Crush Dari Facebook

Hai nama saya Adelia (bukan nama sebenar). Berusia dalam lingkungan 20-an.

Saya merupakan salah seorang mahasiswi di salah sebuah institusi pendidikan di Pahang.

Ceritanya bermula dari saya ter ‘dm’ seorang lelaki di Facebook.

Masa tu saya dalam fasa move on dari seorang lelaki yang saya pernah ‘bercinta’ ketika tahun pertama di universiti.

Namun ditakdirkan tiada jodoh antara kami dan saya terpaksa akur bahawa kita hanya merancang tetapi Dia lah yang menentukan.

Dijadikan cerita, masa tu tengah cuti akhir semester, malam tu saya tengah susah tidur. Dalam pukul 10 macam tu terbuka messenger.

Masa tu saya tengok seorang lelaki ni status dia online. Jadi tergerak hati nak dm dia bagi salam.

Lepas dm tu barulah buka profile dia. Sepatutnya sebelum dm lah check dulu profile.

Ini sudah dm baru nak tengok profile. Bila tengok profile dia, aih rupanya dia ni student pai.

Dalam hati, bakal ustaz la dia ni kan. Tunggu punya tunggu nak dekat pukul 12 malam baru dia balas salam tu.

Hari kedua try lagi dm bagi salam. Tapi ni dm lepas maghrib dan Alhamdulillah dia reply lagi salam tu.

Masa tu saya konon buat-buat tanya la, “Ustaz, kenapa cinta begitu menyakitkan? ‘ dan dia reply yang dia bukan ustaz.

Memang la sekarang dia bukan ustaz lagi. Tapi nanti bila grad dan dah posting akan jadi ustaz jugak kan?

Takde salah pun kalau panggil awal-awal.

Jadi untuk persoalan yang saya ajukan tu dia balas bahawa cinta tu menyakitkan sebab kita tak meletakkan cinta pada tempat sepatutnya.

Dia ada bagi saya nasihat. Sedikit sebanyak nasihat tu ada la juga buat saya sedar.

Dia suruh saya bersyukur sebab dipisahkan dengan lelaki yang tak menghargai saya. Tak setia.

Dia cakap saya seorang yang mudah jatuh cinta. Dan memang benar pun apa yang dia cakap tu.

Dia cuba juga la bertanya tentang perihal diri saya. Tapi masa tu saya cakap saya lebih selesa berkawan tanpa mengenal satu sama lain.

Masa tu juga la saya baru tahu dia dah sem 8 dah pun, dah tahun akhir. Kira dia ni senior la.

Saya pula lama lagi nak habis. Auto dalam hati rasa macam mana la nanti kalau lepas dia grad tu, dia kahwin. Tak sanggup la nak tengok. Haih risau la…

Seminggu selepas tu, saya cuba dm lagi. Saya tanya dia pasal makhluk-makhluk halus.

Nak cari modal boleh sembang punya pasal. Dia pun alhamdulillah layan je chat saya.

Tapi mungkin dalam keadaan terpaksa kut. Mesti dia pun pelik dah kenapa minah ni tetiba je dm tanya itu ini.

Dia ada pesan kat saya jangan buat macam tu kat orang lain sebab risau dia dedahkan cerita kita. Yela zaman sekarang kan bahaya.

Lepas pada tu pun saya masih ada dm lagi cuma tula kadang tunggu dia balas tu ambil masa la juga. Saya kena sabar menunggu.

Kadang saya sengaja buat story sebab nak tarik perhatian dia. Ada yang dia tengok dan ada yang dia tak tengok pun.

Bila dia tengok tu saya happy bukan main la. Bila dia tak tengok mula la sedih macam budak-budak.

Saya teruskan juga dm dia luahkan tentang hari-hari saya, masalah saya. Alhamdulillah dia dengar dan dia banyak sangat bantu tenangkan saya.

Tanpa sedar, dah terjatuh suka rupanya. Tak pernah bertemu, tak pernah menyapa di alam nyata. Tapi hati dah terikat suka.

Puas saya berdoa. Betul ke perasaan ni. Puas saya mohon dekat Allah untuk hilangkan perasaan ni jika memang dia bukan orangnya. Saya tak nak kecewa lagi. 

Oh ya, lupa nak bagitahu. Dia ni giat jugak ikut kelas agama luar, Diaorang ada bentuk satu kumpulan. Dan dia sangat suka post pasal kelas yang dia ikuti ni dekat Facebook.

Tapi saya tak layak nak join sebab saya bukan dari kos pai. Setiap kali dia post pasal semua tu saya rasa macam tak layak pula nak berkawan dengan dia.

Saya selalu rasa macam tak mungkin kut seorang perempuan yang bukan bertudung labuh, stoking pun kejap pakai kejap hilang nak berkawan dengan dia yang tahu banyak pasal agama.

Mana mungkin dia akan terikat suka dengan perempuan macam saya kan?

Lebih baik dia pilih wanita yang berada dalam kelompok dia. Wanita muslimah, wanita yang menjaga.

Dia ada juga ajar mengaji. Aih kalau bab mengaji lagi la tak layak sebab saya mengaji pun berterabur. Malunya la kalau dia tahu kan.

Saya memang gembira bila dia sudi anggap saya sebagai kawan dia. Tapi sampai bila agaknya kami akan terus berkawan. Sampai bila agaknya dia masih mahu mendengar luahan-luahan saya?

Nanti lepas grad, dia dah posting, mesti dia akan mendirikan rumah tangga pula. Sanggup ke saya nak tengok semua tu nanti?

Kuat ke saya nak tengok lelaki yang saya suka kahwin?

– Adelia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *