Cuba Jadi Menantu Yang Baik

Aku adalah Cik Puan Bunga (CPB), baru 2 bulan melayari alam rumah tangga. Aku memilih dia (suami) sebab dia memenuhi ciri lelaki idaman yang aku nak. Dia sangat baik, dan tahap sabar dia aku kalah, terlalu bersabar orangnya.

Bulan pertama perkahwinan, aku menangis, jiwa aku terganggu sebab aku tak pernah laluinya.

Menangis disebabkan oleh seorang mertua. Ok aku ringkaskan kat sini MIL (mother in-law) single dah 29 tahun, suaminya meninggal dunia.

MIL mempunyai 7 orang anak. Keenam anaknya yang lain semua dah berkeluarga dan tinggal jauh di merata negeri. Aku berkahwin dengan si bongsu. Tunggal bertemu bongsu (aku anak tunggal). Jadinya anaknya si bongsu tu yang tinggal bersama MIL aku.

Apa yang aku nak ceritakan ni, bukan aku nak buka aib ke apa, aku cuma perlukan kata-kata semangat dan doa dari kalian agar aku kuat, dan lebih bersabar serta ikhlas terhadap apa yang aku lakukan.

Aku nak emosi aku dalam keadaan yang stabil, aku akan menempuhi final year dalam pengajian aku.

MIL aku ni ada masalah kesihatan darah tinggi dan kencing manis. Selain itu, aku syak dia ada masalah depression macam tu lah, atau bahasa yang mudah faham dia ada penyakit meroyan yang lepas bersalin tu.

Benda lama tak dirawat, melarat sehingga sekarang usianya cecah 72 tahun. Ada masanya dia akan bercakap sorang-sorang, cakap benda merapu, ada anginnya kadang kita buat apa semua tak kena.

Kita dah cakap benda tu banyak kali, dia akan bertanya lagi. Jadi perlu berulang-ulang kalinya. Perkara ni, anak bongsunya (suami aku) pernah ceritakan sebelum berkahwin.

Dia mengharapkan aku boleh terima maknya. Aku jawab In Shaa Allah.

Aku tinggal di rumah MIL. Berulang alik balik rumah mak abah aku sendiri. Adakalanya, aku dan suami berada dalam bilik, kami tutup pintu.

Dia datang buka pintu, dia nak memastikan anaknya ada, kejap-kejap dia akan datang tanya anaknya. Aku sabar je melayan. Aku sedih kadang tiada privasi antara kami.

Walau pintu sudah berkunci, MIL boleh menolaknya. Kadang macam dia tak boleh terima kenyataan yang anak bongsunya tu dah berkahwin, dia cemburu dengn aku pun ada.

Boleh dikatakan tugas aku sebagai seorang isteri dia take over, semua dia nak buat, bagi makan dan minum dan segalanyalah.

Kadang aku rasa hilang function aku sebagai seorang isteri. Sedih aku pendam. Aku dah lah seorang student, sibul dengan kelas online dan sengainya.

Aku terpaksa berkorban masa tidur aku, aku akan pastikan MIL dah tidur malam, aku akan siapkan proses segala bahan untuk memasak lauk dari malam.

Kalau tidak semua dia nak buat, kalau bangun pagi tu, akau kena bangun awal lagi dari MIL bangun. 4:30 pagi macam tu, aku bangun prepare masak semua tu breakfast dan lunch.

Tu belum aku tengah kelas online lagi, dia kalut nak masak, nak lunch pukul 3:40 petang macam tu, pukul 8 pagi dah nak mula masak, aku menangis aku dengan kelas lagi.

Dah terang tak pahamnya lagi. Sebab apa aku kalut nak masak jugak, pernah sekali kakak (anak MIL) dia call ke maknya, dan aku dengar kakak tanya dekat mak, CPB dok buat apa tu?, mak boleh jawab ada dok dalam bilik tidur, bangun, mandi, makan.

Berjurai laju air mata aku, sedangkan aku berhempas pulas di dapur, tu pun aku lari kejap masak kejap jenguk dalam bilik sebab ada laptop yang tengah on (kelas melalui google meet).

MIL aku ni bukan kategori nyanyok, Kadang nampak macam saja nak buat begitu pun ada, ntahlah sukar nak explain. Dia tahu je hari, kira duit, ingat je nama semua orang. Tapi dia suka cakap benda yang lepas-lepas seperti cerita 5 tahun lepas gitulah.

Lagi aku tiada masa berdua dengan suami aku, walau ke tempat dekat sekalipun dia nak ikut. Aku dan suami nk balik rumah mak abah aku sendiri pun dia nak ikut bermalam.

Aku tiap-tiap minggu balik. Ni 2 bulan berturut dah dia ikut kami balik ke rumah mak abah aku tak pernah tak ikut lagi. Dia boleh ugut suami aku, gini ayatnya “tinggallah mak sorang-sorang, biar mak mati sini”.. Aku terkelu tak boleh nak cakap apa dah.

Aku teringin sangat nak keluar lepak berdua dengan suami aku. Tapi aku tau, aku tak kan dapat macam tu.

Kami belum pergi honeymoon, aku tak fikit lagi bab tu, sama ada MIL aku nak ikut ke tak yang tu, tapi sure aku rasa MIL aku akan ikut. Jadinya aki malas lagi nak fikirkan yang tu.

Tu belum masuk lagi, bab basuh kain, aku ni mudah kecil hati juga, aku tak boleh dengar MIL aku merungut dekat suami aku, sabun habis, beras habis, dan pelbagai lagi, sebab aku terasa, aku ni orang baru masuk rumah mereka, macam aku yang perabis semuanya.

Aku yang dengar ni, aku cakap tak apa mak, CPB akan bawa bekal sendiri semua tu dari rumah. Kain baju diampaian belum kering lagi, dah dikutipnya cakap dah kering.

Aku terpaksa pergi sedia semula.Sedangkan dirumah mak abah aku sendiri, habis apa-apa, mak aku berbisik ja, tak cakap keluar. tak nak kot ada tetamu atau sesiapa pun yang berada dalam rumah aku ketika itu terasa hati.

Bab memasak pula, depan-depan aku komplen yang kakak A kakak B buat elok ja jadi sedap, kena aku buat tak jadi lah.

Nasi mentah pun salahkan aku, sedangkan rice cooker tu yang ada problem tak dapat nak berfungsi dengan baik, kadang masak ok, kadang tak ok. Aku bersabar semuanya.

Aku ditemani dengan air mata. Aku masuk dapur, dia masuk dapur. Aku masuk bilik, dia masuk bilik. Aku tak buat apa, MIL pun takkan buat apa.

Aku ni masalah bertambah, mak dan abah ak tak selesa pula besan mereka kerap ikut kami. Ntahlah serba tak kena, dicampur dengan mak aku membebel ke aku itu ini tak selesa, orang tua lain tak asyik ikut, ni ikut..Aku menangis.

Patut lah abang-abang suami aku, kakak-kakak ipar aku titip pesan pada aku, “adik banyak bersabar tau” sekarang baru aku faham.

Patutlah mereka jarang sekali balik rumah MIL, satunya mereka memang tak ngam dengan MIL. Maknanya disini, anak-anak MIL aku, dan menantu-menantunya sangat memahami dah sikap dan perangai MIL aku ni.

Banyak lagi yang aku nak kongsikan, tapi tak apa lah biarlah yang pahit tu aku telannya. Cukuplah sekadar base sahaja akau kongsikan. Kalau hingga ke dasar aku kongsikan mengucap panjang kalian semua.

Hubungan aku dengan MIL berada pada tahap yang biasa, aku tak sampai lagi tahap aku boleh baring atas tiba, bergurau senda seperti mana yang aku buat dekat mak aku sendiri.

Semua tugas aku buat, aku jaga ja makan pakai minumnya, lipat kainnya. Semua aku buatkan. Tapi masih biasa lagi.

Aku hampir nak ke stress, tapi aku amik jalan, aku mengadu pada suami akan semuanya.. dia sedih dengan aku. Dia tak nak aku stress, dia berjanji dengan aku dia akan cuba cakap dengan maknya.

Dia cakap, yang dia perasan aku kurang selera makan, nampak raut wajah aku sedih ja, tapi dia bagi ruang kat aku, dia tak bertanya selagi aku tak bersuara.

Ya, aku tau, aku perlu bersabar, tua kita nanti kita tak tau nasib kita macam mana. Yang pastinya semua akan merasai tua tu. Aku berdoa ja, moga aku dan seluruh ahli keluarga, menghadapi masa tua dengan baik, tak nyanyok, kuat kudrat.

Aku juga berdoa moga mak dan abah aku sendiri redha dan ikhlas akan semua ni, mereka juga kena belajar untuk terima semua ni buat selama mana aku hidup.

Aku dah berjanji dengan diri aku dan suami aku, untuk bagi aku rasa tenang, aku tak akan ambil hati dengan MIL. Sebab aku sejenis apa yang terjadi, aku pendam dan simpan hari ke hari.

Aku sakit macam tu. Aku perlu buang semua tu, aku perlu kuat dan punya hati yang kering. Ni semua untuk nak bagi aku tenang dan tak serabut. Aku cuba untuk ikhlas dan berkorban semua ni.

Ya, selagi hayat aku ada, aku akan laluinya begini selamanya. Ya selamanya!

Bila aku dah berkahwin dengannya, aku juga perlu berkahwin sekali dengan keluarganya. Buruk baik aku kena terima. Yaaa, aku boleh, aku mampu, aku sedang berusaha.

Begitu juga dia, buruk bail keluarga aku, suami aku terimanya, dia selalu cakap ini dari sebelum berkahwin lagi.

Doakan aku ikhlas dalam setiap perbuatan yang aku lakukan ni. Aku sayang rumah tangga yang baru aku bina ni. Aku tiada masalah dengan suami aku. Aku sangat takut dengan kehadiran ‘orang ketiga’ atau sesiapa sahaja termasuk MIL aku.

Menantu yang baik,

– Cik Puan Bunga (CPB) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *