Asalamualaikum.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cuaca panas terik melanda negara kita. Tak terkecuali negeri kelahiran aku.
Aku di lahirkan di kawasan kampung di pantai timur, keluargaku tinggal di rumah separuh papan, dan separuh batu.
Bila musim panas melanda, aku akan teringat kisah2 musim panas yang aku lalui semasa bersekolah. Masa sekolah rendah, aku balik sekolah jalan kaki, tengah panas terik.. jarak sekolah ke rumah agak jauh.
Masa ni, aku selalu berdoa agar ada yang sudi tumpangkan aku. Biasanya akan ada pakcik2 yang kenal aku akan ajak aku naik dan hantar aku balik. Tapi itu jarang2 je berlaku.
Bila sampai je kat rumah dan tengok ada motor dan kakak atau ayah aku kat rumah, memang aku akan rasa sedih dan marah. Tapi pendam dalam hati saja lah.
Jadi bila sekarang aku dah jadi mak2 ni, aku akan sedaya upaya akan pergi ambik anak2 aku awal, tak sanggup aku nak biarkan anak2 aku tunggu aku lama2 di musim panas ni.
Korang yang ada anak, tolong lah Jangan biarkan anak2 menunggu. Kesian sangat aku tengok. Nak tolong ambil pun tak boleh, kan orang tuduh menculik pulak.
Bila tiba musim panas ni jugak, aku teringat zaman aku remaja, sekolah menengah, masa ni aku dah bawak moto pergi sekolah.
Bila balik dari sekolah, masuk je rumah papan, macam duduk dalam oven. Kalau orang lain, boleh buka kipas, boleh rehat2, tapi aku tak boleh rehat, apa lagi buka kipas.
Bapak aku kedekut dan panas baran. Pernah sekali, aku terlalu panas, aku buka kipas, dan tertidur,
Tiba2 aku rasa panas, rupa rupanya bapak aku ambik kipas tu baling keluar rumah sambil menyumpah2. Katanya aku bersenang2 tido sedangkan dia berpenat2 di ladang.
Sejak kejadian itu, aku dah tak balik lepas sekolah. Aku tido di surau sekolah atau di perpustakaan sekolah sampai petang, baru aku balik.
Jadi sekarang bila aku dah jadi mak2 ni, aku buat jadual siap2 kat anak2, aku bagitahu, balik sekolah korang boleh buka aircond, boleh tido, tapi jam 3 kena bangun dan buat kerja sekolah.
Aku tak nak anak aku rasa stress macam aku, tak boleh rehat, asyik kena hadap buku saja, walaupun kepanasan.
Bila tiba musim panas ni jugak, aku teringat kisah aku semasa berpantang anak sulung,
Awal2 kawin, aku menumpang rumah Bapak aku, rumah papan separuh batu. Masa tu bapak aku ada duit lebih, tanah ladang kena ambil untuk buat LPT.
Jadi bapak aku beli bayak barang, baja, mesin rumput, mesin2 untuk kerja2 kebun dia. Dan barang2 tu dia letak di bahgian dapur (batu).
Jadi memang tak ada tempat yang selesa untuk aku berpantang, aku dan baby baru lahir perlu berkurung dalam bilik di rumah papan, masa tu bulan april dan sangat2 panas.
Anak aku pulak ada maslah kulit, aku beli aircooler,dan hala kipas cooler tu pada baby aku, masa dalam pantang aku jagak, bapak aku panggil tukang untuk buat wiring batu untuk seluruh rumah.
Memang rumah berserabut gila. Nasib baik aku tak meroyan je. Bapak aku buat macam2 untuk buat aku dan suami tak selesa.
Aku tahu tu cara halus dia nk halau aku. Tapi masa tu gaji suami aku kecil.. Kami memang tak mampu nak pindah. Umur kami pun baru 23 tahun.
Sekarang alhamdulilah kami dah mampu beli rumah, bapak aku masih di rumah papan separa batu tu.
Balik raya baru-baru ni aku suruh bapak aku cantikan sikit rumah, pasang aircond sebab cuaca sangat panas, lagipun aku tahu bapak aku tu lebih dari mampu.
Aku pernah tengok baki acc asb ada 90k.. dalam tabung haji 70k, lagipun bapak aku dah 4x pergi umrah, 1x pergi haji, Boleh sangat nak baiki rumah tu, bukan untuk orang lain, untuk dia jugak.
Tapi sikap kedekut tu sukar nak di kikis, bapak aku lagi rela duduk dalam kepanasan dari keluarkan duit untuk baiki rumah.
Rumah jiran2 bapak aku semua dah renovate, letak aircond, bila bapak aku tengok rumah orang renovate, bapak aku cakap orang tu bodoh, buat rumah besar2, kubur dah panggil katanya.
Sekarang bila cucu orang lain balik kampung seminggu, cucu bapak aku nak duduk 2 hari pun kepanasan,
Dia kata orang lain ada anak cucu baik, anak cucu dia tak baik, kami bukan tak nak stay lama, tapi kalu dah rumah macam oven, mana nak tahan.
Aku ni kerja biasa2 je, masa anak sulung aku umur nak masuk 1 tahun, aku senyap2 call sepupu aku yang boleh bertukang, tanpa izin bapak aku, aku mintak sepupu aku buat satu stor, dan buat beranda di hadapan rumah.
Lepas tu aku cari tukang mozek, aku mintak tukang mozek letak mozek di seluruh ruang dapur, dalam bilik air dan beranda rumah, masa bapak aku tahu, bapak aku cakap buat bodo2 dah lah, takut mahal upah.
Aku cakap buat cantik2. Nanti aku bayar. Masa tu aku pun tak tahu dari mana aku dapat duit untuk buat semua tu.
Lepas siap semua tu, baru lah ada ruamg “sejuk” dalam rumah bapak aku. Boleh lah anak aku bermain2 kat ruang tu lepas semua barang2 bapak aku, aku masukkan dalam stor.
Sekarang bila aku pindah, rumah papan bapak aku kembali bersepah. Seminggu sebelum raya, aku ada kemaskan rumah.
Tapi sehari sebelum raya, aku balik dan tengok rumah dah bersepah semula. Sekali lagi kena kemas. Aku, suami dan anak2 aku je beraya dengan bapak aku tahun ni. Orang lain semua balik rumah mertua.
Sekarang walaupun aku dah tak perlu berpanas dalam rumah papan, namun kenangan hidup berpanas dalam rumah papan membuatkan aku bersyukur dapat hidup dalam rumah batu beraircon kini.
Aku dibesarkan oleh bapak yang kedekut dan panas baran, dan sekarang aku di jaga oleh suami yang pemurah dan penyayang. Aku sayang ke dua2nya..
Harap bapak aku boleh berubah jadi orang yang tak kedekut dengan diri sendiri.
Akhir kata, Baiki lah rumah, letak lah aircon bapak oiiii. Panas ni.
– Insan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit