Crush Dengan Officemate

Saya tak tahu bermula sejak bila saya mulai tertarik dengan seseorang. Saya namakan dia sebagai si F. 

Dia merupakan rakan sekerja saya. Sebelum ni saya tak merasakan kewujudan perasaan ‘aneh’ ni. Kerana bagi saya, kami cuma rakan sekerja. 

Tapi sejak akhir-akhir ini, saya dapat rasakan yang saya suka dia. Saya suka dengan perwatakan dia. Dia seorang lelaki yang komited & sangat bertanggungjawab dengan kerja dia.

Dia bukan seorang pendiam tapi bukan juga jenis suka bercakap & bersembang kosong. Diam-diam saya suka perhati cara dia kerja.

Kalau dia bersuara & beri pendapat, saya suka dengar & perhatikan dia. Apa yang dia cakap selalunya bernas. Ramai yang senang dengan dia. Sebab dia sangat memudahkan urusan orang.

Selalu juga kalau ada kemusykilan dalam hal kerja, saya akan cari dia. Begitulah wujudnya komunikasi antara kami. Saling bertanya dan memberi pendapat dalam urusan kerja. 

Cuma sejak akhir-akhir ini, saya selalu fikirkan dia. Kalau di office, dia orang pertama yang saya tercari-cari. Tapi saya perhatikan dia dari jauh sahaja. Sebab saya ni jenis pemalu orangnya. Lebih-lebih lagi kalau bab perasaan begini.

Walaupun saya nak sangat selalu tegur dia, tapi saya tak buat pun sebab saya malu kalau dia ataupun rakan sekerja yang lain perasan dengan perasaan saya ni. 

Kalau nampak kelibat dia ada, saya jadi lega. Kalau dia cuti, saya pula rasa resah. Rasa macam hari itu terlalu panjang untuk dilalui. Begitulah saya, sudah terkena penyakit angau seorang diri. Kesian. 

Saya sudah cuba menjauhkan diri dari dia. Sebab saya takut makin jauh saya layan perasaan ini, makin dalam saya akan terluka seorang diri. Sebab saya rasa mustahil untuk ada balasan positif dari dia.

Saya rasa dia tak pandang saya lebih dari rakan sekerja. Saya rasa dia tak pernah menunjukkan minat untuk saya atau untuk tahu apa-apa pasal saya. Bahkan tak pernah tanya saya hal personal kepada saya.

Tapi kalau difikirkan, saya pun tak pernah tanya hal personal kpd dia, melainkan curi informasi pasal dia melalui sembang-sembang kosong dengan rakan yang lain. 

Satu hari saya dapat tahu dari rakan saya yang si dia tu sudah berpunya. Tapi rakan saya tu pun kurang pasti kesahihan sebab dia pun dengar dari orang lain.

Jujur saya akui agak kecewa bila dengar tu tapi sebahagian dari hati saya sudah bersedia dengan tu. Sebab dia baik, jadi tak hairan kalau sudah berpunya kan. Tapi satu persen lagi, saya mengharapkan benda tu tak betul. Haha. Mustahil kan. 

Sejak tahu pasal dia sudah berpunya, saya makin berusaha untuk jauhkan diri dari dia. Kalau ada urusan kerja, saya cari orang lain dulu untuk tolong saya selesaikan.

Saya haramkan diri saya masuk ke ruang bilik dia sewaktu dia ada dalam tu walaupun memang ada benda penting yang saya perlu ambil dalam bilik tu. Saya tunggu dia keluar ke mana-mana dulu baru saya masuk. Haha.

Kalau ada benda penting kena tanya dia, saya tanya through whatsapp sahaja. Saya cuba elakkan untuk bertembung dengan dia dan elak dari bertatapan mata dengan dia.

Kadang-kadang kami tetap akan terlibat dalam meeting bersama-sama. Saya sengaja cari kerusi yang jauh dari dia.

Bila dia bercakap, semua orang akan fokus pada dia. Tapi saya akan fokus pada orang disebelah dia, pada lantai, pada dinding… Bukan pada dia. Haha. 

Dalam saya berjuang tu, ada juga yang saya tercuri pandang dia. Maafkan mata saya yang tak dapat dikawal sepenuhnya.

Pernah saya tengah isi air panas dekat mesin coway. Tiba-tiba dia lalu depan saya, auto fikiran saya jadi blank. Sedar-sedar tangan dah melecur sebab kena air panas.

Kebetulan kawan saya ada masa tu, dia tanya kau kenapa? Saya tersengih-sengih seorang diri. Kalaulah member tahu keparahan sakit angau ni, mesti dia akan ketawakan saya. 

Perjuangan untuk melupakan dia adalah perjuangan saya seorang. Saya mungkin boleh halang diri saya dari dekat dengan dia. Tapi saya tak boleh halang untuk dia cari saya. Dia ada cari saya, of course untuk tanya dan bercakap urusan kerja sahaja

. Bila saya kat meja kerja saya, saya boleh kenal bunyi derap langkah kaki dia yang sedang berjalan ke arah meja saya. Serius. Hati saya berdebar-debar kalau bunyi tu makin dekat. 

Bila dia bercakap dan pandang mata saya, saya jadi blushing seorang diri. Kadang-kadang sampai jadi tergagap-gagap bila cakap dengan dia. Rasa macam diri ini bodoh pulak.

Kadang-kadang saya takut, what if kalau dia perasan yang saya ada perasaan suka pada dia? Tapi.. mustahil kot.

Saya teruskan usaha untuk lupakan dia. Sibukkan diri dengan kerja. Terima kasih Ya Allah kerana beri saya kerja yang bertimbun, supaya saya kurang sikit masa untuk saya ingat pasal dia. Hehe. 

Tetapi pada suatu hari, saya sembang dengan kawan saya dan dia ada beritahu telah timbul gosip yang si F tu bakal tinggalkan company kami tak lama lagi. Sebab dia dapat tawaran kerja di tempat yang lebih baik.

Saya terkedu masa tu. Saya rasa hati saya sakit dan sedih sangat. Saya balik kerja, dalam perjalanan asyik berfikir pasal kemungkinan dia betul-betul tinggalkan company. 

Akhirnya saya menangis seorang diri. Saya tak menjangkakan semua ini. Memang betul saya cuba lupakan dia dalam keadaan dia masih wujud di depan saya, tapi saya akui perasaan istimewa tu tetap ada walaupun saya berusaha untuk buang.

Melihat dia ada di pejabat, sudah memadai dan melegakan bagi saya. Walaupun perasaan saya tak akan pernah berbalas tapi saya mengharapkan dia selalu ada dengan kami. 

Sejak dari tahu pasal tu, saya pula yang murung seorang diri. Makan tak selera. Tidur tak lena. Over benarr. Tapi begitulah, sakit angau ni susah diubat lagi-lagi kalau orang yang di-angau tu pulak nak tinggalkan kita.

Bila tahu yang kemungkinan dia akan tinggalkan company tak lama lagi, saya dah tak cuba elakkan diri lagi. Kalau bertembung, saya pandang sahaja dia. Saya senyum, saya tegur kalau ada nak tanya, saya terus tanya dia face-to-face.

Sebab saya takut lepas ni dah tak boleh tengok muka dia dan dengar suara dia. Dalam hati, rasa syahdu sangat kalau lepas ni dia dah tiada. Cehh.. 

Satu hari saya beranikan diri untuk tanya hal peribadi dia. Saya tanya, ‘betul ke F****** akan berhenti tak lama lagi?

Dia ketawa sebelum duduk di kerusi sebelah saya. Dia pandang saya sambil senyum dan cakap belum pasti lagi. Dan dia jelaskan serba sedikit mengenai perancangan dia tu.

Tapi saya dapat rasakan, dia akan tinggalkan kami tak lama lagi. Mungkin bukan dalam waktu yang terdekat. Tetapi, pasti suatu hari nanti. Pasti. 

Walaupun sedih, tetapi hati saya juga mendoakan supaya Allah berikan yang terbaik untuk dia

Apapun perancangan dia, moga Allah permudahkan. Dia terlalu baik. Saya doakan Allah beri apa yang dia mahukan dan impikan. Aaminnn. 

Apa yang saya perlu buat jika suatu hari nanti dia betul-betul tinggalkan kami?

Apa yang saya perlu buat dengan perasaan ini? Perlu ke saya ungkapkan pada dia walaupun saya dapat rasakan penolakan adalah jawapan yang akan diterima.

Macam mana cara nak luahkan perasaan pada dia tanpa bersemuka? Sebab saya malu. Harap ada yang sudi berkongsi. 

Terima kasih admin sudi post luahan ini. 

– Bunga April (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Confess je. Tak perlu malu. Aku pun ada perempuan bagi hint ke aku. Dia suka aku tapi memang pemalu. Aku pulak yang tolong confess ke dia. Lepas tu sampai sekarang kami berhubung. I mean kami dah bertunang da. Kalau dah jodoh kan. Simple sangat. Kalau takde jodoh, silakan menangis nanti HAHAHAHAHAHA (Aku lah tu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *