Assalamualaikum.
Kelmarin saya ke sebuah bank untuk tunaikan baucar BRIM. Di sebelah saya ada seorang nenek berusia sekitar 70-an. Hasil perbualan ringkas, nenek ini sakit belakang ekoran terjatuh sekitar 10 hari lepas.
Tujuan nenek ini ke bank untuk menyemak penyata akaun. Nenek ini ditemani cucu menantunya. Saya bagitahu pada cucu menantu nenek tersebut, penyata bank boleh diambil melalui mesin atau secara atas talian. Kemudian nenek ini menyampuk. Kad ATM dia ada pada cucu yang lain (mungkin maksud nenek ini beliau tidak dapat akses sendiri).
Ketika nama nenek ini dipanggil, saya membantu cucu menantunya memimpin beliau ke kaunter. Saya terus berdiri disebelah nenek tersebut sementara cucu menantunya cuba menerangkan yang nenek ini tidak dapat berdiri lama. Usia cop jari diambil, petugas bank membenarkan nenek tersebut duduk dan hanya cucu menantu yang menunggu penyata tersebut.
Ketika kembali ditempat duduk, nenek ini tiba-tiba bercerita. Dalam akaun beliau sepatutnya sudah masuk sejumlah duit. Tetapi, apabila beliau bertanya kepada cucunya yang bertanggungjawab memegang kada ATM tersebut, cucu itu mengatakan wang belum masuk. Belum sempat habis nenek ini bercerita, cucu menantunya muncul balik membawa sekeping penyata akaun. Saya sempat melirik. Saya lihat dengan jelas jumlah wang yang ditunggu masuk oleh nenek ini telah dikeluarkan. Saya diam dan saya nampak cucu menantu ini menerangkan dengan nada suara yang rendah bahawa duit yang ditunggu telah masuk 20 hari yang lepas. Duit tersebut dikeluarkan 10 hari sebelum nenek ini jatuh.
Nenek ini cuba berdiri. Saya bertindak spontan menahan tangannya sebab saya tahu nenek ini terkejut. Nenek ini minta bantuan saya dan cucu menantunya untuk ke kaunter sekali lagi. ‘Bukan saya yang keluarkan duit itu. ‘Dia’ (nenek ini sebutnama cucunya) yang pegang kad ATM saya. Dia cakap duit tiada masuk.
Saya tenangkan nenek ini. Saya bagitahu, untuk kes begini nenek harus ke balai polis buat laporan.
Saya berdoa yang nenek ini akan sihat. Mampu berjalan dan diberi kemenangan. Saya juga doa, siapapun yang telah menganiya nenek ini akan diberi keinsafan.
– Benjamin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit