Cucu Tok Moh

Assalamualaikum dan selamat berpuasa korang. Aku nak share kisah keluarga aku. Ikut tajuk ni, ye arwah atuk aku seorang Tokmoh. Arwah atuk dah meninggal masa aku tingkatan 4. Ilmu arwah atuk aku ni sekarang diwarisi oleh pakcik aku.

Ayah aku cakap, wali di kalangan jin yang ‘menjaga’ keluarga aku. Kami gelar wali ni ‘atok-atok’.

Disebabkan keluarga aku ada ilmu ni, segala urusan kehidupan kami macam bergantung dengan ‘atok-atok’ ni. Segala hajat ke, masalah kehidupan ke mesti nak dapatkan ‘consultation’ atok-atok ni. Malam berubat setiap hari Selasa & Khamis malam.

Dulu kecik-kecik, ramai orang datang rumah atuk aku. Kami ni duduk depan tv tengok cerita P.Ramlee haha. Pastu selalu ada kenduri ye. Tak tahu apa motif kenduri tu. Aku perasan kalau kes gangguan, kes tu macam cepat settle. Yelah jin sama jin kan, senang la settle.

Orang yang sakit tu selalu terjerit-jerit macam takut sangat dengan jin wali keluarga kami ni. Bila hajat kami dah tercapai, biasanya kami kene hantar pisang ke masjid or surau ke. Konon sebagai tanda bersyukur.

Tapi sejak dari kecil aku memang suspicious samada bende ni betul ke tidak. Bila aku questioned benda ni kat ayah aku, dia just cakap bende ni baik nak jaga keluarga je. Jangan banyak tanya.

Makin aku besar, aku masuk asrama dan tengok life orang lain takde pun bende-bende macam ni, tapi life diorang okay je. Keluarga aku nampak macam ok, tapi macam-macam dugaan yang besar. Duit tak pernah lekat kat tangan.

Aku pernah persoal mak aku macam mana ‘benda’ ni boleh baca hati kita?

So tiap kali aku kena paksa dengan mak pergi berubat, aku akan nyanyi lagu Britney Spears atau Backstreet Boys ke dalam hati so that jin wali tu tak boleh tahu apa aku fikir masa berubat haha. And turns out memang apa ‘benda’ tu cakap tak sama dengan aku fikir meh.

Dan satu lagi kejadian, aku dapat interview kerja. Slip aku hilang pula, masa berubat mak aku tanya lah ‘atok-atok’, ‘benda’ tu cakap nampak kat celahan buku. Memang masa tu aku fikir aku ada selit kat celah buku. Aku tak nyanyi lagu masa tu hahah. Terus aku macam wow, betul kot bende ni.

Tapi korang tau kat mana aku jumpa slip tu? Kat dalam laci ofis aku jek hahhaaa. Aku pergi je interview tanpa slip tu dan okay je. Aku macam mehhh tipahh tertipu ke tipah ditipu??

Sejak tu aku dah tak nak join pergi berubat dah. Aku tengok je family aku berulang alik pergi berubat. Tapi life macam tu je, bukan makin baik, makin teruk adelah.

Tiap tahun ade je adik beradik perempuan aku ni keguguran, yang lelaki pulak accident bergilir-gilir, sampai ade sorang adik aku jadi OKU. Makin pelik aku tengok.

Life aku alhamdullilah paling stable daripada adik beradik aku yang lain. Aku kahwin dengan anak Imam. Suami aku mula-mula terkejut jugak. Tapi banyak kali dia nasihat aku bende ni tak betul. Lepas kahwin pun, aku banyak follow Tanyalah Ustaz.

Banyak ilmu ustaz explained pasal perubatan tak berlandaskan syariat. So aku dapat relate ape yang family aku buat ni salah dan berat. Sekali visit 40 hari solat tak diterima weh. Ni dah bape puluh kali visit?? MasyaAllah.

Aku slowly tegur mak dan keluarga aku, tapi ayat biasa diorang bagi, kalau tak percaya takpe. Tapi nanti kalau susah, jangan mintak tolong. Ha camtu kaw die bagi. So aku biarkan jela mereka hidup begitu. Kubur masing-masing kan. Aku dah nasihat.

Bila takda duit, sorang-sorang datang jumpa aku nak pinjam duit. Nanti aku sindirlah cakap ko dah mintak tolong jin, apsal ko tak kaya-kaya jugak ni kan. Tapi Allah nak tegur aku bukan macam tu cara nak hidup kat dunia Dia.

Bila aku pregnant anak kedua, doktor cakap anak aku cacat dalam kandungan. So aku kena terminate the pregnancy. Sedih betul aku masa tu.

Abang aku pulak cakap ‘atok-atok’ dah tak nak tolong kau, sebab suami kau buang pouch hitam dulu. Aku rasa nak eii kan je abang aku tu. Tapi Allah kuatkan hati aku tak dendam dengan keluarga huhu.

Masa pantang anak first, abang aku bagi pouch hitam tu konon turun temurun lah, untuk jaga baby. Suami aku jumpa, marah betul dia terus dia buang macam tu ja. Huhu.

So pakcik dan geng ‘atok-atok’ tu marah la, tapi sebab aku ni rebellious kan, so pakcik aku marah ayah aku jela, aku meneruskan kehidupan seperti biasa, haha.

Tapi masa ni aku macam rasa rumah ada gangguan. Mainan anak aku main sendiri kat hall. Suami panggil ustaz untuk pagar rumah. Aku rasa macam ni first time panggil ustaz, selalunya dulu kena berubat kat pakcik aku tu je. Ustaz tanya beberapa soalan untuk check background aku.

Tapi ada satu ayat ustaz yang buat aku trigged. Ustaz cakap kebiasaan keluarga yang ada saka ni, anak perempuan selalu keguguran, anak lelaki pulak macam ‘tak menjadi’. Eh macam family aku je tu kan. Tapi aku tak cerita pun kat ustaz pasal family aku.

Bila aku fikir balik, memang adik beradik perempuan sebelah ayah pun sama. Makcik dan cousin aku semua mesti ada history keguguran. Orang lelaki dalam keluarga ni pun macam ‘tak menjadi’. Adakah sebenarnya family aku ter’mingle’ dengan jin saka tanpa sedar? Aku diam kan je tak bagi tahu sesiapa.

Tapi start makcik aku iaitu adik ayah aku meninggal asbab cancer. Makcik aku ni rebellious macam aku. Tapi cara dia extreme sikit. Dia bergaduh dengan arwah atuk dan nenek cakap syirik dan khurafat, dan tinggalkan semua keluarga dia. Tak balik-balik dah. Bila arwah atuk nenek meninggal pun die balik sekejap je.

Aku pernah jumpa makcik aku dalam masa dia ‘lari’ tu. Tapi terkejut sebab anak perempuan makcik aku ni jadi perawat jugak haha. Aku namakan dia Kak Dina. Sama pulak tu kaedah dengan ‘atok-atok’ tu. Adoi, tapi aku dengan kakak aku diamkan je dan biarkan cerita tu berlalu, haha.

Tapi bertahun -tahun lepas tu, aku tengok adik beradik ayah aku macam dah berbaik. Makcik aku ni nampak lebih ke arah keagamaan. Aku dengar jugak Kak Dina, dah lari tinggalkan family makcik aku lepas dia kahwin dengan ustaz. Macam karma kan huhu. Tapi ada kisah di sebalik itu.

Nak jadi cerita, arwah makcik meninggal waktu lepas pkp bulan puasa. Orang semua dah balik sebab lama sangat tunggu prosedur covid, tinggal adik beradik ayah aku je yang lain stay untuk kebumi kan dia.

Dari situ aku terfikir, adakah aku akan end up macam makcik aku? Orang yang aku cakap syirik dan khurafat yang akan ada untuk kebumikan aku? Malam tu aku tak boleh tidur fikir kan benda ni.

Sejak malam tu, aku tekad aku tak boleh biarkan family aku sesat macam tu. Aku kena tolong diorang. Tapi aku tak tahu macam mana nak tolong. Masa ni aku dah start bangun solat tahajud, aku doa pada Allah bagi aku jalan nak tolong keluarga aku ni.

Benarkan orang kata doa dalam tahajud ni umpama panah tepat pada sasaran. Tak lama lepas tu, Allah bagi jalan yang tak pernah aku sangka. Jalan yang mengubah totally diri aku dan keluarga aku.

Segala rahsia dan persoalan tentang apa yang berlaku dalam keluarga aku terjawab, huhu. Dan di samping tu jugak, aku find out benda baru dalam dunia terapis aku. Nanti aku cerita ya.

Aku tahu Allah tak pernah tinggalkan keluarga aku, walaupun dosa yang kami lakukan tu berat sangat kerana kami yang jahil huhu. Masyallah. Alhamdullilah kulli hal.

Moga aku dapat habiskan dalam bulan Ramadan ni. Sebab bulan lain banyak gangguan, ade je bende buat aku sibuk. Plus kadang bila ada orang dengar kisah aku ni, diorang jadi tak selesa huhu.

– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *