Assalamualaikum semua.. Aku terpanggil nak buat pengakuan kat sini setelah baca kisah adik2 yang mak masing2 curang ngan ayah diorang. Samalah dengan aku. Bezanya mak korang curang masa korang budak2. Mak aku curang aku dah beranak pinak means mak aku dah bercucu pun. Dah warga emas.
Boleh baca di sini untuk confession kisah adik2 yang mak masing2 curang ngan ayah diorang :
(https://iiumc.com/saya-tak-nak-kahwin/)
(https://iiumc.com/relate-to-saya-tak-nak-kahwin/)
Bukan tuduhan melulu tapi dengan bukti sepasang mata ni perlakuan sumbang diorang. Mesti korang pelik mana aku tau. Aku jumpa video zina tu dalam hp arwah bapak aku, 3 bulan sebelum dia meninggal. Sekarang dah masuk tahun ke 4, arwah kembali ke alam abadi.
Tahun 2013 masa umur anak aku yang kecik setahun, mak aku kena sakit misteri. Sakit yang tak tau hujung pangkal. Keluar masuk hsptl dah macam rumah ke dua tapi doktor masih tak dapat kesan sakit apa. Atas nasihat seorang doktor melayu, dia sarankan untuk berubat cara kampung.
Korang bayangkan azabnya sakit mak aku sampaikan kitorang tak boleh pegang dia. Kulit dia rasa terbakar, perit padahal luaran nampak molek je.. Jalan macam orang baru beranak operation, tido malam selalu mimpi kena cekik, kalau tersentuh baju ngan kulit mak aku mengerang, belum kitorang peluk or urut lagi.
Aku dengan arwah abah lah ke hulur ke hilir mencari tempat berubat. Pantang dengar ada orang pandai berubat semua ceruk kami pergi. Kalau duit tak payah cerita beribu habis. Alhamdulillah lepas 2 tahun berusaha akhirnya mak sembuh sepenuhnya.
Kisah kecurangan mak bermula disini. Dia minta izin nak ikut rombongan ke langkawi. Arwah abah izinkan. Balik dari langkawi mak ada minta aku smskan seseorang bagitau dia dah ada kat rumah. Aku tak syak apa2 sebab dia pergi rombongan dengan kawan2 dia, sorang dua tu aku kenal dari kecik (perempuan)
Untuk pengetahuan korang aku tak serumah ngan mak bapak aku. Tapi rumah kitorang tak jauh. Satu hari tu arwah abah call, minta kau datang rumah dia. Sampai2 aku tengok mak bapak aku gaduh besar. Siap nak ke pejabat agama bagai… aku yang tak tau apa2 minta dedua bersabar (Sumpah kalau aku tau sebab apa jam2 tu jugak aku suruh bapak aku ceraikan mak).
Sebagai langkah nak meredakan keadaan aku hantar mak seminggu ke rumah adik. Sementara aku teman abah kat rumah. Hari ke 3 kat rumah, baru abah buka cerita dia syak mak aku ada skandal tapi dia tak tau siapa. Mengucap panjang aku.
Rupanya anak aku (14 tahun masa tu) tau hal ni.. Dia siap rekodkan setiap perbualan telefon mak aku ngan skandal dia (macam cerita spy kat tv tu). Arwah abah minta aku dengar rakaman tu, mengucap panjang aku.
Ya Allah.. macam2 mukadimah zina diorang dah buat dalam kete. Dan untuk pertama kalinya aku melihat lelaki kesayanganku ini menangis…. Aku minta abah bersabar, mungkin mak melakukan ini semua sebab salah abah dulu cuba menduakan dia (bodohkan aku). Kata arwah abah.. aku tolong je pompuan tu, takde buat bukan2 tapi mak kau sampai hati…
Silapnya aku sebagai anak, aku tak pernah berdepan dengan mak bertanyakan dia tentang hal ni. Cuma aku selalu dengan arwah abah sound2 mak kalau dia tak sembayang. ‘Mak kau ni perasan muda, tak ingat mati’.
Ada satu jumaat yang mulia, lepas balik solat jumaat arwah abah call aku. Dia tanya aku amik mak ke? Sebab baju tak bersidai, tak masak, rumah tak siap kemas tapi mak takde. Arwah abah kata, ‘mak kau pergi menyundallah tu’. Astaghfirullah aku cuba sabarkan abah. Aku call mak first tak angkat, kali kedua baru berjawap dengan termengah2. Katanya pergi rumah kawan.
Sorry la korang cerita ni panjang.. hope korang tak boring baca.
3 bulan sebelum arwah abah meninggal Allah bagi aku petunjuk, aku tak sengaja terscroll video dalam hp arwah. Aku tengok mak aku tengah berzina dengan orang yang aku kenal. Dengan Doktor klinik panel tempat kami. Aku diamkan, aku jadi takut kalau aku ajak bersemuka mak dan abah mau jadi cerai berai dan aku dipersalahkan.
Masih terngiang2 kat telinga aku, ‘kalau aku ceraikan mak kau siapa nak bela dia, siapa nak amik dia, ubat dia bukan murah, aku simpan mak kau ni kerana Allah’ Ya Allah mulianya hati abah… selama ini dia tau perbuatan sumbang mak tapi dia pendam. Jangan kata abah aku dayus ok.. Mak aku yang degil tak nak bertaubat. Dia pernah cabar arwah abah aku ceraikan dia.
Hari ke 3 arwah abah pergi aku bersemuka dengan mak. Aku tanya pasal kecurangan dia. Mati hidup balik tak mengaku. Lepas aku detailkan video yang aku tengok mak meraung minta ampun. Aku bagitau kita satu family dah tau perbuatan mak.. Meluap2 darah aku marahkan mak, carutkan mak.
Lepas habis edah aku tengok mak tak berubah, makin galak sebab dia tinggal sorang kat rumah. Aku tak tau apa dia buat belakang aku. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Balasan Allah itu pasti dan doa orang2 yang teraniaya pasti makbul.
Buktinya tahun lepas mak aku tiba2 koma kompikasi buah pinggang, jangkitan kuman dalam air kencing, kanser payudara, batu dalam hempedu, stroke, sakit jantung, atritis etc… Doa arwah abah ‘Mak kau, kalau dia tak bertaubat tak insaf, esok kalau dia sakit lagi teruk daripada ni dia kena’. Makbulkan?
Siapa jaga dia? Akulah sebab adik beradik aku tak nak jaga dia.. Semua lepas tangan. Senang cerita semua buang dia. Aku selalu ingatkan mak, doa yang baik2 untuk anak2, aku selalu ingatkan dia dosa2 dia pada arwah abah. Mudah2an dia insaf. Dendam? Benci? Semua aku dah buang jauh2.
Sebelum ni Allah uji arwah bapak aku, sekarang Allah uji aku suami isteri. Jaga mak aku dalam masa setahun lebih ni kitorang hampir bercerai, sebab peel mak aku. Alhamdulillah jodoh kami panjang.
Buat suamiku terima kasih sentiasa menjadi tulang belakangku selama ini. Dan buat emak.. Semoga emak benar2 bertaubat akan dosanya dan ikhlas dengan kami anak menantu.
#Mak kami tak suka suami kami awak… sejak kami kawen.. Sekarang terpaksa suka sebab anak lelaki kesayangan mak kami tak nak bela mak kami…
#Untuk adik2 yang confess pasal mak masing2 curang tu move on jela.. kes korang tak seteruk akak. Akak faham perasaan korang.
– Aku bukan pendendam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit