membolehkan mereka mendapatkan rawatan kesihatan. 67 % rakyat mereka mempunya insurans kesihatan. Kebanyakkannya dicarum melalui majikan masing-masing.

So, adakah golongan miskin atau tidak berkemampuan di US terabai atau tidak dibela??? Jawapannya TIDAK.

Sebahagian besar rakyat US yang tidak mempunyai insuran kesihatan sendiri menerima perlindungan insuran kesihatan yang ditampung oleh pihak kerajaan melalui skim Medicare, Medicaid etc. Cuma kurang dari 10% rakyat US ni tak mempunyai langsung insurans kesihatan sendiri.

Sebenarnya US ada system yang hampir sama macam Universal Health Care iaitu Obamacare. Aku ingat lagi masa belajar dekat US dulu, presiden Obama sendiri memperkenalkan system Obamacare pada tahun 2010.

System ni masih lagi berjalan. Cuma bajetnya semakin dikurangkan. Waktu pelancaran Obamacare ni aku ingat lagi, memang dapat tentangan oleh sebahagian besar capitalist health care di US.

Perkhidmatan kesihatan di US ni kebanyakkannya disediakan oleh pihak swasta dan ianya merupakan satu perniagaan bagi mereka.

So, bila Obama perkenalkan Obamacare, kapitalis health care ni rasa terancam. Syarikat insurans pon sebahagiannya menentang sebab takut jumlah orang yang nak carum insurans akan berkurangan.

Bear in mind, bukan bermaksud kalau orang sakit yang taka da insurans dan tak dilindung oleh kerajaan tak boleh terima rawatan tau!

Mereka masih boleh menerima rawatan, Cuma nanti bila part nak discharge hospital tu mereka akan terkejut beruk sebab mereka akan terima bil rawatan yang tinggi. Sebab tu di US, ramai orang yang berhutang disebabkan tak mampu bayar bil rawatan hospital!

Mudahkata, di US, sector kesihatan adalah suatu PERNIAGAAN.

Berbeza dengan UK & Malaysia, sector kesihatan adalah untuk semua. Sama ada B20, M40 mahupun T20, semuanya layak untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital di seluruh Malaysia. Sama juga seperti UK, semua orang layak menerima rawatan.

Next comparison aku akan fokus lebih antara UK & Malaysia. Since system health care yang sama, jadi lebih mudah untuk aku compare. Cuma, aku akan selit-selit sikit tentang system health care US nanti.

2-Kelebihan & kekurangan Universal Health Care;

Sebagai rakyat sama ada Malaysia atau UK, mesti kita akan Nampak Universal Health Care ni sebagai medium terbaik dan tidak ada langsung kekurangan. Sebab kita adalah user atau pelanggan bagi sector kesihatan.

Di Malaysia, untuk caj rawatan pesakit luar, rakyat hanya dikenakan sebanyak RM 1 sahaja.

Tetapi untuk rawatan lain, kerajaan Malaysia mengenakan caj kepada rakyat Malaysia (https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/160?mid=291). Tapi caj yang dikenakan masih lagi munasabah bagi aku.

Dekat UK, rawatan kesihatan adalah percuma. Tidak ada caj dikenakan kepada rakyatnya. Tiada caj wad, tiada caj siasatan, tiada caj pembedahan etc.

Dekat sini, rakyat UK dapat kelebihan berbanding rakyat Malaysia. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang di caj (https://www.nhs.uk/using-the-nhs/help-with-health-costs/when-you-need-to-pay-towards-nhs-care/).

Caj tu pon dikenakan kepada golongan tertentu sahaja. Sebagai contoh, bagi satu preskripsi sebanyak £ 9.15.

Balik semula cerita kelebihan & kekurangan Universal Health Care ni.

>>>Antara kelebihan Universal Health Care ni;

a-Mampu mengurangkan kos rawatan kesihatan secara keseluruhan. Sebab kerajaan yang control sector pekhidmatan kesihatan awam ni.

b-Servis rawatan yang sekata di semua klinik/hospital

c-Perkhidmatan tenaga kerja yang baik. Yang ni sangat ketara kalau dekat US. Bila health care ni merupakan suatu perniagaan, secara tak langsung wujud jurang antara doktor.

Di US, almost setiap doktor tak menerima gaji yang sama. Berbeza di UK & Malaysia. Dekat UK misalnya, tangga gaji basic doktor sama. Bagi Foundation Doctor (FY1) ada tangga gaji sendiri, FY2 ada tangga gaji sendiri.

Bila masuk special training, ST1 ada tangga gaji sendiri. Semua doktor di UK mempunyai gaji basic yang sama. Sama ada doktor tu terer ke tak, pandai mengampu senior ke tak, rajin atau malas kerja, mereka mempunyai tangga gaji yang sama.

Macam Malaysia, kita ada UD41, UD44 dan seterusnya setiap tangga gaji tu ada gaji basic yang telah ditetapkan. Di US, doktor boleh deal dengan pihak pengurusan hospital. So, situasi ni tak berapa bagus kalau diamalkan di sector perkhidmatan awam.

>>>Antara kekurangan Universal Health Care ni;

a-Tak adil untuk orang yang sihat. Orang yang sihat kene bayar kos rawatan bagi orang yang sakit.

b-Rakyat akan kurang rasa semangat untuk jaga kesihatan masing-masing. Part yang ni memang ketara di US.

Disebabkan kos rawatan kesihatan di US yang mahal, rakyatnya terpaksa menjaga kesihatan dengan baik. Sehingga ada timbul situasi, kalau dah selalu sakit dan tak mampu bayar kos rawatan, lebih baik bunuh diri. Harga insulin di US mahal nak mati oi!

c-Waiting time yang lama untuk dapatkan rawatan.

d-Kerajaan terpaksa tanggung kos rawatan yang tinggi.

e-Sukar untuk kerajaan tambahbaik mutu perkhidmatan kesihatan. Yang ni kesnya sama antara UK & Malaysia. Berbeza di US, kebanyakkan peralatan hospitalnya lebih canggih dan up to date. So, chances untuk pesakit pulih jauh lebih tinggi berbanding dengan UK & Malaysia.

Pengalaman aku masa elective/training dekat Malaysia memang aku tak dapat lupakan. Bayangkan, aku kene marah dengan senior doktor & nurse sebab aku tak tahu guna mesin ECG. Sebenarnya aku bukan tak tahu, tapi tak pasti.

Prof aku cakap, kalau tak pasti sesuatu perkara, jangan malu untuk bertanya. Mesin ECG yang hospital tu guna memang out of date. Aku tak jumpa dah mesin ECG macam tu dekat US. Yang ni nanti kalau ada masa aku akan share pengalaman aku elective/training dekat Malaysia yang tercinta ni. Haha.

3-Perkhidmatan Klinik Kesihatan (GP) antara US, UK & Malaysia;

bersambung…
_

Respons;

1-Aku dah pernah confess ke dekat page ni?

Post COVID-19: UK vs Malaysia tu pertama kali aku tulis. Page ni merupakan page pertama yang aku pernah post. Sebelum ni tak pernah pon tulis macam ni. Hahaha.

2-Buat blog khusus untuk tulis?

Aku lebih suka tulis secara anonymous. Sebab kebanyakkan info yang aku tulis atau akan tulis nanti ni sebenarnya sensitive.

Sebab tu kalau kalian perasan, kebanyakkan doktor Malaysia yang bekerja di UK takde/sikit sangat tulis isu especially isu berkaitan dengan COVID-19. Sebab isu ni sensitive. Kalau ada pon, doktor yang berada di UK atau pernah bekerja di UK akan ulas/tegur untuk rakyat Malaysia.

Cuba kalian suruh doktor tu tulis kekurangan system atau tulis tentang perangai mengada-ngada rakyat UK ni time terima rawatan dekat hospital. CONFIRM mereka tak akan tulis.

Kalau yang tulis pon mereka bukan lagi berada di UK. Benda ni bagi aku normal. Sebab aspek PRIVATE & CONFIDENTIAL yang diamalkan di UK sangat tinggi.

Pernah ada seorang junior doktor buat instalive ke fblive suasana pesakit COVID-19 dalam hospital, terus kene amaran dan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin. Even nak post gambar xray pesakit tanpa ada detail nama pesakit pon tak boleh tau!

3-Nak berkenalan?

Boleh je. Tapi jangan guna fake profile la. Hahaha.

_

Banyakkkkk lagi kalau nak share maklumat atau kongsi pengalaman ni. Kalau banyak responsa tau komen, inshaAllah aku sambung lagi. Tapi kalau kurang, maybe lambat sikit atau tak sambung dah kot. Hehehe.

By the way, UK ni dah jadi negara tertinggi untuk kes kematian COVID-19 dalam benua eropah ni. Lebih tinggi jumlah kematian dari Itali. Doakan kami di sini ye.

Aku tak sabar nak balik Malaysia bila semua ni reda. Jumpa mak & ayah. Jumpa adik-beradik, anak-anak buah dan seluruh ahli keluarga di Malaysia.

Bila balik Malaysia, aku selalu berbual panjang dengan adik-beradik aku yang turut berkhidmat sebagai doktor di Malaysia. Kadang-kadang kami tak tidur sebab bincang tentang sektor kesihatan ni. Kami selalu discuss beza sektor perkhidmatan kesihatan antara US, UK dan Malaysia sama-sama.

Seriously, letih gila menghadap pesakit COVID-19 ni. Moga Allah balas jasa semua frontliner di seluruh dunia ni.

Sekian,

– Doktor yang masih bujang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *