Cucu Tok Moh III

Untuk part I, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-ii/).

Assalamualaikum korang. Aku sambung cerita mistik aku ye. Semoga admin dapat siarkan confession aku dalam bulan Ramadhan ni. Sebelum shetan dan the geng balik hewhew. 

Okay so bermula sejak aku kuarantin tu, aku dah start bukak Tv Alhijrah. Asalnya nak bukak sebab nak bunyi orang mengaji je. Rupanya bermula dari situlah Allah bukak jalan bagi aku sembuh dengan ilmu. MasyaAllah terima kasih ya Allah huhu. 

Mula-mula aku kena covid tu, adik beradik aku mesej tak dapat buat bacaan Yassin online sebab masing-masing busy. Aku terus merajuk, aku sakit sebab nak betulkan akidah korang yang sesat tu. Bila aku sakit, korang langsung tak nak doakan aku kan?

Hati aku rasa sakit, dan aku fikir nak tinggalkan keluarga pelik ni. Patut aku biar je diorang sesat sampai mati huhu. Aku tak nak balik dah jumpa diorang. Nak putuskan hubungan sampai bila-bila. Aku salahkan ayah dan mak aku jahil kenapa bermain dengan benda-benda ni, kenapa aku kena tanggung. 

Tapi masa tu aku terdengar program Cinta Ilmu. Ustaz tengah discuss dekat tv tajuk “Benci dosa bukan pendosa”. Aku terus tersedar, aku solat taubat, aku menangis minta Allah tolong aku.

Masa ni aku terus teringat kakak sepupu aku Kak Dina. Adakah apa yang Kak Dina lalui dulu sama macam aku sekarang? Dia pun tiba-tiba jadi perawat. Bila dia sakit dia lari tinggalkan keluarga dia. Huhu

Masa ni baru aku faham, sesiapa yang cuba nak lari dari perubatan keluarga aku, jin ni akan cuba buat kami sakit dan tinggalkan keluarga.

Lepas tu mak aku ada cerita masa berubat dulu, “atok-atok’ ni mengaku dia buat kakak sepupu aku tu sakit sampai nampak hantu. Mak aku rasa pelik tapi mak aku diamkan je masa tu. Aku menangis Subhanallah, apa kau dah buat dengan keluarga aku? Keluarga aku porak peranda sebab kau. MasyaAllah. 

Lepas je aku habis solat, kakak aku mesej, diorang dah buat bacaan Yassin untuk aku semua so jangan merajuk, jangan layan bisikan semua tu. Kakak aku hantar screenshot Zoom diorang baca yaasin. Masa aku bukak gambar tu aku cakap sendiri,

Kau tengok ni, ni keluarga aku ni dah buat baca Yassin untuk aku. Kau apa tau, kau kan setan. Kau dengar sini ye. Aku takkan tinggalkan walau seorang keluarga aku untuk bawak dorang balik jalan Allah. Aku akan selalu doakan sampai aku mati. Allah akan balas balik apa yang kau pernah buat kat keluarga aku. Hermph!

Dari situ aku start follow program dalam Tv Alhijrah tu. Antara yang terawal aku ingat Ustaz Roslan cakap pasal niat. Apa-apa amalan bergantung dengan niat. So sejak tu apa-apa doa aku baca aku niat untuk apa. Dan aku nampak macam doa-doa tu menjadi.

Contoh dulu dah baca ayat Qursi sebelum tidur pun aku masih mimpi hantu. Jadi aku niat sambil baca ayat Qursi niat minta Allah lindungi aku dan sembuhkan aku. Terus takde mimpi dah. Okay wow. 

Masa aku down dan tak yakin masa kuarantin tu, aku banyak terbaca atau dengar hadis berkenaan how powerful Allah is. Antara kisah yang aku ingat, Ustaz Farid Ravi ada cerita pasal kejadian malaikat Jibril.

Satu sayap Jibril boleh tutup dari timur ke barat. Tapi Jibril ni ada 600 sayap. Subhanallah. So macamana pulak kejadian Allah yang menciptakan malaikat Jibril tu, mesti lagi puluh juta amazing kan. Masa ni aku macam MasyaAllah. 

Ada juga aku terdengar tafsir ayat Quran, tiada satu daun yang gugur di dunia ini yang Allah tak tahu. Pergh banyak kot daun kecik-kecik tu. Kat hutan Amazon tu cemana banyak tu?? Allahuakbar. 

Sikit-sikit dari situ aku mula bertambah yakin dengan keagungan Allah. Aku fikir kalau aku ada Allah yang power macamni buat apa aku nak takut kan?Selama ni aku sangka aku yakin je, tapi bila ada masalah, rasa doa tak makbul aku dah start questioned macam-macam dekat Allah huhuhu. Astagfirullah hal adzim. 

Satu lagi kisah yang buat aku terkedu, kisah ketika kiamat. Selepas semua makhluk dimatikan, tinggal Allah dan malaikat maut. Allah arahkan malaikat maut untuk cabut nyawanya sendiri.

Lepas malaikat maut dah mati, masa ni Allah berdiri sendiri dengan kekuasaan-Nya lalu Allah bertanya “Siapakah yang berkuasa pada hari ini”. Hanya Allah sahaja yang berkuasa pada hari pembalasan macam yang kita baca dalam surah Al-Fatihah hari-hari. 

MasyaAllah aku yang dengar ustaz cakap terus rasa menggeletar. Aku tertanya masa ni kenapa bila umur macam ni baru aku tahu semua ni. Macam tak pernah dengar. Aku rasa malu rasa sedih sangat. 

Masa kuarantin tu jugak aku ternampak ceramah live UAI lalu kat facebook. Aku pun tekan nak dengar dengan suami aku. Masa tu aku tiba-tiba sebak. Aku tanya suami aku, macam dah lama kita tak dengar ceramah macam ni kan. Suami aku diam dan angguk. 

Aku ingat dulu masa kami mula-mula kahwin, ada juga pergi ceramah kat masjid. Tapi sejak kami dapat anak, aku dah tak pergi ceramah, suami aku pun dah tak pergi masjid, sebab aku merajuk dia tinggalkan aku penat jaga anak. Jadi kami selalu berjemaah kat rumah je huhu. Itupun aku banyak excuse nak solat sendiri sebab nak jaga anak. 

Dalam ceramah tu aku dengar ustaz cakap tempat terbaik kat dunia ni adalah Masjid. Tempat terburuk adalah pasar. Aku pernah terbaca pasar moden sekarang macam mall lah. Aku macam fikir, dulu aku suka sangat pergi mall huhu. Tiap kali cuti je mesti nak ke mall. Ya Allah. 

Habis je kuarantin, aku cakap dengan suami nak pergi masjid waktu Maghrib. Masa aku pergi tu aku rasa seronok dan tenang sangat. Jadi kami plan nak pergi subuh esok jugak. Tapi masa tu suami aku cakap anak aku nanti mengantuk macamana.

Aku cakap takpe, nanti aku solat hujung, sebab tak ramai orang pun. Masa waktu maghrib tu, perempuan ada satu saf je. So aku fikir kalau subuh mesti lagi sikit dari tu kan. 

Tapi masa tu gais, Allah nak tunjuk kat aku, kenapa Allah nak uji aku. Kami pergi subuh masa tu betul-betul lepas azan. Yelah first time kan kelam kabut bangun, tapi fikir sempat je kot. Tapi nak masuk je kat perkarangan masjid, penuh kereta masuk kat parking, macam ada pesta dalam masjid tu. Padahal waktu subuh. 

Masa ni belum viral #gengsubuhmacamJumaat tu. Kereta parking kat tepi-tepi sebab dah penuh. Kami dua terdiam. Suami turunkan aku je. Dia cari parking. Aku masuk je tempat solat perempuan tu aku terkejut. Punyalah ramai. Aku sempat masuk di saf keempat ye. 

Start dari solat tu aku dapat tangkap mesej Allah nak bagi kat aku. Dari awal solat sampai habis solat subuh aku menagis teresak-esak. Aku masih ingat lagi perasaan aku masa tu sampai sekarang. Aku rasa malu dekat Allah.

Ya Allah sebab ini kah yang Engkau uji aku? Mana aku pergi selama ni? kenapa aku tak de di kalangan orang-orang ni? Aku membesar kat tempat ni lebih kurang 30 tahun, tapi tak de suatu subuh pun aku pernah datang. MasyaAllah. 

Aku sibuk tak tahu dengan apa sampai aku tak datang masjid even nak solat berjemaah satu waktu pun. Masa ni aku rasa betul-betul malu dan sebak. Nasib baik masa tu covid, so semua jemaah wajib pakai mask. So orang tak perasan.

Hanya makcik kat sebelah aku je yang macam pegang tangan aku angguk-angguk. Start hari tu lah bermula rutin aku start pergi ke masjid setiap Maghrib berdua dengan anak. 

Aku akan stay sampai waktu Isyak sebab nak dengar kuliah Maghrib. Suami aku balik lambat, so tak sempat nak ke masjid. Aku tau nurtizen mesti nak cakap perempuan lebih afdal solat kat rumah kan, tapi aku pergi sebab nak dengar ceramah sekali. So ustaz cakap boleh je. Haa. . okay sambung. 

Waktu siang pulak aku akan buka ceramah-ceramah agama yang lama aku tinggalkan. Time mandi pun aku bukak weh. Kadang berlawan-lawan nak dengar mana satu. Kat tv ada, kat phone ada live ustaz macam-macam. MasyaAllah, dulu aku tak pernah kisah pun nak dengar ke tidak. Lalai lalai dan lalai huhu. 

Ada sekali ceramah Ustaz Wadi, ustaz cakap dunia ni tempat ujian je. Tempat untuk test keimanan kita terhadap Allah. Macam nak naik pangkat,kene amik test dulu, makin tinggi pangkat makin susah test tu. 

Even tercucuk duri sikit pun Allah nak tengok macamana kita response dengan ujian tu. Jika kita redha, Allah ampunkan dosa, naikkan maqam kita di akhirat kelak asbab ujian-ujian ni.

Yelah solat tak banyak, baca Quran pun ala-ala lepas tekak, zikir pun takde so Allah bagi ujian supaya Allah dapat bagi pahala dan naikkan darjat huhu. Baikkan Allah. huhu. Ceramah macam ni sedikit sebanyak merawat hati aku. MasyaAllah. 

Sikit sikit dari ceramah semua aku dapat tahu betapa jauhnya aku dengan Allah selama ni. Aku je perasan aku dah cukup dengan amalan aku. Selama 30 tahun aku solat, tapi aku tak pernah tahu makna bacaan Al-Fatihah, makna bacaan solat apetah lagi. Pernah baca sekali dua, pastu aku lupa. 

Aku tak pernah ada amalan zikir selama hidup. Ape tu penghulu zikir, maksud setiap zikir pun aku tak tahu. Doa-doa lepas solat pun aku tak tahu.

Aku baca Quran tapi tajwid semua tunggang langgang. Apatah lagi makhraj. Ayat mahkraj tu pun aku baru dengar sejak datang masjid huhu. Hadis-hadis ustaz baca dalam kuliah pun aku macam baru first time dengar huhu. 

Hidup aku dulu busy dengan business, ada cuti sikit plan untuk travel sana-sini, konon nak ikut sunnah. Sibuk cari duit kumpul emas, nak beli rumah untuk masa tua. Padahal aku tak tahu aku sempat hidup ke tak.

Amalan untuk selamatkan aku dari azab kubur pun aku tak pernah terfikir. Apetah lagi masa kat Mashyar, time timbang, time lalu kat titian sirat. Aku macam terhantuk kepala tersedar macamtu. Subhanallah. 

Dulu banyak habiskan masa layan fb, tengok kdrama berejam. Tak de masa nak pergi masjid, cari majlis ilmu huhu. Sejak tu tiap malam aku bangun solat taubat, aku minta ampun pada Allah. Aku tak pernah tinggal dah solat malam sampai sekarang. Doakan aku istiqamah sampai aku mati ye korang huhu. 

Aku pun banyak dengar hadis tak sempurna iman seseorang, jika dia tak mengasihi saudara nya macam dia kasih dengan dirinya sendiri. Ustaz cakap macam ko rasa kubur masing-masing. Hal kau, hal aku. Masa tu aku dapat relate dengan diri aku yang dulu.

Aku fikir hidup aku lebih baik daripada adik beradik aku yang lain. Secara tak sedar aku riak dengan amalan aku lagi banyak dari mereka. Teresak-esak aku lepas dengar hadis ni. 

Masa ni aku benar-benar faham kenapa Allah uji aku dan apa maksud beriman di jalan yang ‘lurus’ . Sebab tu Allah fardhukan baca surah Al-Fatihah setiap kali solat untuk kita selalu doa untuk berada di jalan yang lurus.

Walaupun jauh kita ‘tersasar’ asbab doa kita tak sengaja dalam surah Al-Fatihah tu yang bawa kita balik ke jalan yang lurus. MasyaAllah. 

Gangguan yang aku alami pun macam ada perubahan drastik, aku dah start boleh tidur malam, dah boleh stay seorang diri kat rumah. Tapi kadang-kadang aku masih dengar jugak suara dan nampak antu tapi kabur dan jarang dah. 

Keluarga aku yang porak peranda tu slowly berubah. Kami dah consistent buat bacaan Yassin online keluarga tiap minggu, now dekat 2 tahun dah, alhamdullilah.

Kami baca niat untuk doakan setiap ahli keluarga kami, ayah abang kami, pak cik, mak cik cousin-cousin kami balik ke jalan Allah. Dan sedekah bacaan untuk arwah keluarga kami, terutama arwah atuk supaya Allah ampunkan dosa-dosa keluarga kami atas kejahilan kami, huhuhu. 

Ustaz ada cakap setiap ujian itu sebenarnya rahmat. Bayangkan arwah atuk aku dah meninggal dekat 20 tahun, tapi tiba-tiba Allah hadirkan seorang waris dia tersedar perkara ni dan buat bacaan Yassin untuk doakan dia kat alam barzakh. 

Orang yang tak beramal soleh masa hidup kat dunia dulu, umpama orang yang kelemasan dan dia sentiasa menanti doa-doa daripada anak atau orang-orang Islam yang lain. Itupun rahmat Allah bagi kan?

Sebab Allah tahu, zaman dulu tak banyak ustaz yang share tentang perubatan ikut syariat berbanding sekarang. So kasih dan rahmat Allah tu sentiasa ada walaupun kita dah mati. MasyaAllah aku tersedu bila ustaz cakap macam tu. Terima kasih ya Allah. 

The best thing kan,aku rasa macam baru dua bulan macamtu je kami pulang balik ke jalan Allah, kakak aku yang 8 tahun menanti, akhirnya mengandung.

Abang aku yang selama ni jadi biawak hidup selama 8 tahun tu boleh keluar pergi kerja. Dulu macam-macam alasan bila suruh pergi kerja. Tiba-tiba je kata nak pergi kerja, siap dia bayarkan bil-bil rumah mak aku. 

Adik aku yg OKU tu, lima tahun duduk rumah, dapat offer bekerja kat universiti lama dia. Dekan dia tolong. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku macamana. Macam miracle je.

Benar apa yang disebut dalam hadis, bila selangkah kita balik ke jalan Allah, seribu langkah Allah datang ke kita. MasyaAllah Ujian Allah bagi kat aku ni macam blessing in disguise. Hikmah nya terlampau besar dari sakit yang aku terima. 

Setahun lepas aku sakit, mak dan adik aku pun dah kumpul segala wafak, tangkal, minyak-minyak, kayu pelindunglah, kain kibas yang dapat hasil berubat dulu. Dah rendam, bakar, dan buang kat pantai.

Sayu betul aku masa ni, tak pernah terlintas ada hari yang macamni aku saksikan mak aku buang segala tangkal yang dia pakai dari aku kecik huhu. Alhamdullilah. 

Tapi mula-mula mak aku tak nak, sebab takut jadi nasib buruk(anak aku cacat dalam kandungan) macam yang pernah jadi kat aku masa suami aku buang pouch hitam tu dulu.

Aku ceramah kat mak aku baik dan buruk semua dari Allah. Jin tu langsung takde kuasa. Kalau kita doa minta Allah lindung mesti kita selamat. Tapi mak aku masih tak yakin. 

Kebetulan pulak adik perempuan aku je yang masih simpan minyak pakcik aku bagi. Tu pun dia jumpa sebab nak pindah. Dia pergi buang dengan suami dia kat sungai. Aku suruh dia buang sebab aku perasan anak dia selalu sakit je keluar masuk hospital. Lepas adik aku buang baru mak aku berani. Huhu Nampak, cantik kan aturan Allah. 

Mak aku bawa semua barang tu tunjuk kat ustaz. Terkejut ustaz tengok banyak betul dah macam level ulamak dah ni barang-barangnya haha.

Ustaz cakap kalau Tuan Guru Haron Din datang rumah untuk pagar, dia akan balik kalau nampak even satu helai kain gantung dengan niat sebagai pelindung huhu. Ini kan pulak selambak macam ni MasyaAllah. 

Ada la ustaz buka satu tangkal, nak tengok ada apa, masa ustaz hiris dengan pisau, dengar macam benda berlari ke belakang. Kami terkejut tapi ustaz rilek je cakap alah biasalah tu.

Dalam tu ada kertas tulisan tangan ayat Qursi, dan beberapa ayat. Ustaz kata walaupun ayat Quran tapi niat untuk jadi pelindung/tangkal pun dah salah. Patut jadi amalan je.

Tapi yelah setan kan, kalau die bubuh bende lain nanti orang tau dia setan, so dia ajar guna ayat Quran tapi niat salah. Settle. 

Masa aku tengok kertas tu aku tahu tu tulisan arwah atuk aku. Tulisan jawi orang lama. Aku jadi sedih sangat. Kenapa kau tipu atuk aku. Tengok apa dah jadi dengan keluarga kami . Aku tahu niat arwah atuk, ayah, pakcik aku ni baik, tapi kami jahil sampai tertipu dengan setan tu MasyaAllah. Ampunlah kejahilan kami ya Allah. huhu

So kalau korang ada barang-barang khurafat macamni jangan ingat takde benda yang duduk sekali ya. Even tali yang ikat tangan baby tu pun ada ‘benda’ yang duduk. Bila benda-benda macamni duduk dalam rumah, malaikat rahmat takkan masuk.

Itulah faktor rasa liat nak solat, anak-anak degil, cepat marah, suami isteri asyik bergaduh etc. Kalau ada cepat-cepat buang okay. Baca ta’awuz dan buang. Jangan lupa solat taubat okay. 

So,kami buat semua ni diam-diam tanpa ayah aku tahu. Abang aku kena paksa dengan mak aku rendam keris dan tangkal dia dalam air rendaman ruqyah. Abang aku tak reda tapi mak aku guna kuasa veto sebagai mak. Huhu.

Mak aku cakap mama ni kena selamat kan kau. Aku tak nak kau sesat nanti aku nak menjawab depan Allah macamana huhu. Mama tahu mama silap tapi mama dah tak nak kau berubat dah, dan kau bertaubat. 

Sedih masa ni weh. Siapa sangka mak aku yang obsessed dulu dengan bende syirik ni dah bertukar 360 darjah. Benar Allah malu sekiranya hamba-Nya angkat tangan berdoa, dan tak perkenan kan doa kita Masyallah. Terima kasih ya Allah. 

Korang jangan kecam ayah dan abang aku okay. Aku tahu ayah aku susah nak percaya kami sebab ilmu tu dari arwah ayah dia. Adik dia pulak yang warisi ilmu ni.

Masa aku makin faham apa yang jin ni dah buat kat keluarga aku ni, banyak kali aku rasa nak confront ayah aku. Tapi aku doa banyak-banyak dekat Allah tolong aku buat yang terbaik. 

Bila aku depan ayah aku tibe-tibe rasa mulut aku macam kena gam. Walaupun masa tu aku boleh je sekolahkan ayah aku. Sampai aku terbaca hadis tentang berbuat baik dengan ibubapa. Jadi aku serahkan pada Allah je huhu. 

Tak lama pun weh, lepas mak aku buang segala tangkal tu,ayah aku slowly start pergi ke surau waktu Maghrib sampai Isyak.

Orang surau tu pun terkejut dia datang. Mesti diorang cakap datang jugak orang tua ni haha slowly aku tengok dia tambah amalan dia. Aku dah nampak tasbih, tafsir Quran tepi meja dia. Tapi dia masih percaya ‘atok-atok’ tu. 

Cuma aku rasa dia slowly tersedar sebab tengok anak-anak dia berubah lepas kami stop pergi berubat. Dah takde accident. Kakak aku pulak pregnant no 2 pulak sekarang ni. Sekejap je Allah bagi.

Mintak dekat Allah je sebab Allah je yang boleh bagi, bukan wali tipu tu, or perawat hebat ke ape. Konon dah sembuh,tapi ada je cerita wayang dia nak buat. Tu jadi berubat bertahun-tahun tak settle2. 

Abang aku pulak sebab dia selalu ikut pakcik aku berubat orang. Dan dia pun ada cita-cita nak mewarisi ilmu ni. Dia kata banyak petunjuk dia nampak ‘atok-atok’ ni betul wali jin. Nampak orang berjubah putih la ape. Betulkan dalam hadis, dosa adalah akibat daripada kejahilan ilmu huhu. Tapi takpe slowly kami tak henti doa. 

Setahun lepas aku sakit,dia sendiri request kat wife dia nak tahu cerita macamana aku sakit. Masa tu bulan Ramadhan tahun lepas. Aku mintak kakak aku teman jumpa dekat luar sebab aku tak nak ayah aku terasa. Aku risau, sebab pernah ada history berbahas dengan abang aku dulu dan end up tak elok. 

On the way tu aku doa banyak-banyak Allah tolong aku. Tapi masa tu tiba-tiba aku nampak bayangan rumah buruk, aku macam masuk nampak ada satu mentol je berkelip dalam bilik. Aku macam terkejut rumah siapa ni? Aku macam tau tu rumah pak cik aku. 

Then tiba-tiba aku masuk rumah lain, aku tengok rumah ni ada satu bilik je ada lampu bercahaya, aku macam tahu tu rumah ayah aku. Aku terus kata nak tengok rumah abang aku. Tapi aku terkejut korang. Rumah abang aku bercahaya penuh sampai silau mata aku. Aku tersedar. Kenapa rumah abang aku macamtu?

Actually abang aku ni hafiz Quran. Tapi jenis tak beramal sebab dia kata mak aku paksa dia jadi hafiz. Kami sangka bertahun dia jadi biawak hidup ni dia tinggalkan hafalan dia. Tapi wife dia cakap kadang-kadang nampak dia baca sendiri huhu. MasyaAllah. 

Masa ni aku teringat masa awal-awal aku sakit, bila aku tengok abang aku, aku rasa macam abang aku ni kuli aku je, macam orang suruhan, aku rasa menyampah. Aku pernah dengar pakcik aku kata abang aku ni tak sesuai nak warisi ilmu ni. 

Terus aku cakap sendiri, kau sebenarnya tak dapat masuk badan abang aku kan sebab kau tak tahan dengan badan dia kan. Hah padan muka kau. Aku cerita kat abang aku, walaupun mula-mula dia tak boleh terima.

Tapi bila kakak persoal wali mana ada ajar pakai tangkal semua, wali duduk kat masjid ajar hadis Quran semua. Terus abang aku terdiam. 

Tapi conversation tu terhenti sampai situ je. Namun begitu, lepas conversation malam tu,kakak ipar aku bagitau abang aku macam dah tak pergi berubat. Kami anggap takpe asalkan dia dah dapat berfikir sendiri. InsyaAllah slowly Allah akan bantu kami. InsyaAllah aku yakin doa kami semua slowly Allah makbulkan. 

And then bila aku sakit ni, banyak persoalan yang berlaku dalam keluarga aku terjawab. Aku pernah tertanya kenapa ayah, pakcik and adik beradik lelaki aku asyik accident je dulu kan. Pastu mesti effect kaki. Makcik aku pun asyik mengadu kaki dia selalu terpeleot macam tu.

Masa lepas pkp pun aku pernah jatuh depan lif macam tu jek terkoyak ligament sikit, aku kena duduk kerusi roda dekat 3 bulan. Huhu. Memangla sebab aku main hp sambil jalan tapi dekat 7 tahun aku duduk situ tak pernah pulak jatuh camtu haha. 

Tapi aku akan dapat jawapan tu selalu masa tahajud. Macam, masa nak solat, aku nak ambil wuduk aku terfikir kan, dan dan aku dengar suara. Aku lah yang buat, aku tak boleh korang sujud doa dekat Allah. Aku macam what?

Hah padan muka kau kan. Sebab walaupun kaki ayah aku dah bengkok, adik aku dah OKU tapi dorang usahakan jugak nak solat berdiri, tak nak pakai kerusi. Senget pun senget lah. 

Kes aku pulak sebab masa tu aku dah start bangun tahajud untuk doakan keluarga aku. Masa sujud dulu aku pernah dengar nafas dekat sangat dengan telinga aku. Aku jadi takut, so aku macam kurangkan solat malam tu. Ceh rupanya ada pengacau.

So aku cakap walau apa pun kau buat Allah selalu ada untuk keluarga aku kan. Hehe aku ketawa dan-dan aku rasa frust tapi bukan aku yang frust tu hehe. 

Satu lagi story bila kakak aku announced dia pregnant. Kami semua macam so happy for her la kan. Masa tu tengah kenduri saudara aku. Makcik aku pun bagi tahu kakak saudara dan cousin aku pun pregnant juga. Plus kakak sepupu aku tu dah 43 tahun tiba pregnant anak no 2.

Kami macam eh pelik pulak kami mengandung serentak. Dulu macam bergilir, bila sorang ni pregnant, sorang lagi keguguran. Kami tak pernah mengandung sesama cousin. Dengan menantu luar je. 

Dan-dan je aku dengar suara, yelah aku tak de masa nak makan telur,aku sibuk gaduh dengan kau. Kah!terus aku cakap padan muka je. Tapi masa tu aku rasa sayu, besar ujian untuk keluarga aku ni huhu. Inilah hasil kejahilan sendiri. Hasbunallah wanikmal wakil huhu. 

Walaupun ustaz pesan kalau jin ni bercakap 10, 20 jangan percaya. Tapi bila aku dengar suara cakap macamni, aku lekehkan je balik & aku serah pada Allah. Benar atau tak, aku tak tahu. Tapi aku selalu doakan Allah bantu aku untuk bezakan antara hak dan batil. 

Dan disebabkan ilmu-ilmu yang Allah bagi ni, aku dapat faham dunia jin ni macam mana dan aku relate dengan apa aku alami dari aku kecil. Sorrylah kalau aku terjadi ustazah pula dalam episode ni huhu. InsyaAllah nanti aku sambung apa yang aku faham okay.

And last 10 malam terakhir ni, aku nak minta korang doakan keluarga aku boleh? Mana tahu doa-doa tu makbul kan. Aamiin InsyaAllah. Selamat berpuasa semua! Moga sempat herher!

– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *