COVID19: Aku Anxiety II

Untuk part I, (https://iiumc.com/covid19-aku-anxiety/).

Untuk makluman semua sekarang aku sedang jalani rawatan. Dan aku pun refer pakar psikiatri, dietician. Homeopathy pun aku cuba. Aku ada baca komen ;

“Senang sungguh ang buat semua.. request petik jari.. kalo aku.. doktor suruh beramboih balik rumah.. kalo berkeras mesti kena ngan polis..”

Kata senang-senang saja aku buat semua ni. Aku tak bersyukur. Tak kisah laa bersyukur ke tak bersyukur ke, benda ni aku yang nak kena hadap, bukan orang lain, tapi AKU!

Kenapa orang senang-senang saja nak judge orang lain? Ye laa risiko la kan untuk buat confession ni, apa orang nak komen ikut suka laa nak komen apa.

Tu risiko yang aku kena tanggung. Kenapa aku dok gatal nak confess bagai kan? Sebab aku nak lepaskan apa yang ada kat fikiran aku ni. Tu jawapan aku.

Siapa kata senang? Sebelum tu aku ada refer Klinik Swasta duit beratus habis tapi masalah aku tak selesai then aku pergi Klinik Kesihatan, doc KK layan aku baik. Siap nak refer kepada pakar, dengan surat rujukan kepada pakar tapi aku tak leh tunggu.

Aku rasa nak mati.Aku direct terus pergi refer doc private, apa guna bayar medical card bulan-bulan? Aku takde refer hospital gomen sebab aku tau benda ni makan masa berbulan-bulan.

Buat apa aku nak buang masa sedangkan aku rasa tak tertanggung seorang-seorang. Rasa nak mati. Aku stress tau tak. Aku makan sikit saja perut aku dah sakit.

Aku lapar ni. Tapi asal makan saja sakit perut. Dah sakit perut bawa ke sakit kepala. Rasa dada ni tak cukup nafas. Nak tau sebab apa?

Kita sakit, kita cakap kita sakit orang judge kita macam-macam. Lagi aku rasa diri aku tak guna. Resah tak boleh bawa bincang. Aku tidur sehari bape jam saja. 3 jam saja.

Aku tengok suami dengan anak-anak aku sedap saja tidur. Aku tak leh lelapkan mata. Aku tak tau apa yang aku fikir, dalam kepala otak aku ni.

Aku ambil wuduk, aku solat sunat taubat, aku solat tahajjud. Aku mengaji. Hikmahnya aku lebih beribadat bila aku tak boleh tidur. (Jangan la ada yang komen kata aku baca doa tak betul plak) Hari-hari aku buat macam tu. Mulut aku tak lekang berzikir hingga ke saat ini.

Bila anxiety menyerang, aku tak boleh kawal diri aku. Apa yang aku boleh buat, aku asingkan diri aku daripada orang lain.

Pernah aku drive pergi kerja, aku kena anxiety aku stopkan kenderaan. Aku nangis-nangis keluar kereta sebab aku rasa aku boleh mati duduk dalam kereta , ruang yang kecil tu. Aku rasa tak cukup nafas nak sedut udara.

Orang yang tak faham, akan cakap aku pergila!!! Orang nak rakam ke nak rekod ke aku dah tak kisah dah. Orang kata aku meroyan ,kena rasuk, hilang akal. Aku dengar.

Luckily, masa kejadian ada hamba Allah ni tenangkan aku. Dia saja seorang manusia yang aku rasa tak judge aku masa tu.

Aku tak minta orang faham pun tapi aku minta orang LISTEN. Macam orang cakaplah, aku tak boleh kawal apa yang orang nak kata, nak komen, nak buat. Aku tak boleh paksa. Melainkan orang tu ada di tempat aku.

Orang yang merasa saja yang tahu betapa seksanya nak hadap hari demi hari dan tempuh semua dengan pandangan negatif orang lain.

Kami yang ada gerd, tak boleh sembarangan makan. Sebab kalau salah makan akan mencetuskan gerd. SEKSA. Kalau sakit perut kadang aku tak leh nak berdiri pun. Hanya kerana salah makan. Angin tu terus naik, pedih ulu hati.

Kadang kat ofis ni beria-ria buat makan. Kebanyakan makanan yang aku tak boleh makan, makanan bergoreng, bersantan, ada sitrus, bercoklat, cheese.

Semua benda tu aku tak boleh makan. Bila aku tak sentuh orang mula judge aku. Kata aku cerewet, tak bersyukur, mengada, kata nak diet, nak jaga badan.

Walhal aku dah explain aku ada gerd, aku tak boleh makan semua benda tu. Mereka-mereka tu tetap ejek aku. Membahan aku. Aku menangis kat toilet seorang-seorang.

Kalau boleh memang aku nak makan, sebab aku teringin. Kalau aku makan sikit pun aku yang mendapat, sakit. Bukan orang yang mengata tu yang sakit. Ingat senang ke nak lawan nafsu makan ni???

Aku rasa nikmat makan tu Allah dah tarik. Aku menangis bila aku solat, time aku rukuk tu aku rasa apa benda yang aku makan tu ada kat anak tekak ni.

Nak terkeluar balik tapi meloyakan ada rasa macam muntah. Aku meratap, menangis. Ada ke orang nak faham??? Tak, orang takkan faham unless dia rasa apa yang aku rasa.

Then, isu tak berkongsi dengan semua orang. Aku declare kat semua orang, family members, colleagues, my frens. Suami aku tau aku ada gerd. Aku kongsi apa perasaan aku kat dia. Aku update perkembangan aku, penyakit aku ni.

Ntah laa, nak kata dia tak support tak adil pulak. Sebab dia teman aku pergi buat rawatan.

Aku bersyukur dia banyak bantu aku. Sama-sama buat housework, jaga anak. Tapi itulaa takat mana pulak pemahaman dia. Sebab dia tak rasa berada di tempat aku.

Kalau outing, aku biasa bawa makanan aku. Bekal dari rumah. Suami aku dah boleh terima keadaan tu. Kadang dia tegur aku, kawal laa sikit perasaan tu. Tak semudah berkata-kata ye.Aku kawal laa tu, kalau aku tak kawal lain plak cerita dia.

Family aku, semua tau aku ada gerd. Dia orang tau. Ada saja adik-beradik yang judge aku, bahan aku. Abis takkan aku nak tampar muka seorang-seorang? Tak boleh kan? Again, macam korang cakap la aku boleh kawal diri aku je, aku tak boleh kawal orang lain. Aku telan saja la.

Aku boleh terima lagi kalau setakat bahan level biasa-biasa saja. Yang lain support aku ape, kalau suami aku tak dapat teman aku pergi check up, kak long aku teman. Tolong drive kan aku pergi hospital.

Alang aku bekalkan makanan aku. Tu kira bagi aku moral support lah tu. Diaorg buat bbq, dekat rumah mak ayah aku. Buat baca yasin kami adik-beradik. Kira support la tu. Aku tak halang pun diaorang nak bercuti ke sana ke mari. Ada keluarga masing-masing kan? Pilihan kat masing-masing.

Cuma aku minta orang hormat pilihan aku. Jangan kecam aku. Mak ayah aku pun tak nak bercuti ke mana-mana sebab umur dah meningkat diaorang prefer duduk rumah saja.

Siapa nak bercuti terpulanglah, tapi mak dah pesan siapa yang balik bercuti jangan balik kampung bagi tempoh tertentu. Mak aku ambil langkah pencegahan. Sebab tau kepala masing-masing.

Family mentua aku. Dengan keadaan sakit aku ni, tahun lepas aku dipaksa ikut sama trip pergi Perlis naik ETS. Korang bayangkan aku duduk dalam train tu terpekuk macam tu berapa jam? Dengan keadaan aku ni.

Kira aku ada tolak ansur lagi tu. ( Tak payah tanya kenapa tak pergi naik kereta, berjela cerita tu kang) Dan aku tau memang aku tak boleh tolerate trip kali ni. Cukuplah. Aku tolak cara elok. Again aku dah explain aku ada anxiety, aku ada gerd.

Dah ada plak makhluk yang membahan aku dalam whatsapp group. Gelak-gelakkan aku. Cerita balik kisah naik ets tu aku menangis dalam train. Kata aku macam-macam. Ingat kelakar ke? Tak kelakarlah. Dah melarat kaitkan kes aku ni kes kerasukan bagai. Ingat aku suka ke?

Aku tak suka. Tapi aku tahan diri aku. Aku fikir suami aku layan aku baik saja. Suami aku sayang aku saja. Ikut hati dan perasaan aku, hhhmmmmmm…. Kata aku ni ada saka, ada setan, ada iblis. Suami aku back up aku, kata dia takut isteri. Lebihkan isteri. Nak kata macam mana???

Aku dulu tak macam tu. Aku okay saja travel mana-mana. Aku dah biasa kot travel backpacking masa bujang dulu. Ingat aku minta ke jadi macam orang tak betul macam tu?

Tu belum tohmah aku makan cerewet. Aku kena cerewet, sebab kalau aku salah makan. Aku yang sakit, bukan orang yang mengata tu sakit. Ubat pun aku tak boleh ambil sebarangan. Kena ada preskripsi doktor.

So sekarang ni aku dalam proses rawatan. Permohonan cuti tak bergaji aku dah approved. Aku nak rawat diri aku. Selain Allah yang dapat bantu aku untuk sembuh adalah diri aku sendiri.

Aku tak nak diri aku hanyut. Sebab kebanyakkan orang suka judge aku tak tentu pasal. Alhamdulillah, dah dekat 2 bulan, tak banyak ada sedikit perubahan dalam diri aku.

Aku amalkan gaya hidup sihat. Aku spend masa lebih dengan family kecil aku, mula beriadah, amalkan makanan yang seimbang. Aku tak nak anak-anak aku alami masalah sama dengan aku hadap sekarang.

Aku dah mula terapkan amalan gaya hidup sihat, jaga makanan, jaga kesihatan untuk keluarga aku. Sebab bukan mudah nak tempuh semua tu.

Memang ada masa orang takkan nak faham kita, kita yang nak kena faham diri sendiri dulu. Aku bersyukur spouse aku beri aku moral support, aku bersyukur mak ayah aku memahami.

Aku bersyukur Allah beri peluang merasa nikmat yang diberiNya. Apa yang aku perlu cuma please don’t judge me!

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *