Untuk part I, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh/).
Assalamualaikum korang, aku nak sambung kisah aku. Rasa macam tak sempat nak habiskan cerita aku ni sebelum bulan puasa kan. Ada dekat 5 episode tau, haha.
Aku dah tulis siap-siap semua episode, baru tahu admin akan release dalam 5 hari. Takpelah, masa raya boleh baca cerita aku. Mungkin itu Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku. Aku cuma harap walau seorang pun yang baca dapat manfaat dari cerita aku ni InsyaAllah.
Okay so beberapa minggu lepas aku start berdoa untuk keluarga aku, aku ternampak post kawan aku pregnant anak no. 2. Aku tahu kawan aku ni pun ada masalah saka. Kawan aku ni pun susah pregnant.
Aku Dm dan tanya. Kawan aku bagitahu dia berubat kat satu tempat ni dah 4 tahun dan family dia alhamdullilah banyak sembuh. Aku ambil nombor dan simpan je dulu.
Until adik lelaki aku accident masuk kali kedua tahun tu. Aku cakap kat kakak aku nak bawak family berubat di tempat lain sebab aku rasa pelik. Kakak aku setuju nak ikut sebab dia pun baru keguguran untuk kali kedua masa tu. Masa ni terngiang-ngiang apa yang ustaz bagi tahu aku.
Perawat kat sini perempuan, umur dalam 40 an kot. Aku bawa semua keluarga aku untuk check tempat ni ok ke tak, dan semua kata ok.
Perawat ni tak menurun or bertukar suara ke macam arwah ‘atuk’ dan pakcik aku. Kadang perawat ni share surah untuk di amalkan. Dia bercakap pun macam biasa. Tapi perawat ni ada kelebihan untuk tengok dunia ghaib.
Bila berubat kat tempat ni, kami dapat tahu banyak benda yang ‘Atok-atok’ tu tipu kami. Contohnya perawat ni kata ada jin ular duduk kat mak aku.
Dulu mak aku ni kadang-kadang macam kene rasuk menari macam ular, tapi adik aku cakap ‘atok-atok’ just cakap mak aku stress takde duit je lol. Camtu je dia gula-gulakan keluarga aku huhu.
Kami ingat mak selalu buat drama je, rupanya memang sakit betul huhu. Kesian mak aku. Dan banyak lagi kisah yang buat kami persoalkan kenapa ‘atok-atok’ tu tak tahu? Sebab dia sama-sama spesis jin kan. Or selama ni dia sengaja bodohkan kami.
Alhamdullillah bila berubat kat tempat ni, mak dan adik beradik aku yang lain macam orang tersedar. Masing-masing solat taubat dan tak nak dah berubat dengan pak cik aku. Cuma tinggal ayah dan abang aku je yang masih belum terima.
Tapi aku bersyukur sangat Allah makbulkan doa aku selama ini. Aku sangka cerita ni dah nak habis, rupanya ini baru permulaan kepada kisah yang lain Masyallah.
Tempat ni awal-awal tu macam ok. Tapi makin lama makin nampak pelik. Pernah satu sesi, perawat ni guna kain warna kuning diraja dengan hitam untuk keluarkan jin dalam badan mak aku.
Eh eh dah macam kaedah arwah atuk aku dah ni kan. Dah pulak aku ni cucu tokmoh,semua kaedah aku tau la kan haha.
Plus perawat tu cakap dia nampak keturunan aku yang lalu datang ucap terima kasih selamatkan keluarga kami dari jin saka ni. Suami aku masa ni dah suspicious betul ke benda ni. Aku pun tak tahu nak jawab cemana sebab aku pun confuse haha.
Tapi ayah aku ada cakap, perawat ni mesti guna jin jugak. Sebab manusia takkan hebat macam ni. Persoalan ni membuatkan aku sujud dalam tahajud aku minta Allah tunjukkan aku macam mana perawat ni merawat orang. Tak lama lepas tu Allah jawab doa aku gais huhu.
Di pendekkan cerita, ada masa satu sesi berubat tu, aku tiba-tiba dapat keris ‘halimunan’ yang keluar dari belakang badan aku. Perawat tarik tangan aku ambil keris tu. Aku cam weh aku takmo takmo.
Tapi perawat tu cakap keturunan aku yang bagi untuk tolong aku, takkan aku tak nak. Aku tengah confuse plus takut masa tu aku diamkan aje. Aku doa dalam hati banyak- banyak mintak Allah tolong aku.
On the way balik, aku start dengar suara bagi salam dari hati. Suara tu perkenalkan dia Puteri Kenanga. Dia kata akan tolong keluarga aku. Aku takut sangat weh.
Tangan aku pun boleh bergerak sendiri macam hayun keris tu. Wey kenapa wey. Macam mind ko intact, tapi ko tengok tangan kau bergerak sendiri. Aku takut sangat masa ni.
Sejak dapat keris tu aku perasan hijab aku macam dah terbuka. Aku boleh nampak nenek kebayan minta baki anak pokok la, pocong dengan anak dia lompat masuk kereta masa kat highway la. Tapi tak clear pun image tu, macam kabur je.
Aku pun tak rasa takut. Cuma rasa fed up macam mana aku nak hindarkan semua ni hah. Takkan aku nak duduk dengan perawat tu pulak kan huhu.
Lepas tu aku boleh jadi ‘tokmoh’ pulak weh. Ada satu hari tu, aku tiba-tiba je panggil anak aku, then tangan aku bergerak sendiri macam buang benda kat perut anak aku.
Perawat tu cakap aku dah buang anak buluh rebung yang ditanam dalam perut anak aku. Kalau ada saka, nenek kebayan yang tanam dan jaga. Macam what? Aku tak pergi bertapa kat gunung mana-mana 40 hari kot. Macam mana aku boleh buat macam tu??
Dalam masa seminggu tu, suara ni macam ajar aku cara ambil wuduk dengan betul. Kadang suara ni berzikir ‘Lailahaillallah’ sampai bergoyang-goyang kepala aku.
Aku ingat benda baik kan, so okay jelah walaupun aku takut huhu. Ada satu time tu, suami aku cakap nak bawa aku pergi berubat kat ustaz, then tiba-tiba je aku rasa takut. Tapi aku pelik kenapa aku rasa takut. Kan benda baik kan.
Tapi tak lama pun korang, Allah nak selamatkan aku huhu. Terima kasih ya Allah. Aku dapat keris hari Selasa, hari Ahad suami aku dah bawa aku jumpa ustaz di Darul Syifa. Mungkin laki aku dah pening sikit lagi bini dia nak jadi pendekar mustar haha.
Hari Jumaat minggu dapat keris tu, aku terbangun awal, aku fikir aku nak solat tahajud. Tapi bila aku takbir, aku niat untuk solat taubat.
Pelik, tapi aku teruskan je solat taubat. Aku pelik sebab biasanya aku akan buat solat taubat bila aku rasa aku buat dosa je huhu, jahil kan aku yang dulu. Ampunkan aku ya Allah..
Tapi masa aku sujud tu aku rasa macam aku ni takde dosa, rasa macam angkuh. Setitik air mata pun tak keluar. Aku jadi pelik, kebiasaannya aku akan menagis terutama bila sujud.
Kemudian aku bangun balik nak solat tahajud, tapi bila nk takbir je terus aku rasa nak membuang macam tak tertahan-tahan. Aku cepat-cepat settlekan, ambil wuduk dan sempatkan jugak solat sebelum azan.
Esoknya pun sama, aku terbangun awal, aku pun ingat nak solat tahajud lagi. Tapi aku pelik jugak sebab kuota tahajud aku seminggu sekali je huhu.
Sama macam semalam, aku takbir then solat taubat lagi. Sama masih takde air mata. Bila nak solat tahajud, eh sama jugak rasa nak membuang kawkaw.
Aku settlekan cepat-cepat dan sempatkan solat jugak. Lepas solat aku duduk fikir kenapa jadi macam tu. Aku teringat ceramah arwah Ustaz Suhaimi, kalau badan kita ada jin/syaitan, waktu tahajud akan rasa nak membuang sebab jin/syaitan tak tahan nak solat tahajud.
And then tiba-tiba aku dengar suara tu cakap, memanglah aku lah setan tu, engkaulah bodoh percaya kat aku hehehehehehe dia ketawa macam tu.
Aku jadi takut sangat, terus kejut suami aku. Pagi-pagi kami dah bersiap pergi jumpa ustaz. Aku tak berhenti baca ayat Kursi dan marah suara tu sebab tipu aku huhu. Bila kat tempat ustaz, ustazah lain yang ruqyahkan aku.
Aku nampak bayangan lelaki warna hitam duduk bersilang kaki macam rilek je tak terkesan pun dengan ruqyah tu. Siap cakap, panggil ustaz, ustazah ni baca tak betul.
Aku bagitau kat ustazah. Ustazah terus tegur aku, suruh aku abaikan suara tu, zikir dalam hati ‘Lailahaillallah’ mintak tolong kat Allah. Masa tu aku fikir tak nak guna zikir ‘Lailahaillallah’ tu sebab yelah kan jin tu dah guna dulu haha.
Tapi aku tutup mata, aku zikir jugak ‘Lailahaillallah’ sambil doa ya Allah tolong aku. Terus aku nampak bayangan tu lari lintang pukang. Dan-dan aku muntah segala isi perut aku.
Aku cerita kat ustaz pasal kejadian puteri tu. Ustaz cakap dia tak sure. Dia hanya berpandukan Quran dengan hadis je. Masa ni aku rasa ustaz ni limited je ilmu dia. Ilmu Allah ni kan luas. Banyak je cara nak berubat. Rasa nak tampar diriku yang dulu huhu.
Tapi bila ustaz cakap dalam Quran banyak kali Allah bagitau hanya Dia je yang tahu tentang dunia ghaib.
So manusia biasa macam kita ni memang takkan tahu. Melainkan ada perantara iaitu jin. Kita boleh nampak dan dengar alam lain sebab kita guna deria jin yang dalam badan kita. Aku terdiam terus.
Ustaz pun bagi hadis tentang bende ni. Hadis ni ada dalam buku rawatan ruqyah arwah Tuan Guru Dato Haron Din.
Dari Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,
“Sesiapa yang mendatangi ahli sihir atau Kahin ( seorang yang mendakwa mengetauhi perkara ghaib) atau Arraf (tukang tilik),lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. ”
MasyaAllah.. apa aku dah buat ya Allah.
So dia assumed aku dah salah pergi tempat berubat. Tempat tu pun sama kaedah dengan keluarga ayah aku. Tempat yang guna kaedah perantaraan jin. Aku terus teringat time aku ‘terjadi’ ‘tokmoh’ anak aku tu. Huhu aku tak perlu ‘menurun’ ke bagai.
Oh, macam tula orang yang konon ada ilmu berubat. Jin dalam badan yang beraksi. Subhanallah ya Allah.
Ustaz cakap aku bawa family aku dari tempat A ke B tapi sama je. Aku pun apalagi rasa bersalah, rasa sedih sangat. Rasa berdosa. Sebab aku dah bawak semua family aku kat tempat berubat tu.
Dan paling aku tak percaya orang macam aku yang mengata orang lain syirik dan khurafat, sekarang buat bende yang sama. Terus aku menagis teresak-esak depan ustaz.
Ustaz kata masalah awak ni dulu sikit je tapi dah jadi besar. Sebab ada tanda jin dah masuk dalam badan. Laluan dah terbuka. Tapi semua ni mesti ada hikmah kalau kita dah berdoa tapi masih terjadi. So ustaz pesan, balik ni solat taubat, InsyaAllah awak akan rasa doa-doa tu naik.
Dulu awak doa seorang diri kan, Allah panggil berapa ramai keluarga awak balik ke jalan Allah. Even mak awak yang umur 60 tahun pun Allah panggil balik. Allah ni kalau Dia nak bagi, sekelip mata je Dia bagi.
Walaupun keluarga awak syirikkan Dia berpuluh tahun. Cuma kita je selalu tak yakin dengan kuasa Allah. MasyaAllah aku menagis dengar ustaz cakap macamtu.
So lepas kejadian tu,bermula la aktiviti mingguan aku berubat ruqyah di Darul Syifa. Aku minta maaf kat semua family aku.
Aku cakap aku tak tahu tempat tu macamtu. Kami memang stop terus datang sana dah. Aku paling serba salah dengan mak aku. Mak aku ni ingat keturunan kami dah datang tolong kami.
Tapi Allah Maha Baik, mak aku pun perasan bende ni hanya tipu daya je. Sebelum aku beritahu mak, mak aku dah tanya setan ke ni? Bila aku beritahu mak aku perawat sana sama macam pakcik, mak aku terus istigfar. Tipah tipah tertipu lagi.
Puteri raja lah konon, sekali setan jek rupenya huh! Kantoi sebab aku Allah bangunkan aku tahajud 2 hari, dia tak tahan terus mengaku setan huhu. Terima kasih ya Allah huhu. Tapi masa ni kami tertanya-tanya jin perawat ni ke yang kacau aku.
Adik beradik aku macam kesiankan aku, sebab konon aku nak settlekan masalah saka keluarga, last-last aku yang sakit huhu.
Ayah aku pulak macam padankan muke aku sebab pergi berubat tempat lain bukan kat pakcik aku. Ayah aku kate ‘atok-atok’ takkan buat kami macamni. Tapi aku diam dan serahkan je pada Allah. Hasbunallah wanikmal wakil.
Sejak dah kantoi bende tu setan, minggu pertama tu aku alami gangguan lagi teruk. Selalu dengar suara gelakkan aku. Time solat lagi kuat suara,dan rasa ada bende berat duduk bergerak kat belakang. Siap cakap aku boleh keluar tapi aku ambil anak ko hehe. Aku jadi takut sangat.
Aku jadi anxiety, jadi insomnia, takut nak tidur. Aku bukak surah Al-Baqarah tiap masa. Pukul 2-3 pagi aku akan terjaga. Mata aku terang benderang macam hari siang,walaupun badan aku rasa penat. Nanti aku dengar suara cakap bangunla solat, ko kan suka solat malam sambil ketawa.
Aku takut,zikir-zikir terus tidur balik. Aku jadi takut nak keluar rumah, sebab aku asyik dengar suara-suara bercakap-cakap bila keluar.
Tapi suami aku tak nak aku berterusan macam tu, dia ajak aku keluar buat aktiviti macam biasa. Aku ikut je tapi aku perasan jadi aku jadi anxiety pergi mana-mana. Aku baca ayat Qursi setiap masa.
Disebabkan aku takut, aku solat dengan zikir tak berhenti sampai aku rasa penat, aku fikir macamana aku nak lawan benda ni sebab setan kan boleh hidup sampai kiamat huhu.
Adik ipar aku kata dia pernah sakit macam ni. Dia ajar aku baca surah Al-Fatihah 33x sebelum tidur. So aku buat sampai penat.
Hubungan aku dengan suami dan anak pun macam berkurang sebab aku busy solat dan zikir. Dekat 2 minggu jugak aku hidup macam tu. Aku jadi frust sebab dah baca segala doa, selawat pun macam tak ada effect kat setan ni. Masih dengar dia ketawa,dan benda bergerak dalam badan.
Masa ni aku banyak persoal Allah kenapa uji aku macamni, aku dah doa,niat aku baik nak selamatkan akidah keluarga aku. Aku solat tak tinggal, tahajud pun aku buat, orang lain tak buat.
Kenapa aku yang kena? Adik beradik aku yang lain hidup je macam biasa tapi aku pulak sakit macam ni. Huhu
Sampaila ustaz kat Darul Syifa cakap dekat aku, selama ni awak hidup ada suami dan anak siapa yang bagi? Aku jawab Allah. So kalau awak sakit sekarang, awak rasa siapa yang bagi? Aku terdiam.
Benar, segala yang terjadi semua atas izin Allah. Tapi, awak rasa kenapa Allah yang Maha Baik yang Pengasih Penyayang ni bagi awak sakit? Awak rasa kenapa?
Aku diam dan menangis sebab aku tahu mesti ada sebab benda ni jadi kat aku, cuma diri aku tak kuat nak hadap sekarang. Tapi lepas tu aku tak persoal dah. Aku cuba redha, minta Allah mudahkan untuk aku.
Tapi masa tu korang, tiba aku teringat, 6 tahun lepas aku pernah tanya ustazah kat tempat kerja aku, rumah aku macam ada gangguan. Ustazah bagi aku buku Manzil, suruh aku amalkan, ustazah kata bagus untuk gangguan jin.
Tapi dulu aku tak sakit kan, so aku macam simpan je buku tu kat rak huhu. Aku cepat-cepat cari balik. Masa ni aku menagis, sebab aku tahu Allah tak pernah tinggalkan aku, tapi aku tak sedar. So tiap kali solat aku akan amalkan Manzil ni. Aku perasan suara tu macam dah tak kerap dengar.
Tapi ada satu kejadian, tiba tiba tangan aku bergerak sendiri dan dengar suara cakap dia nak balik ke perawat tu balik. Dia minta maaf sebab ganggu aku. Aku mesej suami, suami kata ikut je.
So aku ikutkan je tangan tu bergerak-gerak konon nk buang segala benda dalam badan aku. Masa ni aku kat rumah mak ayah aku.
Ayah aku start perasan, aku terus masuk bilik, mak aku tengah solat. Masa tangan aku tengah bergerak-gerak konon nak buang segala barang, tiba-tiba aku nampak kilauan kilat kat tingkap luar. Macam nak hujan. Aku rasa takut.
Aku macam tersedar, eh semua ni tipu daya je lagi kot. Aku terus cakap, kalau kau ni jin keluarga aku, kau berhenti sekarang. Dan-dan tangan aku berhenti sendiri dan aku duduk bersila. Tapi korang, cara aku duduk tu sebijik sama macam arwah atuk dan pakcik aku duduk masa dorang berubat.
Posisi yang sama macam aku tengok dari aku kecil. Aku terus marah, dan cakap Allah akan balas apa yang kau buat kat keluarga aku. Kau keluar sekarang dari badan aku, atau kau kene panah petir. Terus aku rasa nak muntah rasa macam tercekik
. Dan -dan pulak ayah aku datang tanya kenapa-kenapa, terus macam terhenti. Aku dengar suara tu cakap ‘Abu Abu tolong aku Abu’. Ish potong pulak ayah aku masa ni.
Tapi masa tu aku dah faham, macam ni lah permainan jin syaitan ni. Dia sama-sama dia berkomplot konon nak membantu, tapi penuh tipu daya. Mentang-mentang kita tak nampak diorang kan.
Yang perawat tu pun aku tak sure sebenarnya dia sedar ke tak dia pun tertipu. Tapi aku dah tak contact dah perawat tu. Untuk kawan aku pulak, aku doa pada Allah, bila masa yang sesuai aku akan jumpa kawan aku tu. Nanti aku cerita.
Aku menagis doa banyak-banyak kat Allah tolong aku. Aku solat taubat setiap masa aku minta ampun sebab tak sengaja tersyirikkan Allah huhu.
Aku dah rasa penat, rasa give up. Aku fikir bila la Allah nak tolong aku ni huhu. Tapi Allah Maha Mendengar doa-doa aku,bila aku suami dan anak kena covid.
Masa tu kena kuarantin 5 hari, suami aku lambat sikit kena covid, so total dekat 2 minggu kami kena kuarantin. Masa ni aku rasa tenang dan makin sembuh. Sebab aku dah tak perlu keluar rumah. Aku dah tak dengar suara ketawa-ketawa. Tak payah pergi rumah mak aku.
Kalau tak, pagi lepas hantar anak aku, aku akan duduk dalam kereta kat taman,baca Manzil, berzikir tak berhenti. Then dari tengahari sampai ke maghrib aku akan duduk rumah adik dan rumah mak. Aku takut duduk seorang kat rumah.
Suami aku balik malam hari-hari. Paling awal pukul 7 keluar ofis. Cuti pun boleh sehari dua je. Rumah mak aku ni pulak macam markas diorang. Aku asyik dengar orang bersembang-sembang ketawakan aku.
Pernah sekali time aku mandi air ruqyah lepas Asar kat rumah mak aku, dengar suara bersembang.
Tiap kali aku angkat gayung nak siram air ruqyah tu aku dengar suara ramai-ramai cakap adududu…sakitnya.. sakitnya.. adui, tulah kau ‘hitam’, memang Allah akan hantar sorang macam ‘dia’ ni dalam satu keturunan. Tulah kau pergi kacau lama-lama buat ape. Aku jadi takut gila.
Aku cepat-cepat habiskan mandi dan baca ayat Kursi banyak-banyak mintak Allah tolong aku. Memang rasa takut dan penat sangat masa tu. Aku fikir sampai bila aku nak hidup macamni huhu.
So bila kena kuarantin lama tu, aku rasa macam dah sembuh sikit. Masa kuarantin ni aku banyak buka TvAlhijrah sebab nak selalu ada bunyi orang mengaji dalam rumah huhu. Tapi masa nilah permulaan aku ber’hijrah’ balik ke Allah.
Baru aku dapat jawapan kenapa Allah uji aku. Sampai sekarang aku masih speechless dengan apa yang terjadi dalam hidup aku. Aku cerita sikit-sikit ye. Kalau tak berat sangat drama ni.
Tolong doakan admin dapat release semua cerita aku Ramadan ni ye, haha. Aku nak post semua episode teruss. Kang ‘geng dia’ dah balik aku jadi malas or banyak benda aku leka nak buat. Until next time. InsyaAllah.
– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit