Tergerak hati ni nak meluahkan rasa. Walaupun cerita ni da lama berlalu, lebih setahun, tapi masih lagi terkesan dihati bila teringat.
Ceritanya tentang atok aku. Lebih tepat lagi atok perempuan sebelah ibu aku. Atok lelaki aku telah meninggal 29 tahun yang lepas. Aku dengan dia tak la rapat sangat. Mungkin sebab jarang jumpa. Kalau balik kampung tu setakat salam dan buat hal masing-masing. Dia mempunyai 9 orang anak, dimana ibu aku adalah anak ke-7. Atas ibu aku semuanya lelaki dan bawah ibu aku semuanya perempuan. Di rumah tu, tinggal pakcik aku sekeluarga dan juga ibu aku. Ayah aku tak de. Anak-anak atok aku yang lain majoriti tinggal jauh. Walaupun ada satu negeri, tapi berlainan daerah. Ada yang duduk dekat sedikit ada yang duduk memang berlainan negeri. Ok cukup mukadimahnya.
Disebabkan usia dia yang semakin meningkat, atok aku pun semakin uzur. Boleh berjalan tetapi memerlukan tongkat. Biasa la orang tua kadang terkencing, terberak di lantai. Tapi dia jenis tak harapkan bantuan orang, dia gagahi juga buat sendiri. Selang beberapa waktu, tuhan tarik nikmat berjalan dia. Dia da tak boleh nak berjalan. Tak boleh nak mengangkat badanya sendiri. Semuanya perlu pertolongan daripada orang. Waktu itu, ibu la orang yang bertungkus-lumus menyiapkan atok sebelum dia pergi kerja. Pakcik aku yang tinggal disitu pun kadang membantu apa yang perlu. Ye la kalau lelaki mana la nak suap makan, mandi kan. Jadi ibu la yang akan lakukan semua. Atok pula jenis berat. Nak angkat dia juga perlukan tenaga yang kuat. Ibu pula kecil orangnya, umur pun da 50-an, tetapi demi tanggungjawab, dia gagahkan diri juga.
Biasalah lumrah manusia. Kadang bukan sengaja nak tinggikan suara tapi kita ni ada waktunya penat. Ibu kadang-kadang ada tinggikan suara pada atok. Ye la, kita penat kerja, lepas tu nak menguruskan atok. Atok pula kadang tak dengar kata, kadang atok tak nak tolak ansur. Jadi ibu jadi lagi penat. Bila adik beradik yang lain balik, ibu fikir boleh la dia rehat sebentar. Biar la anak atok yang lain yang uruskan. Lagipun bila lagi nak berjasa sementara atok masih hidup. Tapi, semua hanya mimpi. Kadang mereka buat tak tahu, ibu aku juga la yang kena uruskan. Kadang atok panggil, nanti mereka panggil ibu aku juga. Ibu balik kerja agak lewat kerana dia keja petang hingga malam. Tiba rumah dalam pukul 11.30 malam. Bila adik beradik balik, ingatkan ada la yang tolong tukarkan pampers atok. Tapi bila ibu check, pampers tu tak bertukar dari pagi yang ibu pakaikan sebelum pergi kerja.
Sejak atok tak boleh berjalan, aku pun semakin rapat dengan atok. Aku tak tinggal bersama. Jadi bila balik, aku akan bantu ibu untuk uruskan atok. Masa tu aku memahami perasaan ibu. Sehari dua, aku boleh bersabar dengan kerenah atok. Tapi bila masuk hari ketiga, kadang rasa geram pun ada. Macam aku kata, kita manusia. Penat. Kadang tak boleh kawal emosi. Lepas siapkan atok, aku suka urut kaki atok dengan harapan kaki dia boleh berjalan semula. Lama kelamaan aku semakin rapat dengan atok. Atok dah tak boleh bercakap bila dia dah tak boleh berjalan. Tapi aku selalu bawa dia berbual.
Mesti ada yang tanya tak bawa atok pergi berubat ke? Dua orang je anak dia yang nak uruskan. Mula-mula tu okay la. Tapi lama-lama, mana larat. Nak angkat atok perlukan 2-3 orang. Yang lain lepas tangan. Setakat hulur duit. Yela masing-masing berjaya jika dibandingkan anak yang dua orang tu. Kalau anak lain nak bawa atok berjalan pun, ibu wajib minta cuti untuk ikut sekali. Yela siapa la yang nak uruskan air kencing, berak atok. Katanya, ibu lebih tahu nak buat sebab ibu selalu jaga atok.
Bila ibu uruskan atok, kadang-kadang mereka terdengar ibu bising-bising dekat atok. Mereka tak suka. Kutuk ibu dibelakang. Siap pesan dekat aku suruh cakap kat ibu jangan buat macam tu. Yela bagi mereka, berdosa kan tinggikan suara dekat ibu. Tapi mereka tak rasa apa yang ibu rasa. Mereka fikir, mereka sekadar balik jenguk atok tapi tak tolong pun uruskan atok, itu da sekadar cukup?
Kalau dicerita satu persatu, rasa geram sangat. Tapi sekarang atok dah tiada. Aku bukan gembira atok pergi tapi aku rasa itu yang terbaik. Daripada atok sensara dan sakit hati. Apa lah guna ada anak yang ramai tetapi yang sanggup untuk jaga hanya beberapa orang sahaja. Aku tak kata mereka tak ada yang jaga, tapi entah la. Ini cerita dari sudut pandangan aku. Mungkin anak-anak dia ada cerita mereka tersendiri.
(Ada seorang pakcik aku, iaitu abang kepada ibu aku, sibuk suruh aku ziarah atok sebelah ayah aku. Sebab dia tahu aku memang kurang suka balik kampung ayah aku. Tapi kebetulan waktu tu atok aku tiada dikampung dan dia ada di KL. Dan aku baru sahaja jumpa atok aku tu di KL. Tapi aku tak rasa aku perlu update dekat semua orang yang aku ada jumpa atok aku. Ayat pakcik aku, “pergi la ziarah atok ko tu. Sementara dia hidup, waktu ni la nak buat pahala”. Bengang je waktu aku dengar ayat dia tu tapi aku gelak kan je. Antara atok dan ibu, ibu lebih utama untuk aku berjasa. Masa arwah atok hidup (ibu pakcik aku), dia sendiri pun tak jaga ibu dia. Balik sekadar balik. Tayang muka lepas tu keluar entah kemana. Lepas tu nak tegur aku tentang jasa dan pahala)
Aku harap korang menghargai mereka yang korang sayang saat mereka masih hidup. Rindu arwah atok. Bila ingat balik layanan aku pada arwah sebelum dia betul-betul sakit, aku rasa menyesal sangat. Tapi sekurang-kurangnya masa arwah sakit, aku ada juga belai dia. Jaga dia. Aku harap kebaikkan tu dapat tebus dosa aku pada atok. Semoga atok gembira disana.
– Cucu atok
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit