Saya F. Saya ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah saya dan seseorang yang saya namakan M.
Setelah 2 tahun saya kembali single. Saya bertemu dengan M di tempat kerja saya. Dia baru bertukar tempat kerja. Kerana tempat kerja kami berdekatan dengan rumahnya. 10 km ja.
M ni bujang. Dia muda dari aku 4 tahun. Dia ni memang matured berbanding usianya. Berbanding aku.
Aku suka padanya. Kerana dia banyak menasihati aku. Dalam diam, terbitnya sayang untuknya di hatiku. Setelah aku bercerai, dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku.
Singkat ceritanya, dia tinggal di taman yang bersebelahan dengan taman aku. Aku pernah bertanya kepadanya kenapa tak kahwin lagi sedangkan usia dia dah memasuki 30 an…
Dia mengatakan kepada kepadaku bahawa dia sakit. Aku berseloroh aku sanggup terimanya walaupun dia sakit. Dia hanya tersenyum.
Masa berlalu… Kami berkomunikasi macam biasa. Sampai saat aku ditukarkan ke tempat kerja lain.
Allah tu maha Penyayang. Tak berapa lama selepas itu, aku berkenalan dengan ibu M. Kebetulan, kawan aku adalah jirannya. Kata kawan ibunya lembut tapi tegas.
Permulaan perkenalan biasa aja. Sebenarnya, aku mengharapkan apa2. Cuma mahu berkenalan dengan keluarganya.
Sampai suatu hari, aku bertemu ibu M.
Kenapa F tak kahwin lagi?
Jawabku, “tiada jodoh makcik. Fobia lagi”
Sebenarnya jawapan dari hatiku, “saya tunggu anak makcik,”.
Sedihnya hati aku yang mak dia nak menjodohkan dengan anak dara. Ni aku surrender. Aku miss J.
Yang kedua, mak dia nak carikan dia kerja gred sama dia. Yang ni aku surrender juga. Aku gred bawah sikit dari dia.
Apa yang sebenarnya terjadi antara ibu dan anak, aku pun tak tau.
Tiba-tiba sahaja, aku menerima wasapnya dengan kata2nya agak menyakitkan hatiku….
Aku sakit hati sampai demam2 berhari-hari…
Aku tak balas wassap nya.
Aku sentiasa berdoa agar tak bertemunya lagi.
Dalam hati, Allah dah tunjuk. Aku sentiasa mendoakan supaya dapat keluarga mertua yang baik.
Dulu, keluarga mertua aku tidak sukakan kerana tidak mengikut kata-kata mereka. Kena sara keluarga mertua… Gaji pun cukup makan. Suami pun tak bagi nafkah.
Aku doakan M bahagia dengan familynya.
Semoga mak M mendapatkan menantu yang menepati kriteria nya.
Aku tengah move on… Masih menunggu jodohku. Semoga Allah mempermudahkan urusanku dan anak-anak ku.
M, terima kasih atas nasihat awak. Sedikit sebanyak telah mengubah diri saya. Semoga awak bahagia selalu walau kita tak pernah berjumpa lagi.
Walaupun zaman serba moden, bukan semua masyarakat Melayu yang moden. Dari pemerhatian saya, ada lagi yang memandang serong kepada wanita yang berstatus janda.
Tanya lah kepada wanita yang telah berumahtangga, semuanya mahu rumahtangga mereka hingga ke jannah.
Antara sebab kenapa penceraian berlaku : suami tak bagi nafkah, suami pukul, suami curang etc.
Ada juga isteri yang mampu bertahan kerana mereka suri rumah, tiada pendapatan dan tiada keluarga.
Pesanan saya kepada ibu2 tunggal…
Sesulit macam mana pun Allah datangkan ujian buat kita, pasti kita mampu hadapinya. Kerana Allah takkan menguji kita melebihi kemampuan yang kita ada.
Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar. Kuatkan semangat, hadapi dengan penuh ketenangan.
Assalamualaikum…
Dari,
– Madam F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit