Hai.
Wahai kawan-kawan, aku sebagai senior korang yang dah merasa susahnya mencari kerja nak nasihat kat korang. Please please please please strengthen you English knowledge. Nanti kalau time interview, interviewer tanya in English, takkan nak jawab in Malay kot. And takkan kau nak cakap “Duduk Malaysia, cakap la Bahasa Malaysia” kat interviewer. It shows how much you are lacking in terms of communication skills. Aku buat confession in BM ni pun supaya semua boleh baca dan hadam. Nanti post in English, cakap poyo pulak. Dah tak dapat kerja bagi alasan takde cable la, employee tak bagi chance untuk dapat experience la, padahal salah sendiri flunked the interview.
Confirm ada antara korang yang bagi alasan “ala kat Japan/Germany, tak power English pun boleh jer diorang maju.”
Weh bangang, kau tu masuk lecture pun kadang-kadang lambat, ada hati nak jadikan Japanese as contoh? Nak lepak dengan member pun kau lambat setengah jam, ada hati nak jadi macam germans? Tolong cermin diri dulu ok #silameninggal
Pastu confirm ada ustaz ustazah bagi alasan “dari belajar bahasa Barat, lebih baik belajar bahasa Arab!”
Fikirlah wahai akhi dan ukhti, otak manusia yang Allah ciptakan begitu hebat memang limit dia untuk belajar 2 bahasa je ke?! Memang kena pilih eh?! Takleh belajar dua-dua?!
Pastu, ada lagi students acah-acah realist bagi alasan angkuh lagi bodoh “lebih baik belajar bahasa Mandarin! Korang tak nampak ke negara China semakin berkembang dan tak lama lagi akan mengatasi negara Barat!”
Ni pun sama. Nak belajar bahasa memang kena pilih ke? Jack Ma yang kaya gila babi tu pun boleh cakap in English. Nobody macam kau boleh pulak bagi alasan bodoh sombong macam ni.
Pastu, ada pulak students acah patriotik bagi alasan “Ni kan Malaysia! Kena lah cakap bahasa Malaysia! Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah memartabatkan bahasa ibunda! Bahasa Jiwa Bangsa tau tak?”
Kau type kat whatsapp pun pakai shortform yang terlampau kreatif. Pastu kat facebook pakai pulak word kipidap dongibap. Ada hati nak jadi hero Malaya?! Pastu kalau belajar English ni, memang automatik tak boleh cakap bahasa Malaysia ke? Logik planet mana kau pakai ni?!
Harap kawan-kawan boleh hadamkan apa yang aku cakap ni. Untuk kebaikan korang jugak. Dan alang-alang meroyan pasal English ni, aku nak ajar korang sikit pasal cringe-worthy mistake yang mostly semua pernah buat.
1. Kalau panggil lecturer, jangan panggil Sir [nama]. Sebagai contoh, jangan panggil Sir Ali. Kalau tengah cakap dengan lecturer tu, pakai Sir je cukup. Unless lecturer kau dah dapat knighthood dari Queen Elizabeth, jangan la panggil Sir.
“sir, yang ni kena salin ke?” (betul)
“Sir Ali tu hensem kan?” (salah)
2. it means vs its mean
“it means” (betul sebab mean kat sini is a verb, mean = bermaksud)
“it’s mean” (salah sebab mean kat sini is an adjective, mean = garang)
Sekian. Kalau ada hujah/alasan baru untuk tak study English, sila komen. Nanti aku refute.
– Concerned
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit