Ini hanya tempat meluah, sekadar mencari ruang untuk move on. Cerita mungkin seperti kebudak-budakan, tapi aku percaya masih ada manusia matang yang tersimpan kisah lebih kurang macam cerita aku.
Aku simpan perasaan dengan seorang lelaki, dari Johor Bahru. Pertama kali berjumpa di sebuah sekolah di pinggir desa. Aku dengan dia jadi rakan sekelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3.
Waima sekelas, aku jarang sekali bercakap dengan dia, dek kerana keadaan persekitaran yang majoritinya adalah lelaki. Sebab apa?
Sebab takut diejek, lagipun keadaan masih bersekolah, aku pegang erat ‘ yang ini hanya mainan perasaan’.
Dalam tempoh 3 tahun, aku singkatkan ada banyak perkara aku buat dalam diam, yang hasilnya aku rasa aku hanya perempuan atau budak sekolah yang kuat perasan.
Aku gelar lelaki itu Joe.
Masa tingkatan 1, memandangkan kami duduk asrama, yang setiap malam ada kelas persediaan ‘kelas prep’, banyak kali baju kami hampir sedondon. Walhal semuanya hanya kebetulan.
Joe seorang yang aktif hoki. Setiap kali sebelum kelas pagi atau kelas prep, aku yang terawal datang kelas, aku akan selalu meletakkan buah tangan tanda ucapan selamat setiap kali ada perlawanan wakil sekolah.
Kadang kalau dia sakit, aku lah yang senyap-senyap letak buah tangan atau ucapan “semoga cepat sembuh Joe”. Tak besar mana pon buah tangan tu, hanya gula-gula lolipop, coklat, atau hanya sekeping kertas ucapan.
Setiap kali Joe baca, aku dari tempat duduk belakang selalu melihat Joe senyum. Joe toleh kiri kanan, mencari siapa empunya nota. Walhal, orangnya itu aku.
Hidup Joe yatim piatu. Dia tidak pernah bercerita kisah dia dekat aku. Aku tahu dari mulut rakan-rakan perempuan yang lain.
Lumrah perempuan suka bercerita, macam tu juga kawan-kawan aku. Aku hanya mengiyakan seperti tidak tahu apa-apa. Walhal aku tahu.
Siapa penjaga nya pon aku tahu. Joe ada 3 beradik yang tinggal dengan makcik-makcik nya. Silih ganti menjaga Joe. Macam mana aku tahu?
Makcik Joe suka menulis, waima sekarang, aku masih suka baca blog atau tulisan dari makcik Joe. Waima Joe yatim piatu, keluarga nya bukan calang-calang orang. Sebab tu antara punca aku rasa bagai pipit dengan enggang.
Masa sekolah dulu, Joe ada ramai peminat, waima orang ada-ada, dia seorang humble, rajin belajar, penyelesai masalah, matang. Sebab dia selalu jadi rujukan rakan-rakan batch aku. Rupawan? Mestilah ada.
Tingkatan 4, Joe pindah ke Sg Besi. Kali terakhir jumpa, aku sampaikan sepucuk surat ucapan tahniah. Bahkah dalam surat tertulis ‘aku tak pernah ada perasaan dengan kau’.
Satu ayat palsu, untuk elakkan fitnah kawan-kawan. Sebab apa? Sebab aku risau, surat ucapan tahniah dikongsi baca oleh rakan sebilik atau rakan sekelas Joe.
Memandangkan Joe jauh di Sg Besi, aku ambil peluang untuk buang Joe jauh-jauh dalam hidup aku.
2 tahun aku sibukkan diri untuk SPM, libatkan diri dalam kokurikulum. Hidup seperti biasa, tiada lagi rasa perasan baju sama, tiada lagi rasa perasan dia tahu aku suka dia, tiada lagi rasa perasan aku jodoh dia.
Bertahun silih berganti, perasaan suka masih tak hilang. Aku block profile Joe di media sosial. Waima aku tak berapa active dengan media sosial dek kerana tuntutan kerja.
Sehingga tahun lepas, aku terdetik untuk cek list block. Sehingga aku nampak satu nama aku cukup kenali.
Oh ya, aku walaupun aku tak aktif sosial media, tapi aku ada banyak list profile yang aku block dek kerana banyak scammer di alam maya ini.
Aku cuba unblock Joe, ingin melihat khabar. Kebetulan sebelum itu, aku sedang mencari seorang financial consultant. Kebetulan Joe juga merupakan seorang consultant.
Tanpa fikir panjang, aku DM Joe untuk consult sampailah Joe bagi no telefon untuk bincang lebih lanjut.
Aku rasa tindakan bodoh, melibatkan perasaan tanpa fikir masa depan. Aku terima kononnya untuk dapatkan khidmat nasihat consultant.
Walaupun hanya hubungi melalui WhatsApp, soal jawab aku masih kaku. Masih dalam keadaan formal melibatkan kerja.
Disebabkan masing-masing dah kerja, sudah masanya cari pasangan hidup, aku terus terang tanya Joe sudah berpunya atau belum sebab aku tak nampak kelibat perempuan dalam media sosial Joe.
Jawapan Joe…… Iya, dia dah berpunya. Cuma belum bertunang, atau nikah. Aku lega, seperti ada peluang untuk perigi mencari timba. Tapi tidak kesampaian.
Sampai la minggu lepas, aku nampak story Joe, gambar dengan seorang perempuan bersama makcik dan pakcik Joe. Aku anggap, mungkin itu langkah seterusnya dalam hubungan Joe dengan wanita pilihannya jumpa orang tua Joe.
Seminggu aku masih terbayang gambar tu. Mencari kekuatan untuk terus menerima dan move on. Mencari kekuatan untuk cuba menerima lelaki lain. Setiap kali ada lapang, teringat-ingat aku dekat Joe.
Ntahlah, kenapa hati tidak seperti dulu yang selalu mengucap tahniah pada hari bahagia Joe. Mungkin sebab dulu aku ucap diam-diam, maka kecewa juga makan diri diam-diam.
7 tahun aku memendam suka pada Joe. Aku menidakkan sekerasnya perasaan ini. Aku cuba melupakan. Tidaklah perlu aku rasa sakit, kerana perasaan suka itu aku pendam sendiri tanpa siapa tahu melainkan Ilahi.
Aku fikir kadang hidup ini tidak seperti cerita “ketika cinta bertasbih”, sekian lama menunggu, mencari, rupanya orang yang kita ada perasaan terhadap nya itu jadi jodoh kita walaupun pernah kecewa tidak memiliki.
Kadang boleh juga jadi seperti Hayati dan Zainuddin, suka sekian lama tapi tidak bererti mampu memiliki.
Aku sudah meluah, insyaallah aku akan baik-baik saja. Doakan aku bertemu jodoh yang baik.
– ANZEK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit