Assalamualaikum para pembaca iium confession. Nama aku diana(bukan nama sebenar),mak dan ayah aku dah lama bercerai. Aku dijaga oleh nenek aku masa aku berumur 5 tahun sehinggalah saat nenek aku meninggal pada 2016. Aku ingin ceritakan kisah hidup aku sebab setiap hari aku rasa tak tenang dan dihantui perasaan terkilan kerana aku gagal jadi cucu yang berjasa buat arwah nenek aku. Demi Allah aku sayangkan nenek aku melebihi ibu kandung aku sendiri kerana bagi aku nenek aku lebih memahami aku. Tapi, kerana pentingkan diri sendiri, aku abaikan nenek perasaan nenek aku.Jangan jadi macam aku.
Aku akan cerita kisah aku disini.harap-harap admin akan publish. Selepas mak dan ayah aku bercerai, mak aku dapat hak penjagaan kakak dan adik bongsu aku sementara aku diserahkan kepada ayah aku dan dijaga oleh nenek aku. Selepas bercerai dengan mak aku, ayah aku bawa bini mudanya (ex madu mak aku) tinggal bersama kami. Mak tiri aku sangat kedekut dan tidak sukakan aku tapi nasib baik ada nenek yang selalu melindungi aku. Jodoh ayah aku dengan mak tiri aku tu tak lama..akhirnya dorang bercerai selepas dua tahun kahwin. Ayah aku masa tu kerja tak tetap dan dia jarang berada kat rumah. Semua keperluan aku diuruskan oleh nenek aku makan,pakai,duit belanja sekolah dan keperluan lain. Ayah aku hanya bayar yuran dan bagi jarang2 duit belanja sekolah pada masa tu. Ohh ya.. Mak aku selalu je datang jenguk aku dan bawa aku balik rumah mak aku waktu cuti sekolah tapi aku tak menginap lama-lama rumah mak aku sebab aku tidak boleh berpisah lama dengan nenek aku. Nenek aku pula tak izinkan aku balik lama-lama rumah mak aku. Ketika umur aku 8 tahun. Ayah dah dapat kerja tetap dan ayah aku kahwin lagi sekali dengan mak tiri aku yang ke dua. Mak tiri aku bekerja di utara dan ayah aku bekerja di timur. Setiap kali cuti ayah aku akan ke sana dan meninggalkan aku bersama nenek. Nenek aku lah yang bersusah payah membesarkan aku. Duit sekolah aku nenek aku yang selalu hulur dan nenek aku yang selalu teman aku bila aku mengulangkaji pelajaran dan nenek aku lah yang bersusah payah mengumpul duit untuk beli permainan dan pakaian untuk aku. Aku masih ingat lagi, nenek aku susah payah kumpul duit untuk belikan aku baju baru dan mainan baru, semua barang yang aku nak nenek aku yang sediakan. Ayah aku masa tu jarang berada kat rumah dan ayah aku ketika itu masih belum matang lagi bab tanggungjawab terhadap anak dan kurang mengambil berat pasal perasaan aku mungkin sebab dia fikir budak kecik macam aku belum mengerti apa-apa. Selepas 2 tahun, mak tiri aku ditukarkan ke pantai timur dan mak tiri aku berpindah tinggal bersama aku dan nenek. Aku sangat bahagia sebab dapat menumpang kasih ibu tiri. Malangnya mak tiri aku sama macam watak antagonis ibu tiri dalam dram” bawang putih, bawang merah”. Aku dituduh macam-macam dan aku selalu kena marah dan pukul dengan ayah aku. Nenek aku lah yang akan jadi galang gantinya. sampai satu tahap nenek aku menangis dan suruh ayah aku berhenti pukul aku dan pukul lah dirinya sebagai galang ganti, Ayah aku berhenti pukul aku dan dia terus keluar rumah.Nenek aku terus peluk aku dan sapu ubat di badan aku. Aku masih ingat lagi kejadian semasa aku darjah 6 aku dituduh mencuri baju mak tiri aku dan diserahkan baju tu kepada mak aku untuk tujuah “Bomohkan” dia.Nenek aku lah yang back up aku dari tuduhan tu. Beberapa hari kemudian baju tu dijumpai dalam almari baju mak tiri aku dan kes tuduhan tu ditutup. Mak tiri aku hanya duduk serumah dengan nenek aku sekejap sahaja sebelum berpindah duduk dirumah yang lain bersama ayah aku. Manakala aku tinggal bersama nenek aku dikampung nenek aku. Masa kecil aku banyak dipenuhi dengan kenangan bersama nenek aku. Ohya nenek aku ni petani dan aku diajar untuk menanam sayur, tembakau, dan membuat batas tanaman. Masa kecil, aku rasa sangat bahagia bersama dengan nenek aku.
Apabila aku masuk sekolah menengah aku terpaksa tinggal dengan mak kandung aku kerana mak kandung aku mengajar disekolah yang sama. Ayah aku benarkan aku tinggal dengan mak kandung aku dan akan balik hanya hujung minggu ke rumah nenek aku. Nenek aku sedih berpisah dengan aku dia memang sangat menunggu waktu hujung minggu untuk jumpa dengan aku. Begitulah kehidupan aku zaman belajar.
Selepas tamat belajar di peringkat menengah aku dapat tawaran belajar di sebuah IPTA yang agak tersohor dalam Malaysia. Oleh kerana aku akan sambung belajar disana maka Ayah aku dan mak tiri aku memilih untuk balik ke rumah nenek aku dan duduk dengan nenek aku di kampung untuk jaga nenek aku. Ralat pada mulanya bila mak tiri aku dan adik adik aku hasil daripada pernikahan ketiga ayah aku ada bersama. Banyak konfliks juga yang terjadi menyebabkan aku rasa tak selesa dah bila berada rumah nenek aku. Tapi mujurlah ada nenek aku yang akan mempertahankan aku. Setiap kali cuti semester, bila aku bercuti di rumah nenek aku, nenek aku lah orang yang paling happy menyambut kepulangan aku dan macam2 cerita dia ceritakan sepanjang aku kat universiti. Nenek aku dilayan macam bibik sebab dia kena masak,kemas rumah dan jaga cucu-cucunya oleh kerana ayah dan mak tiri aku masing2 bekerja. Aku sangat marah dengan layanan mak tiri aku pada nenek aku. Tapi manusia muda macam aku mudah stress bila aku balik bercuti aku yang kena jadi bibik dirumah tu dan mak tiri aku selalu cari pasal dengan aku menyebabkan aku tak suka balik rumah nenek dan aku mahu balik rumah mak kandung aku. Nenek aku mestilah sedih sebab aku pentingkan diri. Aku menyesal sangat bila aku ingatkan balik kejadian tu. Setiap kali cuti semester aku akan gilir2 balik rumah mak kandung dan rumah nenek aku. Nenek aku pula kalau boleh mahu aku lebih lama dirumahnya berbanding rumah mak aku sebab dengan adanya aku bebanan kerja nenek aku ringan. Masa tu aku masih belum matang. Aku bila stress dengan mak tiri aku, aku akan balik rumah mak kandung aku untuk berehat daripada kepenatan menjadi bibik kepada mak tiri aku dan jaga adik2 tiri aku yang hyper active dan nakal2 semuanya. Aku tahu aku salah sebab tak meringankan bebanan nenek aku.
Tahun ke empat mak tiri aku duduk dengan nenek aku. Nenek aku jatuh sakit. Mak saudara aku lah yang menjaga nenek aku berbulan2 lamanya kerana mak tiri aku kerja. mak saudara aku cakap dekat aku dia dah tak tahan duduk dirumah nenek aku kerana semua kerja rumah dia kena buat tambah2 lagi adik2 tiri aku jenis yang suka sepahkan rumah dan sangat hyper active. Tahun tersebut aku sudah mula berpraktikal dan aku memilih tempat praktikal dekat dengan rumah nenek aku. Pada mulanya aku happy berada dirumah. Tapi lama kelamaan aku jadi stress kerana mak tiri aku suka cari kesalahan aku dirumah tu dan adik tiri aku sudah pandai mencuri barang aku dan telah pun kantoi tetapi mak tiri aku hanya bersahaja. Aku mula pentingkan diri dan perasaan aku. Aku selalu menginap dirumah mak aku dalam seminggu lebih kurang 3 kali aku akan menginap dirumah mak aku dan selebihnya dirumah nenek aku. Nenek aku selalu halang aku menginap rumah mak aku sebab dia perlukan aku. Aku faham kehendak nenek aku tapi masa tu aku ego dan selfish aku mahukan ketenangan dan bebas berada dirumah sendiri. Sepanjang aku berpraktikal nenek aku selalu sakit sakit dan ayah aku selalu bawa nenek aku pergi hospital. Selalunya kalau nenek aku sakit2 aku tak akan tinggalkan dia, aku akan ada dirumah tu untuk jaga nenek aku. Sepanjang bulan ramadhan hanya beberapa kali sahaja nenek aku dapat berpuasa kerana keuzurannya dan akulah orang yang menemani nenek aku berbuka puasa dalam biliknya. Ayah dan mak tiri aku yang lain semua berbuka didapur. Kenangan paling bahagia bila aku suapkan nenek aku makan dan berebut lauk pauk dengan nenek aku. Ahhh..seronok bila diingati. Seminggu sebelum hari raya..nenek aku dah kembali sihat. Aku bahagia kerana aku boleh la balik beraya dengan keluarga mak kandung aku. sehari sebelum raya aku bawa nenek aku pergi beli pakaian raya menggunakan duit br1m dia. Seronok dia beli 2 pasang blouse untuk raya. Malam tu nenek aku sihat dan nampak sangat tenang dan gembira nak sambut raya. Nenek aku borak dengan aku dia suruh aku percepatkan perkahwinan aku sebab dia takut dia tak sempat lihat aku naik pelamin dan dia banyak kali bagitahu dia bangga sebab aku berjaya dalam pelajaran dan merupakan cucu pertama dapat masuk IPTA. Aku hanya mendengar je lepas tu aku terus menyampuk bagitahu nenek aku,esok petang raya aku mahu balik rumah mak kandung aku dan beraya bersama2 keluarga disana. Nenek aku sedih. Dia tak bagi aku balik.tapi aku degil nak balik jugak. Aku bagitahu nenek aku, aku hanya balik 2 haru sahaja kerana mak kandung aku ada buat open house raya ke dua. Malam tu nenek aku sedih,aku biarkan je sebab aku rasa aku berhak balik raya kerumah mak kandung aku. Pagi raya ketiga, hari yang aku janji aku akan balik rumah nenek aku. Aku dapat panggilan dari adik tiri aku. Dia mengatakan nenek aku sudah meninggal dunia di hospital semasa sesi rawatan. Ya Allah dunia aku gelap. Aku rasa bersalah dan terkilan sebab aku bukan orang terakhir berada disamping arwah. Ye..sehingga kini aku masih rasa terkilan dan aku rasa aku cucu yang derhaka kepada nenek aku. Aku abaikan tegahan nenek aku dan aku ikut keinginan aku untuk balik raya rumah mak aku. Sehingga kini aku rasa kau cucu yang banyak dosa dengan nenek aku,aku tak sempat mohon ampun dengan nenek aku. Selama berminggu minggu juga aku jadi pengunjung setia di pusara nenek aku. Aku amat menyesal dan aku rasa sangat2 terkilan dengan keputusan aku,jika Allah undurkan masa aku memilih untuk berada disisi arwah nenek aku.
Sehingga hari ini perasaan sedih,terkilan,dan rasa bersalah masih bersama aku. Setiap kali aku teringat aku sangat sedih. Kadang2 waktu malam aku. terjaga dengan tiba2 sebab terfikirkan perkara ini. Aku masih tak boleh move on dengan kejadian tersebut dan aku tak tahu macamana nak move on. Perasaan ini selalu menghantui hidup aku dan aku sendiri tak tahu sampai bila. Selepas kematian nenek, aku ambil ibrah dari peristiwa tersebut , aku berjanji tidak akan pentingkan diri lagi . Aku harap aku akan menjadi orang yang terakhir bersama parents aku sebelum mereka menutup mata. Buat pembaca diluar sana, yang masih ada nenek,Jenguklah mereka diusia senja mereka dan jangan abaikan mereka. Berbakti dan sayangilah ibubapa selagi mereka masih ada,maafkanlah segala kekurangan ibubapa kita semasa membesarkan kita. Berusahalah untuk meluangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka kerana kita tidak tahu bila kematian itu akan mengambil mereka dari hidup kita.
Cucu nenek,
Diana.
– Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit