Crush 15 Tahun

Salam semua, saya Amena, 28 tahun.. So saya nak cerita tentang crush saya selama 15 tahun dan tak pernah berubah.. Saya namakan dia Wan.

Saya dibesarkan keluarga yang agak susah, adik beradik ramai, rumah bocor sana sini, tapi untuk rupa saya agak cantik.. Ini pendapat dari sekeliling, tapi dah kalau anak orang miskin susah lah siapa pun nak cuba dekati.

Aku masuk tadika umur 5 tahun, waktu ini aku kenal Wan, dia sangatlah hemsem, putih, ada lesung pipit, manis sangat kalau senyum.

Tapi Wan ini suka sangat buli aku, suka buat aku menangis dia agak nakal.

Waktu 6 tahun aku pindah kuala lumpur disebabkan ayah dapat kerja disana, dan waktu darjah 1 aku pindah semula di sekolah lama, waktu ini aku jumpa Wan semula.

Dia masih ingat aku, dan aku masih dibuli, tapi aku suka dia, sebab hensem hahaha.

Sanggup dibuli, tapi Wan jenis buli hanya usik-usik sahaja, tapi dia selalu panggil aku selekeh, Wan agak jual mahal ramai suka dia tapi dia tak layan lebih pada siapa pun.

Aku ini anak orang susah, cantik macamana pun selekeh jugalah baju sama tiap tahun, tapi aku bersyukur makan pakai ayah tak abaikan.

Berbalik pada Wan.. Hari makin hari Wan semakin hensem ramai betul peminat, aku kadang sakit hati dengan mulut Wan yang jenis lepas je cakap pasal aku.

Wan suka angkat kening macam ziana zain tu hahaha, smart, pakaian kemas, rambut kemas serba serbi nampak anak orang berada, basikal dia advance pada orang lain.

Aku suka pun hanya pendam, sebab tiada guna benda tak akan jadi, lagi pun ramai sangat peminat dengan cantik serta setaraf.

Masa berlalu dan aku masih pedamkan rasa sehingga menginjak ke form 1, waktu ini aku mula pandai kemaskan diri dan Wan mula layan aku secara lebih baik.

Kami jadi kawan baik yang sangat rapat, Wan akan tanya pendapat aku tentang setiap perempuan yang suka dia.

Akak angkat pun aku pilihkan, aku selalu teman dia baca surat-surat cinta, kami akan gelak kuat bila surat itu ada bedak habis seluar dan kain aku.

Lebih ramai suka dia disekolah menengah hahaha, sehari dia boleh dapat 10 surat.. Dia nak kekasih, so Wan tanya antara semua yang mana paling okay, aku pilih yang tak berapa cantik hahaha, sebab nanti akan jelous kan.

Wan ikut apa aku cakap dia bercinta dengan budak itu namanya Aisyah, aku masih pendamkan rasa. Waktu dah bercinta ini Wan kurang bagi perhatian pada aku, jarang dah lepak sama, borak semua, sebab dia lebih fokus pada Aisyah.

Makin lama hati aku makin sakit, aku cuba jauhkan diri pada Wan bagi ruang untuk dia dan Aisyah..

Waktu form 2 ada budak lelaki suka aku, siap bagi surat tapi hati aku masih pada Wan.. kuat sangat rasa itu pada Wan.

Waktu form 3 Wan pindah sekolah ke selangor, waktu ini aku tiada hp bimbit, tiada fb.. sangat zaman-zaman dulu. So kami berpisah tanpa tahu akan berjumpa lagi atau tidak.. dan aku sampai akhir tak mampu luahkan perasaan aku pada Wan.

Wan jumpa aku pada hari last dan beri aku satu kad ucapkan terima kasih untuk segalanya.. Aku harapkan dia luahkan perasaan tapi tiada. Kemurungan juga aku, rindu sedih tanpa Wan.

Aisyah putus dengan Wan selepas Wan pindah sekolah kerana susah hubungan jarak jauh dengan lelaki hensem katanya, lepas pada itu aku tengok dia bercinta dengan Amirul budak kelas aku.

Selepas pada itu, aku tetap tak bercinta, ramai lelaki mula cuba dekati aku even budak bujang kampung.. Aku masih suka pada Wan so aku tolak setiap lelaki, aku tamatkan sekolah dan selama 3 tahun itu Wan hilang tanpa dikesan.

Aku sambung belajar di UKM bangi dan hostel aku di area bangi juga, aku mula belajar buat fb dan berkawan dengan kawan sekolah aku..

Lama juga baru Wan add aku sebagai kawan, aku menangis bila baca dm pertama dia yang kata rindu pada aku sangat-sangat dan tak sangka akan jumpa semula.

Kami bertukar nombor dan start contact melalui whatssap, Wan agak lain dia berambut panjang aras bahu, hanya ambil kemahiran bengkel, nampak bad boy sikit tapi masih sangat hensem.

Rumah kami agak dekat sebab Wan dekat kajang sahaja, tapi aku terlalu banyak kelas, group online dan sedikit berat hati nak jumpa Wan risau nanti lagi bertambah suka dan aku tak pernah tanya status Wan, di fb hanya nampak gambar kawan-kawan dan family sahaja.

Setiap malam Wan akan call aku, selepas aku siap semua kerja, dia akan borak atleast setengah jam dengan aku, banyak soalan kami bincangkan tapi bab kekasih tidak pernah.

Last-last kami decide nak jumpa di mamak dekat hostel aku, dia datang naik motor ke hostel, dan aku minta untuk jalan kaki ke mamak demi menjaga batas antara kami Wan ikutkan sahaja.

Dalam samar malam aku nampak muka yang aku terlalu rindu, tapi Wan tak sedar aku pandang dia curi-curi, haha aku pemalu ler.

Wan kenakan jeans, t-shirt berkolar warna merah serta skarf rambut, tapi smart sangat walau simple.

Sampai kedai mamak kami duduk berhadapan, Wan puji aku semakin cantik dan situ Wan tanya aku ada kekasih atau belum, aku kata ada dalam hati, hihihi.

Wan terdiam dan kami order makanan, berborak macam biasa, waktu ini ada seorang mamat botak duk usha aku dari mula sampai, dia macam ambil video aku sambil kenyit mata pada aku, aku beritahu pada Wan.

Wan bangun pergi dekat mamat itu, minta hp kalau tak Wan kata akan panggil polis, memang dia rakam video aku.. Wan macam hero, dia warning mamat itu dan datang semula pada aku, Wan minta kami untuk tukar tempat duduk.

Habis makan kami jalan kaki semula ke hostel, Wan pesan kawasan ini gelap kena hati-hati, waktu ini Wan tanya lagi aku ada kekasih ke tak.

Aku jawab nantilah kita borak dalam hp tak ada mood bab ini.

Malam itu Wan call aku selepas dia sampai rumah, dan dia tanya lagi, aku kata yang aku tak ada kekasih sebab aku hanya suka 1 orang yang sama dari tadika sampai sekarang, Wan tanya siapa dengan nada terkejut sebab berbelas tahun tu.

Aku diamkan diri dan Wan kata, “aku terlambat lah ini” aku terkejut dengar kata-kata Wan.

Dan mula bertanya, “kau pernah suka aku ke”

Wan jawab, “kau tau sebenarnya dari dulu aku suka kau, tapi aku malu nak beritahu sebab ramai orang ejek kau nanti mereka akan ejek aku juga, maaf sebab aku lemah bab ini”

Aku menangis terus, Wan tanya kenapa dan aku jawab, “kau lah orang yang aku suka dari dulu”

Wan terdiam dan dia tak percaya, dan Wan start cakap kenapa kita buang masa selama ini, tanpa sedar perasaan sebenar kita..

Okaylah aku pendekkan cerita, start pada itu kami bersama tapi hanya teman mesra..

Kami cuba perlahan-lahan, dan alhamdulillah now dah berkahwin dan mempunyai dua zuriat yang hensem dan cantik macam pak dia, dua-dua ikut muka bapak diorang.

So korang jangan putus asa kalau sukakan seseorang, yang penting jaga diri dan batas juga.

Wan jadi suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab dan penyayang, aku tak sangka dari 5 tahun aku dah bertemu jodoh, hihi.

Doakan rumahtangga kecil kami, terima kasih sebab sudi baca..

– Ameena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *