Assalamualaikum & hai semua.. Salam Maal Hijrah/ 1444H..
Sebenarnya aku dah beberapa kali fikir untuk meluah kat sini tapi asyik cancel ja. Cuma kali ni rasa tu sampai juga nak berkongsi cerita. Aku minta kawan-kawan yang cam cerita aku ni, korang jangan tag aku eh hahaha.
Disclaimer: cerita ni sedikit panjang tau, waktu minum petang boleh la baca sediakan kopi cecah biskut cap pingpong Hup Seng..
Aku Hanna. Dia Shiitake. Kitorang kenal masa dekat universiti dulu, hampir sedekad yang lalu. Aku senior tahun ketiga Shiitake pula junior tahun pertama, tapi dia lebih tua dari aku beberapa tahun.
Alkisahnya bermula apabila ada satu program tu, nama aku naik satu kumpulan rakit dengan Shiitake. Satu kumpulan ada 6 orang termasuk sorang coach tapi coach kami belot ke rakit lain hahaha.
Jadi rakit kitorang cuma 5 orang, aku dan sorang member ja perempuan, lagi tiga ni junior lelaki.
Jadi bermulalah ekspedisi berakit (tube rafting) yang memakan masa beberapa hari dan episod member aku si Sakura kejut tengah malam tak dapat tidur dalam khemah, sebab tangan dia cramped huhu.
Betapa jauhnya kitorang meredah sungai dari pagi sampai ke petang tu kan.
Tapi, ekspedisi berakit ni antara moment terindah dalam hidup aku, view sepanjang berakit tu MashaAllah aku takkan lupa seumur hidup.
Ada jugala yang menyakitkan mata dan hati masa mula berakit tu, habis bukit gondol ditarah manusia rakus. Pedih hati.
Hikmahnya, dari acah-acah nature lover sampai sekarang aku dah betul-betul jadi nature lover, hehe. Perasaan yang tak dapat digambarkan tapi sangat mengujakan, tenang dan syahdu ja bila ikut aktiviti dapat forest sight seeing macam ni.
Just so u know, I’m more favoured in green forest than the blue sea. Siapa suka hutan kita gengg hehe.
Eh menyimpang pula, ok berbalik kepada kisah berakit kitorang. Sebab berlima jadi tak balance, mendayung paddle yang seimbang perlu supaya rakit tetap boleh meluncur laju, selamat dan lancar.
Kitorang pun atur, sorang junior duduk tengah paling depan sebab dia berpengalaman berakit, kami berempat duduk belakang bagi seimbang. Masa ni kami baru berakit dalam sejam dua kalau tak silap, masih mencari rentak kesefahaman dan kerjasama.
Sampai satu kawasan redup ni, arus sungai agak laju dan banyak pohon rimbun dahan menjalar keluar dari tebing.
Masa ni rakit kitorang macam hilang arah, aku dah pesan awal-awal dayung lebih ke arah kiri supaya rakit tak meluncur ke kanan dan risiko terkena dahan-dahan pokok yang merimbun tu.
Tapi malangnya, paddling tak seimbang dan rakit kitorang pun meluncur ke arah dahan yang meriah tu tadi.
Otak aku dah laju fikir safety first sebab rakit tak perlu dayung pun dah meluncur laju. Aku dah berhenti paddling, tangan dua-dua dah silang cuba lindung kepala dari tersangkut kat dahan-dahan tu semua dan akhirnya aku tewas jatuh dari rakit.
Nampak sangat badan keding kan senang ja melayang. Hahaha. Pastu aku rileks ja la sebab pakai life jacket dan biarkan arus bawa aku mendekat dengan rakit.
Syukur juga arus dah agak tenang dan aku berjaya naik ke rakit semula dibantu oleh junior- junior termasuk Shiitake.
Dalam hati sebenarnya ada sedikit kesal juga diorang tak dengar pesan aku awal-awal tu tapi jauh lagi ekspedisi jadi aku malas layan, benda dah jadi.
Lucu juga bila tengok muka junior sorang-sorang macam dah cuak, mungkin juga menahan gelak sebab senior diorang jatuh dalam sungai kan hahaha. Haa siapa suruh tak dengar kata. I just laughed a bit and said it’s okay dan kitorang pun sambung berakit.
Trajedi tadi tu langsung takda efek kat aku sepanjang ekspedisi, semangat makin berkobar-kobar. Tambah pula pemandangan cantik di sekeliling, kupu-kupu berterbangan, udara sejuk dan nyaman, sangat mendamaikan hati.
Walaupun kulit rasa terbakar dek bahang matahari, sesekali Shiitake percikkan air sungai ke arah aku. Sebab aku tanya kenapa dia buat macam tu, rupanya untuk sejukkan badan katanya. Last kitorang semua pun ikut percikkan air juga. Hehehe.
Suara aku agak keras dan lantang jadi sesekali aku yang lead command sebutan supaya dayungan seragam. Ada masa kena dayung melawan arus lagilah kena power up dayungan. Apa yang penting? Kerjasama..
Dan kitorang dapat gelaran rakit turbo sebab laju walaupun kurang anggota, tudiahh.
Apa yang aku perasan (buruk sangka hehe) lain pula pasal Shiitake. Dia ni tak banyak cakap, sangat opposite dengan aku. Bila pandang satu kali body build macam model, tinggi dan tegap. Pandang dua kali dah jadi Channing Tatum dah tapi… rupanya slow dan agak lembik hahaha.
Tanggapan masa ni ja, Shiitake terpaksa ikut ekspedisi ni aku pun tak tahu lah. Tapi bila kitorang jadi rakit turbo tu dan menang pula short race, baru aku tengok muka dia happy puas hati sangat. (Good observer kan padahal suka haha).
Kami cuma berhenti rehat untuk makan dan solat kat tebing sungai. Bila dah sampai checkpoint barulah pasang khemah untuk bermalam dan buat aktiviti macam jungle trekking, floating dan lain-lain.
Aku baru perasan rupanya lengan inner aku terkoyak kecil dan ada calar-balar luka sebab tragedi langgar dahan rimbun tu, bersemangat punya pasal aku langsung takda rasa apa.
Waktu jungle trekking ni Shiitake memang jalan sekali dengan aku. Aku suka singgah ambil gambar cendawan la kulat la jadi dia akan voluntarily tunggu. Bila sampai kat tebing sungai, kitorang kena turun untuk aktiviti body floating.
Shiitake turun tebing dulu dan aku kat belakang tunggu turn. Dan dan pula dia jadi tak seimbang hampir nak jatuh sungai aku pun spontan sambut tangan dia dan lepaskan bila dia dah stabil berdiri.
Rupanya ada lubang dalam kat bawah tebing tu jadi selamatlah aku dia dah jadi korban dulu hehe. Jangan kecam pleasee. Inilah pertama kali aku pegang tangan lelaki bukan mahram tanpa sengaja seumur hidup aku. Huhu. No more after that.
Oleh sebab kitorang satu rakit jadi floating pun sama-sama. Floating ni kita cuma kena baringkan badan atas air dan biarkan arus sungai bawa kita ke destinasi penamat. Best tauu.
Aku pegang member dan Shiitake pula pegang life jacket aku di bahagian leher dari belakang supaya kitorang tak terpisah dibawa arus. Rasa macam budak kecil kena jaga ja masa tu.
Banyak lagilah kejadian dan kenangan masa berakit ni yang bagi peluang dekat aku dan Shiitake lebih mengenali. Selain slow and steady, Shiitake ni sweet dan gentleman juga orangnya. Sempat belajar cakap Cina sepatah dua dengan dia. Wo Ai Ni. Hahaha.
Balik daripada program tu, Shiitake minta gambar yang aku snap masa ekspedisi. Aku bagi pinjam pendrive, save folder gambar letak nama ‘Shiitake’ dan dia pulangkan balik sekali edit nama folder tu jadi ‘Tq’. Gittew..
Kami mula contact hari-hari melalui Whatsapp (WS) lepas member aku si Sakura tu pegi sapa Shiitake guna ws aku. Bijak betul kenenkan kawan kan. Thanks awaa.. hehee.
Waktu ni ws baru muncul dan tengah naik. Hari-hari akhir semester aku pun bertukar jadi pelangi lah sebab ada Shiitake romantic sweet talker ni. Hahaha.
Shiitake bagitau waktu berakit tu dia kagum sangat dengan aku dan tak pernah jumpa wanita setenang aku katanya, lebih-lebih lagi tragedi jatuh sungai tu. Jadi dia gelarkan aku Lady. Ceewahh. Berbunga-bunga hatiku. Dia belum tau aku ni Lady Gaga (gila-gila) sebenarnya haha. Gurauu.
Kawan-kawan rapat yang tahu aku rapat dengan Shiitake pun dah boleh bergurau sekali bila terjumpa Shiitake kat mana-mana.
Member sorang ni aku namakan dia Kawaii siap selalu lepak bilik aku semata-mata nak baca chat aku dengan Shiitake, pastu shipped kitorang macam baca novel gayanya hahaha.
Sorry Shiitake! Conversation kita bukan rahsia antara kita dua saja hehe.
Fast forward, aku dah nak habis semester akhir dan kitorang ada majlis makan malam. Shiitake yang teman aku malam tu walaupun dia busy juga jadi crew.
Boleh pula dia siap offer paut lengan dia waktu masuk dewan sesama, aku pula yang blur malu walaupun berlapik kain baju. Huhu. Balik dari dinner tu aku taktau perasaan aku macam mana, beratnya perpisahan.
Lepas tu aku balik kampung, Shiitake masih lagi contact macam biasa. Aku yang baru grad konon nak fokus kejar cita-cita ni pula mula rasa kurang selesa bila selalu contact.
Dan adakalanya rasa rimas dan segan bila akaun socmed FB, WeChat aku semua Shiitake rajin sangat komen, dia buka IG pun sebab aku suggest dan dia suka tag aku pada post gambar dia.
Di usia mentah macam tu, aku yang jadi kurang faham dan keliru dengan perasaan sendiri, aku suka ja Shiitake tapi.. tersepit antara tujuan dan perasaan. Shiitake pula dah sangat matang bagi aku dalam semua hal waktu tu termasuk mengajukan soalan dan pandangan.
Like ‘how do you see yourself in 5, 10 years time?’ Korang rasa? Macam kena interview woi.. hahaha.
Banyak juga yang dia kongsikan waktu kami rapat dan aku merasakan belum masanya untuk aku berlebihan walaupun aku dah jatuh suka dan sayang sebenarnya.
Ada satu cerita yang aku tertanya-tanya, dia kata akan bagitau bila sampai masanya; macam mana dia boleh peluk Islam?
Akhirnya, kami pun lost contact entah sebab apa aku pun lupa. Shiitake dah grad barulah kami contact balik. Waktu ni Shiitake bukan lagi Shiitake yang dulu sedangkan perasaan aku pula masih mekar macam dulu.
Dan.. Aku mimpi Shiitake kahwin. Aku jarang dan susah ingat mimpi aku bila dah jaga. Tapi mimpi tu aku masih ingat dengan jelas, aku sedih sangat sampai terbawa-bawa ke alam jaga.
Korang pernah tak? Air mata mengalir, rasa sedih mendalam masih tetap terasa dan auto bersambung bila dah terjaga dari tidur?
Tak lama lepas tu, aku ternampak kawan Shiitake pula tag gambar kahwin dia dekat FB. Shiitake langsung tak update apa-apa. He married a very decent woman and I’m happy for him. Tapi tak bagi member rapat aku si Kawaii si Sakura si Jasmine ni.
Apa lagi diorang spam aku dekat ws hantar gambar kahwin Shiitake, semua duk tanya apa cerita kenapa macam tu? Diorang ingat kitorang masih macam dulu tapi hakikatnya aku saja yang tau. Aku pula yang jadi serba salah terasa mengecewakan kawan-kawan sendiri. Sorrryy.
Apapun mekasehh, sayangg korang!
Soalan aku tentang bagaimana dia memeluk Islam? Aku kuburkan.. tinggal cebisan debu kenangan dibawa angin lalu tak perlu dah ditanyakan.. Sorry tau korang.. cerita ni bukan happy ending tapi kami happy baik-baik saja.. hehehe.
Shiitake ni nampak ja slow and steady tapi sangat matang, berfikir jauh dan berjiwa besar. Kalau dengar dia lead bacaan doa korang akan ingat Pak Arab tapi bila tengok rupanya Daniel Wu.
Hahaha. Sampai sekarang aku masih tercari-cari lelaki ahli fikir dan matang persis Shiitake. To have that kind of deep conversation and sharing again is too precious.
Ok lah, tu ja.. thanks tau korang sudi baca sampai habis. Sorry la sebab dah panjang sangat sebab nak habiskan kat sini ja hehe. Tolong doakan aku tau, jumpa jodoh yang baik-baik boleh pimpin aku bawa aku ke jalan diredhai Allah SWT dan sampai syurgaNya. Aamiin.
Shiitake, terima kasih mengisi memori indah masa muda saya dan bagi banyak pengajaran dalam hidup. Sungguh, tiada satu pun pertemuan yang Allah aturkan sia-sia. Saya doakan awak bahagia dunia akhirat bersama keluarga tercinta.
– Lady Hanna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit