Crush Pada Kawanku

Salam semua. Terima kasih buat team IIUM Confession kerana memilih penulisan saya ini.

Saya lelaki berusia lewat 20-an, berkerja dalam sektor kerajaan. Berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Sebelum saya nak bercerita pengalaman saya masa zaman belajar, saya nak buat disclaimer siap-siap yang saya tulis ni hanya sekadar perkongsian pengalaman saya dan cerita ni lain sikit sebab crush saya ni lelaki.

Cop! Jangan judge dulu. Habiskan baca baru boleh komen sebab saya nak tengok jugak apa pandangan korang semua dengan perspektif yang saya nampak ni.

Cerita bermula macam ni, ketika masih di bangku sekolah rendah, saya belum pernah bercinta apatah lagi nak berlebihan daripada tu.

Tapi, saya pernah suka dengan seorang perempuan, masa tu saya darjah 1. Kami duduk bersebelahan dan kami agak rapat cuma tak ingat la rapat macam mana.

Yang saya ingat orang selalu anggap yang si perempuan ni awek saya. Dia selalu kongsi cerita dengan saya, main sep sep sep tom tom tom, permainan namakan objek/ tempat/ makanan etc etc.

Dan dia pernah ambil songkok saya sambil tepuk-tepuk bersihkan dan letakkan atas kepala saya. Waktu kecik tak fikir pun benda ni sweat ke ecewah. Bila dah fikir dan fikir balik, benda ni sangat romantik kot.

Tapi lepas tu dia pindah, tak tahu ke mana dan saya bercadang sebelum pindah, nak pergi rumah dia ala ala meminang. Tiber.

Sebenarnya, nak pergi rumah je sebab nak tahu rumah kat mana. Tapi setiap kali dah sampai kawasan rumah dia, mesti tak pernah berani nak ketuk ke bagi salam ke.

Saya tahu tu rumah dia sebab saya kenal kereta kancil merah yang mak ayah dia pakai. Tahu tahu je dia dah pindah. Macam tu je.

Waktu darjah 6, ada budak perempuan baru masuk dan rupa-rupanya dia ni kawan kepada so called awek saya ni.

Dia cerita la semua benda dan saya tanya detail pasal dia sampaikan saya tanya ada tak tanda parut dekat dahi dia? Dan confirm, itu dia.

Lepas UPSR, saya dapat tahu yang dia masuk MRSM. Tapi MRSM mana?

Rasa berhajat sangat nak jumpa balik dengan si dia. Nak dijadikan cerita, kami tak pernah pun ada apa-apa hubungan.

Saya tak tahu dalam hati dia ada apa, dan dia tak tahu dalam hati saya ada apa. Untuk tak nak mengelirukan cerita ni, cerita ni berhenti dekat sini.

Masuk sekolah menengah, pertama kali saya jejakkan kaki saya ke sekolah berasrama. Sekolah biasa tapi berasrama.

Nak dipendekkan cerita, dalam kelas kami duduk berdua-berdua. Dan pasangan saya seorang lelaki lah, of course. Saya namakan dia M. Dan dia duduk satu dorm dengan saya. Satu dorm dalam 20 orang, katil double decker.

Kami kenal-kenal macam biasa, tapi saya tak tahu datang dari mana dalam jiwa hati perasaan saya ni, saya suka dekat dia.

Ya suka macam suka nak memiliki. Badan dia kecik-kecik, putih, rambut berombak sikit. Apa yang istimewa dia saya pun tak pasti. Saya suka bau baju dia, semacam sedap. Rasa nak bau setiap hari.

Bila bau atau nampak muka dia, rasa seronok kembang hati dada ni. Rasa macam ada rama-rama dalam badan ni. Rasa bahagia. Setiap kali prep malam, saya suka pilih baju yang sama warna dengan dia.

Dan rakan sekelas kami labelkan kami ni adik beradik sebab selalu melekat, warna baju prep sama sebab pakai baju melayu bila pergi prep. Takde baju khas atau baju uniform. Bebas sahaja.

Daripada tingkatan 1 sampai 3, kami sekelas dan kami duduk dorm yang sama. Dan sepanjang tu ada la gaduh baik macam kawan-kawan tu.

Saya tak pernah pun luah dekat M yang saya suka dia, dan saya nak jaga hubungan dengan dia. Saya tak nak la dia putus kawan kalau saya bagitau yang saya suka dia. Bunyi g** sangat. Aku pun geli dilabelkan sebagai tu. Haha.

Pernah satu masa tu, kami bergaduh tak ingat la sebab apa. Benda kecik je kot.

Kawan-kawan kelas aku yang lelaki perasan pasal benda ni, dalam pukul 10-11 malam lepas habis prep, member saya yang sorang ni tahan saya dari keluar kelas. Jadi yang ada dalam kelas tu kami berdua.

Antara ramai-ramai dalam kelas tu, dia sorang je yang agak berani dalam meleraikan benda-benda macam ni. Ye la kita pun tak syok kan kalah kawan-kawan ada masalah.

Jadi malam tu, kami macam ada sesi meluahkan lerasaan pulak. Haha. Dia cakap la, wehh kau gaduh ke dengan M?

Aku tengok korang ni tak bertegur pun. Explain punya explain. Saya ingat bahagian akhir sebelum kami keluar tu, saya bagitahu dia.

Aku sayangkan M. Takkan aku nak tinggalkan dia. Lepas tu dia gelak sambil dia pandang belakang. Saya pun pelik, saya pandang belakang, tengok M ada dekat situ. Hahaha. Merah padam jugak la muka saya menahan malu masa tu.

Dia pun tersenyum je. Kemudian dia keluar jelah lari pergi musolla untuk solat isyak. Lepas tu kami berbaik macam biasa. Sepanjang 3 tahun tu, saya rasa macam special sangat sebab itu sahaja masa yang saya spend dengan dia.

Rasa seronok bahagia. Dan saya fikir-fikir, saya tak jumpa mana-mana perasaan first love atau cinta saya melainkan perasaan masa saya suka dengan M. Tak pernah.

Saya pun terfikir, agaknya inilah perasaan cinta pertama atau perasaan orang bila bercinta ye.

Masuk form 4 form 5, kami duduk kelas lain sebab aliran yang berbeza. Dan dorm pun berbeza sebab saya budak baik dia budak nakal. Tak lah sebab saya ada jawatan, dan dia pelajar biasa.

Warden kunpulkan budak-budak berjawatan dalam 1 dorm. Senang.

Semenjak kami terpisah, hubungan kami pun agak renggang. Saya jadi segan bila berjumpa dengan dia. Nak pandang muka dia yang buat hati saya berbunga-bunga ni pun takut-takut. Dia pun macam segan-segan.

Kawan-kawan dia pun suka main-main macam kami ni couple la. Gitu. Tapi tak pun. Tapi sebab ada sensitiviti tu jadi buat kami jadi segan bila bertembung tu.

Ada waktu kami akan lepak di surau, sampai tertidur. Saya cari dia dan baring sebelah dia serapat mungkin. Takde la nak peluk-peluk ke apa. Amek bau je.

Dan kadang-kadang waktu saya tidur, saya terjaga sebab saya dengar suara dia betul-betul sebelah saya. Ye memang dia duduk sebelah saya sambil sembang-sembang.

Akhirnya, kami habis SPM dan ikut haluan masing-masing. Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Ingat nak sambung part kawan perempuan sekolah rendah saya tu sebab lepas saya masuk U, nak dijadikan jodoh atas usaha saya mencari dia. Saya jumpa dia balik.

Tapi rasa macam panjang sangat lah pulak. Lain kali lah kalau ada masa.

Wasalam semua. Terima kasih baca. Saya baca komen nanti nak tengok pendapat korang tentang kisah saya ni.

– Fighter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *