Assalamualaikum. Aku Sha, nak share cerita aku tentang crush aku. Cerita aku agak panjang harap korang enjoy baca. Kalau boleh share pendapat patut tak aku teruskan untuk crush dekat dia or patut aku stop.
SEKOLAH
Aku minat dan tertarik dekat sorang classmate aku. Kita boleh panggil dia Adam. Waktu tu aku form 1, tu merupakan sekolah baru aku di negeri yang baru sebab sebelum ni aku tinggal di negeri kelahiran aku.
Terpaksa berpindah ke negeri baru yang lebih 7/8 jam dari negeri asal aku. Waktu form 1 aku dan dia di masukkan ke kelas nombor 3 total kelas yang ada adalah 8 kelas. Lepas ujian diadakan both aku dan Adam di pindahkan ke kelas nombor 2.
Kemudian ada lagi ujian dan kami sama-sama berada di kelas pertama. Proses ni jadi sebab time form 1 kan orang ramai dapat tawaran masuk asrama dan sebagainya sebab tu kami berjaya sampai ke kelas nombor 1.
Ye aku hanya mampu melihat dia dari jauh sahaja sebab aku bukan lah jenis yang minat orang terus confess dekat orang tu.
Aku bukan macam tu. Aku lebih suka pendam dan simpan. Aku suka berangan sorang-sorang dengan perasaan yang aku rasa ini.
Sepanjang kami menjadi classmate tu kami pernah bercakap 2 kali sahaja. Aku ni akan jadi pemalu sangat untuk bercakap dengan orang yang aku minat jadi aku tak pernah nak amik inisiatif untuk bercakap dengan dia. Tapi kalau dengan classmate lelaki yang lain aku ok je berkawan biasa.
Adam pun bukan lah orang yang mudah untuk di approach sebab dari pemerhatian aku dia jarang sama sekali bercakap dengan perempuan dan dia tiada kawan perempuan sepanjang kami menjadi classmate. Dia akan bercakap apabila perlu sahaja. Ha sebelum aku lupa 2 perkara yang dia cakap dengan aku tu.
First dia bagi resit yuran pibg dekat aku lepastu dia cakap ‘ni cikgu bagi tadi’ ( something like that sebab aku tak ingat sangat dah) second hari berlainan pula, untuk ke meja dia, dia perlu laluan dari meja aku sebab aku meja depan.
Sambil dia jalan dia tegur aku ‘tu lengan tu nampak’. Time tu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku macam mana sebab dia tak pernah tegur orang lain macam tu.
Dan aku tak tau kenapa dia tegur aku sahaja time tu. Aku happy sangat-sangat time tu. Kawan-kawan aku je yang tau betapa happy nya aku time tu.
Diorang pun terkejut sebab dia jarang bercakap dengan perempuan. Habis cerita aku semasa form 1 Hari first day sewaktu form 2 aku dapat tahu dia dah pindah dan tak sekolah di situ.
Dia pindah ke daerah yang jaraknya 1 jam 15 minit dari tempat aku berada sekarang. Masa terus berlalu, aku tak tertarik dekat sesiapa dan aku tak dapat nak cari crush baru untuk menggantikan dia. Tidak seorang pun.
Mungkin aku dah selesa dan terlalu kenal dengan perangai classmate aku yang sekarang menyebabkan aku tak tertarik dengan mereka yeah sehingga aku habis SPM aku tidak dapat mencari pengganti untuk minat seseorang. Aku batch form 5 pro max. Ye memang aku crush dia for almost 5 tahun time tu.
Disclaimer: aku just minat dia sekadar suka-suka sahaja takde lah perasaan aku ni terlalu serius sangat. Takde lah sampai jatuh cinta tidak ye.
MATRIKS
Lepas aku habis SPM aku dapat belajar di matriks selama 2 tahun. Sem 1 aku hanyalah di rumah disebabkan pkp ketika itu. Jadi semuanya hanyalah kelas online.
Sem 2 pulak aku dapat belajar di matriks tetapi hanya terkurung di bilik sahaja dan masih kelas online disebabkan covid yang masih berleluasa.
Dan pada sem 2 ni lah aku dapat tahu dari kawan aku yang si Adam ni pun ada belajar dekat matriks yang sama aku belajar sekarang. Tapi dia belajar di matriks selama 2 sem sahaja.
Sebab dia budak pandai jadi dia masuk matriks hanya 1 tahun. Jadi sepanjang aku berada di matriks aku tak pernah jumpa atau terserempak dengan dia disebabkan covid19. Time aku dapat tahu tu aku sangat terkejut, aku tak expect kami boleh dipertemukan kembali.
Aku ingat lagi aku kata dekat kawan aku entah-entah ni jodoh. Sebab aku tak pernah expect untuk satu tempat belajar dengan dia. Haha even satu tempat belajar pun dah buat aku happy ye.
Dia habis pengajian terlebih dahulu dari aku sebab dia hanyalah pelajar 2 sem dan aku 4 sem di matriks. Dan kemudian aku tak dapat sebarang khabar atau update tengang keberadaan dia. Tapi aku follow je ig dia and akan nampak dia update di ig.
Tapi jarang ye setahun sekali pun belum tentu dia post. Ya Allah kenapa lah aku minat dekat dia. So sekarang dah kira 7 tahun aku minat dekat dia.
Aku pun hidup je lah macam biasa. Lepastu ade satu hari di tahun 2022 kawan aku menghasut suruh confess hahaha. Mula -mula aku kata tak nak (tapi hati nak sebenarnya) and the end aku pun confess dengan bantuan kawan aku.
Aku confess pakai fake acc. Mula ii dia tak reply lepas beberapa hari aku post story then tag dia suruh reply. Then baru dia reply.
And of coz ye dia reject. Aku tahu dia reject sebab aku tahu dia bukan someone yang into relationship kot sepanjang aku follow dia. Dia tak pernah up or expose dia ada girlfriend.
Lagipun aku tahu family dia dibesarkan dalam family yang faham agamanya. Jadi aku assume dia not interested in couple. Yeah macam aku, walaupun aku confess aku sekadar nak yang dia tahu aku suka dia.
Nak dia tahu ada orang yang dah suka dia dah lama dalam diam tu je. Even kalau dia terima aku. Aku tak nak couple sebab aku rasa aku tak ready dan belum masa untuk aku in relay lagi.
Dia pun reply confessions aku dengan sangat tepat padat dan matang. Yeah aku ingat habis situ je..
Ehhh tak! Dalam ayat dia time dia reject tu dia boleh agak siapa yang confess tu. Lepastu dia terus tengok ig story aku dekat main acc aku ye.
Tak pernah sepanjang 7 tahun aku follow dia dekat insta dia tengok ig story aku tau. Aku happy gila! At least dia tahu siapa yang confess tu hahaha.
DEGREE
Dan sekarang tahun 2024 tahun baru di mana aku dah habis pengajian di matriks dan aku akan mulakan hidupkan aku sebagai pelajar degree di salah satu negeri di pantai timur. Merupakan tahun ke 9 aku minat dia…
Haha rasa pejam celik je aku baru minat dia time form 1 tahun 2016 tiba dah nak genap 10 tahun. Seperti biasa tiada update tentang dia.
Sekadar random reels yang selalu dia post dan aku akan selalu jadi orang first yang like story tu sebab aku turn on notifications kalau dia post apa ii dekat ig. Sebab tu je lah social media dia yang aku ada. Nak di jadikan cerita aku mulakan tahun 2024 dengan sangat baik!
Ye. Dia tak pernah tengok ig story aku for no reason tapi dia tengok ye ig story aku tiba-tiba aku tak tahu kenapa. Selepas 2 tahun dari confession aku dekat dia tu baru dia tengok balik ig story aku.
Ahhh fyi ig story yang dia tengok ni adalah ig story dekat main acc aku jugak. Aku happy gila aku bagitau kat roommate aku. Ni time ni january 2024.
And now sekarang march 2024 aku dan roommate aku just random talk je dekat whatsapp aku cerita pasal crush aku. Lepastu tiba ii aku macam terpikir dekat mana eh dia belajar sekarang. Lepastu aku terus terpikir nak stalk following dia.
And boom. Aku dapat tahu dia belajar dekat negeri kelahiran aku arghhhhhhhh adakah ini yang dinamakan jodoh. Walaupun kami tak pernah berhubung tapi mesti didekatkan balik tak tau kenapa.
Bukan sekali bukan dua kali tapi tiga kali. Weyh aku happy gila aku macam tak expect! Sebab terlampau banyak coincidence nya.
CONCLUSION
I do think he is the one for me but I don’t know maybe Allah already have the best plan for me. In shaa Allah. Too many coincidences tau!
Jauh macam mana pun kami pergi setiap kali mesti kami berada di tempat yang sama tiga kali ye. I cant wait to see how this thing end maybe maybe maybe he just wait for the right time.
I mean dia tahu je aku suka dia mungkin terbukak hati dia tunggu bila kami dua-dua di umur yang sesuai untuk ke next stage tiber delulu sangat tau.
Entah-entah reaction dia apa lah pompuan ni tak habis ii like ig story aku je… bile entah dia nak move on eh. Boleh jadi jugak. Hahaha btw aku tak mengharap pun maybe jugak jodoh aku orang lain tapi sebelum aku jumpa tu aku nak delulu je lah dulu ehhh dengan dia bye.
Btw takde ke any directors nak buat drama or movies about my story ni. Mesti ramai orang suka… buat lah ending best ii. Mana tahu saya dapat ending yang sama.
Thank you for reading..
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit