Credit Hantu Di UIA

Saya merupakan bekas pelajar UIA, graduan tahun 2000an. Saya antara student yang nakal dan pernah repeat paper banyak kali. Dari matrikulasi di PJ hinggalah di Gombak, saya kerap repeat paper. Ada yang repeat hingga 2, 3 kali. Maklumlah student engineering, repeat paper itu memang biasalah. Pada 2 semester terakhir, saya pulun belajar jadi rajin sikit, sebab dah tak larat nak tambah sem. Untuk makluman semua, saya extend 2 semester, bersamaan 1 tahun.

Alhamdulillah, saya berjaya selesai belajar dan telah merangkul ijazah dari UIA. Pointer saya agak rendah, kerana banyak sangat repeat paper. Tidak sampai sebulan, saya dapat kerja sebagai engineer di sebuah kilang. Saya bertemu dengan ramai lagi rakan-rakan dalam aliran yang sama, dari universiti yang lain. Saya mula sedar bahawa ada satu kelainan bila bandingkan UIA dan uni lain dari segi pointer. Kebanyakan graduan yang jenis macam saya pointer agak rendah, tetapi berkaliber (bangga sikit produk UIA). Tapi graduan yang lain walaupun pointer tinggi, tapi tak sehebat UIA.

Rupanya, UIA mengamalkan credit hantu. Apa itu credit hantu? Sistem CGPA UIA kira begini. Gred paper yang kena repeat akan kekal dalam transkrip. Contohnya jika subjek Calculus dapat D (kena repeat), kemudian sem depan dapat A, gred hakiki bukan 4.0, tetapi dimasukkan sekali subjek yang repeat iaitu gred D. Bagi universiti lain, bila anda repeat paper, gred yang lama akan dibuang terus dan digantikan dengan gred yang baru. Dengan ini CGPA akan jadi lebih baik dan lebih tinggi.

Apa kesannya kepada graduan UIA yang repeat paper seperti kami? Ada banyak, bila minta kerja, pointer kami rendah, walhal jika ikut kiraan pointer uni lain, sepatutnya pointer CGPA kami lebih tinggi. Macam saya, alhamdulillah saya dapat sambung master, tetapi saya dapat sebab ada pengalaman bekerja. Kalau nak harapkan pointer, memang susahlah nak dapat. Lagi-lagi biasiswa macam Mybrain, memang tak layak terus. Nak dapatkan skim pensyarah untuk sambung Master dan PhD pun tak layak, sebab pointer rendah. Jika credit hantu (gred paper repeat) dibuang, sudah pasti peluang lebih cerah untuk saya dan rakan-rakan lain seperti saya.

Nak sambung belajar di luar negara pun tidak layak, sebab bila nak apply Master atau PhD, memang akan tengok pointer degree. Apatah lagi nak dapatkan biasiswa. Saya agak terkilan bila dapat tahu UIA antara universiti yang mengamalkan kiraan pointer yang kejam dan tidak adil ini. Saya nak bangga dengan UIA pun, bila terkenang hal pointer ini, saya rasa kecewa. Sebenarnya saya pernah bagitau hal ini kepada SRC, tetapi mereka pandang enteng sahaja, mungkin sebab mereka dean list agaknya.

Saya harap luahan hati saya ini akan sampai di pihak pengurusan tertinggi UIA. Lakukanlah sesuatu. Kita belajar di universiti Islam, bukan kerja untuk menghukum, cuma kami nak yang adil. Jika dah repeat paper, gred yang lama tu buanglah dan ganti dengan gred yang baru. Semua universiti amalkan begitu, boleh cek dengan rakan-rakan dari Uni yang lain. Semoga UIA terus perkasa dan hasilkan graduan yang berkualiti, amin.

– Super Senior yang Berjaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit