Cringe Bila Orang Suka Kita Balik

Hai, nama saya Lania, berusia 24 tahun. Direct to the point sahaja kisah saya nak ceritakan, semasa belajar asasi pada umur 18, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki dan kami berkawan sehingga tahun depannya, lelaki tu confess suka dekat saya.

Saya pun suka dekat dia masa tu. Saya tahu dia suka saya. Bukan pengetahuan korang, kami berdua berasal dari sekolah agama tapi lain-lain sekolah. Saya menolak dengan cara yang baik sebab masa tu umur saya baru 19 tahun. Kalau ada jodoh, ada lah.

Saya tak tahu jikalau kami bercinta ke apa, tak dapat nak visionkan bila nak kahwin ke apa. Senang kata saya tak bersedia pun masa tu. Tak bersedia dengan emotional risk yang akan saya hadapi antara tempoh bercinta sehingga kahwin.

Saya ambil jurusan ****** kat satu IPT ni, antara bidang yang mana pengajiannya agak lama sikit. Bukan 3 tahun tapi 5 tahun.

Masa umur 19 tu, masih di asasi. Entahlah, rasa tak kena di hati. Oh lupa nak bagitahu, kami sebaya. Lain universiti. Saya tolak baik- baik.

Saya kata lebih baik berkawan macam biasa. Disebabkan dua-dua dari sekolah agama, ada juga lah elemen ayat-ayat (ngorat) islamik yang disajikan dalam mesej masa kenal dulu tu. Saya cringe sebab tak rasa ayat-ayat islamik akan releven bila dah kahwin.

Memang tak seriklah laki tu minta nak bercinta juga. Saya minta jangan wasap setiap hari. Seminggu sekali ok. Saya rimas. Mula-mula tu dia ikut. Lega betul hati. Seminggu jelah ikut rule tu last-last setiap hari juga sampaikan saya bluetick je.

Saya unfriend dekat Facebook, dia request. Instagram dia nak follow. Saya reject request, datang lagi request dia besoknya. Saya biarkan macam tu sehingga berbulan-bulan.

Jadi, satu hari saya rasa bersedia nak confront dengan apa yang saya rasa. Dia cuba-cuba jugalah nak tackle tapi saya tolak. Tahu dia kata apa? Dia kata dia tak boleh lupakan ex girlfriend facebook dia.

Dia teringat kat ex girlfriend dia lah apa lah tapi dia tak pernah jumpa pun dengan girlfriend facebook tu. Adehhh. Nak buat saya sebagai rebound lah ye? Ke dia yang being defensive sebab dah banyak kali kena tolak?

Januari 2019, dia wasap saya tanya sama ada saya dah ada boyfriend belum? Masa tu saya sambung belajar kat luar negara. Saya jawab dah ada. Dia diam. Masa Mac 2020, awal-awal covid tu, dia tanya lagi saya single ke? Dia kata dia single lagi. Saya bluetick.

Masa di degree, saya ada juga berkawan dengan seorang lelaki, nama A. Berbulan-bulan berkawan, nampaklah efforts A ni last kali dia tinggalkan saya.

Dia confront saya, tahu apa dia cakap? Dia berkawan dengan saya sebab nak lupakan crush dia yang dah berkali-kali reject dia.

Dia tahu apa yang dia buat tu tak baik. Sekarang dia dengan perempuan baru dan dia kata dia betul-betul sukakan perempuan tu.

Hatta sampai sebelum covid hari tu, dia masih ajak saya keluar makan sama-sama. Puji saya cantik (abaikan, cringe), ajak borak, dan belanja makanan untuk saya.

Tapi bila tengok girlfriend dia update pasal relationship diorang, saya rasa better saya mendiamkan diri. Mungkin sebelum-sebelum ni saya in state of denial dengan apa yang saya tengah alami. A ni nak test market dia ke? Seronok ramai perempuan suka kat dia?

Terus saya buang nombor telefon A dengan girlfriend dia. Takpelah. Tak nak kacau daun. A ada tanya, dah lama tak nampak WhatsApp update? Dia siap tanya, saya hide status daripada dia ke?

In fact, bukan hide. Saya buang terus nombor dia. Saya tersedar, masa berkawan dengan A, saya macam over-attached dengan dia.

Lepas buang nombor dia, teringat-teringat jugalah tapi takpelah. Ia satu proses. Tak perlu terburu-buru nak mengejar perasaan betul-betul dah move on. It’s a matter of time. The heart will heal one day

Lelaki C, confess kepada saya masa covid ni, saya tanya macam-macam untuk nak tahu fikrah dia macam mana apa semua. Saya tak nak ber’cinta’ tanpa ada hala tuju untuk berkahwin. Bila saya tanya, ada tak cita-cita nak mendirikan rumah tangga?

Dia kata tak tahu. Alamak, pishang lah gini. Tanya punya tanya, dia kata dia rasa bosan. Saya pun slowly reject. Better maintain as kawan tapi C react defensive sikit.

Dia kata dia bukan suka saya sahaja. Ada spare spart lain. Yang dia suka betul-betul, orang lain. Maksudnya, tak dapat saya, list dalam spare part dia ada lagi.

Tepuk dahi kejap.

Sekarang, saya rasa cringe kalau ada lelaki nak berkenalan dengan saya. Satunya, saya tak bersedia dari financial lagi. Kerja pun tak lagi. Mak pun dah start tanya pasal kahwin-kahwin ni lah tapi saya relaks je la cerita pasal semua lelaki yang approach.

Mak pun turn off. Haha. Mak tahu kahwin ni bukan macam nak tangkap muat je. Asal lelaki approach, terima & kahwin terus tanpa selidik. Keduanya, saya risau kalau berkahwin dan ada anak, anak-anak menjadi mangsa kepada emosi kita.

Atapun kita sebagai ibu yang terlalu mengatur keputusan anak-anak sehinggakan keputusan tu buat kehidupan anak tersalah jalan. There’s no perfect parent. Saya tahu. Tapi itu yang saya risaukan.

Macam mana ye? Saya rasa cringe cakap pasal kahwin atau suka suki sekarang sampaikan mak cakap, “Tak rasa desperate lagi, tunggu lah umur 30 nanti.”

– Lania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *