Cucu Sulung vs Cucu Kedua

Assalamualaikum semua. Nama saya Husna. Sebenarnya saya taktahu nak luah pada siapa. Nak cerita pada siapa pun akan ada hati yang terasa, jadi saya cuba cerita dekat sini.

Saya ada seorang anak perempuan, umur 9 bulan. Anak saya merupakan cucu kedua untuk keluarga sebelah suami. Cucu pertama berumur 2 tahun dan seorang perempuan jua.

Ceritanya, saya rasakan seperti ada sikap pilih kasih antara dua ini. Sebab apa saya cakap macamtu, sebab situasi-situasi macam ni.

1. Cucu sulung dapat baju baru dari Tok Abah, Tok Ma, Mak Long, Pak Ngah setiap kali balik kampung. Tapi cucu kedua, tak dapat barang yang sama.

2. Bukan setakat baju, tapi barang-barang mainan banyak dibelikan/dihadiahkan pada cucu sulung tapi tidak pada cucu kedua.

3. Kalau ada barang-barang yang dibeli, cucu pertama akan pilih dahulu yang cantik-cantik dan selebihnya baru diberi pada cucu kedua.

4. Makanan pulak, cucu sulung dapat makanan yang bersumber organik, tapi cucu kedua hanya dibelikn lauk lauk dipasar biasa yang dihurung lalat.

5. Dari segi masa, setiap kali datang menziarah kami mesti rumah cucu sulung dijadikan tempat bermalam. Sedangkan cucu kedua tinggal di kawasan yang sama (saya & kak ipar tinggal setaman berlainan lorong)

6. Cucu sulung main-main dengan cucu kedua. Cucu kedua ni tak pandai berjalan lagi. Jadi boleh main sambil duduk je lah. Cucu sulung dah jauh ke berlari. Tengah syok main-main, cucu sulung tersepak cucu kedua. Tp yang kena marah cucu kedua. Katanya cucu kedua ni sibuk menghalang laluan bermain cucu sulung.

7. Dari segi perkembangan, usah cakap la. Sering dibandingkan antara sulung dan kedua. Eh. Yg sulung ni 4 bulan dah tumbuh gigi, yang kedua ni dah 9 bulan x tumbuh pun lagi. Eh. Yang 3sulung ni putih, yang kedua ni kurang putihnya.

Pendek kata, saya rasa seperti anak saya dianak tirikan. Saya tak pasti ini perasaan saya atau ini perkara normal dalam situasi orang kita. Tapi kenapa perlu ada situasi macam ni?

Apa saya patut buat? Saya rasa sedih anak saya diperlakukan demikian. Saya tahu saya menantu tapi sehabisnya saya cuba santuni sebaiknya mentua saya ibarat ibu bapa saya sendiri. Suami saya tak nak balik kampung hujung minggu, saya paksa ajak balik sebab nak ziarah mama papa nya. Sebab saya tahu, suami saya bukan milik saya sepenuhnya. Dia milik ibunya jua.

Saya sedih sebab anak saya kecil lagi, tak tahu apa-apa tapi dapat layanan demikian. Boleh bagi saya pandangan atau cadangan apa saya patut buat untuk halang situasi-situasi itu?

Ibu Qhadeejah,

– Husna

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *