Aku Melur. Sejak sekolah sehingga degree, kawan-kawan aku semua perempuan. Tamat belajar, aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Selangor.
Kebanyakan staf kat situ semua senior dan berumur 30-an – 40-an. Agak kekok sebab tak ada kawan sebaya aku, sebab office syarikat ni kecik je. Yang ramai pendatang asing bahagian production.
Tapi, aku cuba sesuaikan diri dan cari ilmu untuk terus bekerja dengan baik.
Selepas beberapa bulan, ada seorang staff baru masuk. Lelaki. Perwatakan dia tidak lembut tapi tidak keras sangat. Lepasan ijazah juga tapi dari department lain.
Mula-mula awkward juga nak mulakan perkenalan. Sebab aku tak pernah ada kawan lelaki.
Dia lah yang banyak memulakan conversation sebab dia ramai kawan perempuan berbanding lelaki. Jiwanya yang kewanitaan juga buat aku selesa nak berkawan dengan dia.
Seniority agak kuat di situ, untuk survive, kami berdua selalu lepak berdua untuk berkongsi luahan tekanan masing-masing dan saling support antara satu sama lain.
Semakin lama, aku semakin selesa dengan dia. Bukan setakat luahan perasaan, tapi banyak aktiviti kami dah lakukan bersama.
Contohnya, dia tolong aku angkat barang nak pindah bilik, teman aku servis kereta, tolong aku berurusan dengan pihak kerajaan, pergi hiking, food hunting, cycling, pergi festival-festival kat KL.
Sebab aku ni berasal dari negeri lain dan jauh dari keluarga, manakala dia dari Kuala Lumpur. Dah biasa dengan selok-belok KL ni.
Semakin lama, aku semakin selesa dengan dia. Dia banyak memahami aku. Setelah beberapa tahun, sengaja aku berseloroh, “Kau tak nak kahwin ke? Beberapa tahun lagi nak masuk 30…”
Dia reply, “Belum lagi kot. Duit tak banyak.” Conversation stop sampai situ. Aku faham.
Suatu hari, sedang kami makan, kawannya call. Dia memang jujur semua benda dengan aku. Semua kawan-kawan dia aku kenal. Sebab tu aku selesa dengan dia. Tapi, kawan yang ni sangat buat aku terkedu.
Bila aku tanya, “Kawan mana tu? Girlfriend ke? Mesra lain macam…”
Dia jawab, “Ni boyfriend dia sejak belajar.” Tergamam aku. Dia kenalkan aku kat [BOYFRIEND] sebagai bestie.
Balik dari lunch tu, aku banyak berdiam diri. Hatiku retak seribu. Dah lah dia lelaki pertama yang aku selesa. Kalau duit tak cukup, aku sudi tunggu dan berusaha bersama. Tapi kalau kau tak straight, aku memang tak boleh buat apa.
Aku mula jauhkan diri dari dia. Sebab aku suka dia dengan serius tapi dia anggap aku bestie je. Tak sangka tindakan aku tu buat prestasi kerja dia menurun.
Dia sedih juga sebab aku jauhkan diri dari dia dan dia tanya, “Kenapa? Dah banyak tahun kita saling memerlukan. Kenapa tiba-tiba tinggalkan aku?”
Takkan aku nak cakap, “Aku dah tak boleh kawan dengan kau sebab aku geli kau gay…” Hmm, apa patut aku buat? Patut ke aku kawan je dia macam biasa?
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sy pernah ada kawan lesbian.. sy buat xtau je and teruskan berkawan mcm biasa sbb xnk judge lebih2 lagipun sbb sy mmg selesa berkawan dgn dia.. dlm ramai2 kawan perempuan sy diorang je yg selalu ada time susah senang and diorang baik sangat2
Jadi bg sy la.. awk teruskan je kawan dgn dia mana tahu one day asbab awak Allah buka hati dia utk berubah hehe
teruskan kawan… mgkin awak boleh bawak dia ke pangkal jalan… mgkin boleh mual dgn bawak g ceramah2 agama ke… pergi program2 islamik sesama
*Mula