Cucu Tok Moh IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/cucu-tok-moh-iii/).

Assalamualaikum korang, aku nak sambung kisah mistik aku. Sorry aku terus je cerita je ye sebab nak sempatkan dalam Ramadhan haha. Kali ni aku nak share apa yang aku faham tentang dunia jin ni berdasarkan hadis dan ayat Quran yang aku dengar kat tv, radio IKIM, kat kuliah agama. Dan aku boleh relate dengan apa yang aku alami dari aku kecik.

Untuk episode ni kan, kalau korang pernah ada history gangguan ke, sihir ke, ada penyakit anxiety ke, korang baca ta’awuz masa baca cerita ni okay. Auzubillahi minas syaiton nirrojim. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam Amin.

Sebab orang-orang ni akan jadi tak selesa bila aku cerita topik ni. Sebab macam korang baca cerita ni dengan ‘member’ sekali haha. Tapi jangan takut okay. InsyaAllah yakin Allah lindung kita.

Okay so lepas aku dah ber’hijrah’. Aku dah start belajar tafsir Quran, hire personal ustazah untuk betulkan tajwid & belajar makhraj. Ada satu hari, aku terbaca surah Ad-Dzariyat. ‘Tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepada Ku’.

Masa tu terus aku cakap. Ohh, kau pun kene beribadah macam aku?? Tapi ape pasal ko kacau aku hah? Ajar keluarga aku buat bende-bende khurafat. Kau tak takut ke dengan Allah hah? Masa ni dengar suara cakap “tak”… Macamtu, tapi hujung ayat tu aku rasa takut. Tapi aku tahu bukan aku yang takut.

Aku rasa sejak tulah aku jadi berani sikit. Bila dengar suara je aku akan tanya soalan tu. Dan jawapan tu macam tulah, jawab dengan rasa takut, atau langsung tak dengar suara dah.

Ceramah Ustaz Wadi pun ada cerita tentang hari Kiamat, jin dan manusia akan kena hisab. Masa tu aku rasa diri aku baru tahu benda tu. Umpama jin dalam badan aku baru tahu haha. Aku pun cakap oh kau pun kena hisab. Kena diri kat Padang Mahsyar nanti. Kau memang nak masuk neraka kan, bertaubat ler, jangan perasan kau hebat. Rugi la kau ikut Iblis tu.

Banyak jugak ilmu-ilmu dari ceramah buat aku faham kejadian jin ni. Semua ni Allah dah bagitau dalam Quran.Rupanya jin dan syaitan tu spesis sama macam Iblis, keturunan jin (surah Al-Baqarah). Jin ni ada yang beriman dan tidak. Macam kita jugak.Term kita kat Malaysia ni macam bunian, pocong, kak ponti, toyol tu semua bangsa jin lah.

Tapi jin yang jahat dan hasut manusia tu biasanya anak hasil Iblis dan jin perempuan. Contoh yang kita belajar pasal syaitan Dasim untuk porak peranda kan rumahtangga. Ummu sibyan yang kacau baby macamtu.

Syaitan ni hanyalah term je, contoh term ‘doktor’ macamtu. Term syaitan tu hanya untuk makhluk yang hasut untuk jauh dari Allah. Sebab syaitan ni ada di kalangan jin dan manusia (surah Al-Baqarah). Dan bila syaitan dari spesis manusia ni lagi jahat.Tengok kisah Firaun and isnot real yang ada kat Gaza tu pun korang dah boleh relate kan.

Pernah sekali awal-awal tu aku bukak ceramah pasal Dajjal. Aku dengar suara cakap Oh, my idol! Dah nama pun setan kan memangla idol die Dajjal kan lol. Bagus ler kau mengikut Dajjal masuk neraka sekali. Bila ustaz cerita Dajjal akan kalah kena bunuh dengan Nabi Isa nanti, aku rasa macam offended. Macam tertanya. Aku fikir masa tu eh ko ni pun tak tau ke. Bukan ke kau tahu semua kan??

Dan lagi satu korang, ibrah dari kisah Nabi Sulaiman yang paling besar adalah sebab Allah nak tunjuk kejadian jin ni dan apa kelebihan yang diorang ada. Sebab diorang kan duduk alam ghaib, kita tak boleh nampak dia, tapi diorang boleh nampak kita.

And kan aku pernah tertanya macamana ‘bende’ ni boleh baca fikiran kita? Actually, ustaz kata dia tak boleh baca pun. Sebab dalam Quran Allah bagitahu hanya dia je tahu apa yang di dalam hati setiap manusia. Even malaikat pun tak tahu.

So bende ni tahu dari Qarin, atau jin yang sedang merasuk dalam badan. Atau senang cerita, dorang duduk je sekeliling korang dengar ape korang borak. Nanti masa berubat dia pass info kat jin dalam badan tokmoh tu haa.

Kalau kita boleh nampak diorang, agaknya dah perambat dengan penyapu ja kalau masuk rumah kan huhu. Ustaz kata itulah ujian untuk kita dan jugak golongan jin. Sebab tu dalam Quran Allah dah sebut golongan jin ni paling banyak yang menyesatkan manusia sebab terpedaya dengan kelebihan Allah bagi.

And aku teringat masa aku awal-awal aku sakit, time aku tengah confuse jin mana yang buat aku tu. Aku nampak diri aku masuk rumah arwah atuk, macam banyak sangat antu, tiber aku terlanggar orang, aku tengok eh kak ponti. Kak ponti tu pun macam marah aku terlanggar dia haha. Tapi aku terus jalan nak masuk dalam bilik berubat.

Dari celah pintu tu aku nampak arwah atuk aku tengah berubat, belakang penuh bentuk antu terjelir-jelir lidah dari lantai sampai ke siling bilik. MasyaAllah apa yang telah kami lakukan ya Allah.

Aku terus terkejut, aku fikir inikah scene yang selalu ada dalam rumah arwah atuk aku ni dulu huhu Subhallah. Wali konon. Setan je rupanya MasyaAllah. So korang bila berjumpa dengan perawat yang macam ni, jangan ingat ade korang je dengan perawat tu ye. Penuh ‘member’ dalam tu nak support syirikkan Allah. Astagfirullah hal adzim.

Dan kelebihan yang lain, diorang boleh terbang, boleh bertukar rupa, boleh possess manusia ikut dalam darah, semua ni ada dalam hadis. Manusia tak dikurniakan kelebihan ni. So kalau korang dengar ada perawat boleh tengok dunia ghaib, or orang yang hijab terbuka ke.. itu bukan satu kelebihan ye huhu.

Tu tanda ada jin dalam badan. Dan korang guna deria mata, telinga jin tu untuk tengok dunia dorang. Dunia ghaib yang Allah cipta. Cepat-cepat angkat beg dan lari tau, 40 hari solat tak diterima weh even ko niat saje-saje nak teman. Takut terpecaya dengan tipudaya tu nanti. Huhu.

Kalau korang tak sure perawat tu ustaz jadian ke ape, korang suruh perawat baca ayat Qursi sampai habis, kalau tak tersekat tu okay lah haha. Tok tok sebelum merawat tok baca ayat Qursi dengan saya okay ha camtu.

Tapi walau hebat dan kuat pun mereka masih tak dapat tandingi kejadian manusia, sebaik-baik ciptaan Allah kerana kita dikurnia kan akal dan ilmu.Itulah buat iblis jeles dengan Nabi Adam.

Sebab tu diorang duduk kat laut, hutan, bukit bukau, rumah kosong. Diorang takde ilmu macam manusia nak bina rumah, bangunan, kereta etc. Tapi some of them boleh terbang kan watpe kereta haha. Ok melawak jap.

Tapi pernah je kan kita terbaca ada orang nampak jin ni ada teknologi canggih la, mahligai besar la kat alam bunian. Samada jin tu gebang sendiri atau pun itulah salah satu kelebihan jin boleh buat bayangan palsu.

Aku pernah terbaca kisah lelaki yang berguru dengan ulama. Tiba-tiba dia kata ada wali datang dalam mimpi suruh dia asingkan diri beribadah kat satu taman ni. Taman ni cantik sangat. Tuan guru dia sedar dan tanya dia pergi mana. Dia bagi tahu kejadian tu.

Tuan guru dia ajar baca beberapa surah masa dia kat taman tu nanti, tapi aku tak ingat surah apa, aku cari balik pun dah takde. Okay so dia baca dan tiba-tiba taman yang cantik tu bertukar jadi tempat sampah. Haaa cmtu.

Aku pun teringat adik aku pernah cerita masa tepung tawar rumah baru mak aku dulu, pernah terkeluar bayangan Allah dan Muhammad kat dinding rumah di sebalik titisan tepung tu. Itu yang membuatkan keluarga aku yakin benda yang jaga kami ni benda baik huhu. Padahal dia gula-gulakan kami adalah adoi.

Pastu korang cubalah baca kisah berkaitan Nabi Sulaiman dalam Quran.Korang akan baca kisah pembantu Nabi Sulaiman (manusia biasa) ni hanya doa je, tapi jin ni kena terbang amik castle Puteri Balqis tu. Serius, korang bacalah tafsir surah tu okay.

Baru tahu korang sebagai manusia ni power tau. Tak payah mintak tolong pun dengan jin tu. Tadah tangan doa je sungguh-sungguh dalam hati. Yakin Allah makbulkan doa. InsyaAllah korang akan rasa doa tu makbul.

Kalau korang bukan ulamak amik masa sikitlah doa nak naik sebab dosa-dosa kita kan huhu.Tapi memang aku selalu dengar suara cakap jangan doa-jangan doa macamtu. Tak tahu pulak power camtu sekali kan.

Bila ada ilmu macamni, aku dah tak jadi takut. Bila aku dengar suara je, aku akan balas balik. Awal-awal tu aku takut suara tu lekeh-lekehkan aku. Sekarang aku dah pandai jawab pastu terus baca doa, haha. Korang boleh marah tapi cepat-cepat baca doa sebab ada dalam hadis cakap kalau kita marah jin tu boleh jadi sebesar gunung, tapi kalau baca doa guna nama Allah dia jadi sekecil nyamuk.

Kadang aku dengar suara cakap ko buat semua ni (solat, zikir)sebab kau takut aku kan? Aku balas la jangan perasan, orang bodo je buat sebab kau. Bukan dapat ape pun.Kadang ada jugak aku dengar suara kata nak bunuh aku, nanti keluarga dia datang bunuh aku, or buat aku gila la sebab aku punca semua ni. Konon macam nak buat aku accident la bagai.

Mula-mula aku takutlah, lama-lama aku jadi berani sebab aku perasan macam takde ape jadi kat aku pun.
Aku akan balas okay buat jelah kalau kau boleh hehe.

Tapi aku nak bagitau ye. Kalau aku mati bukan sebab kau yang buat, tapi sebab Allah izinkan benda tu terjadi, kau ingat semua kau buat kat keluarga aku tu sebab kau terror? Tolong sikit kau pun sama macam aku takde kuasa. Tak sedar diri. Terus aku baca taawuz nampak la imej lari lintang pukang.

Kadang bila aku solat, macam macam bayangan hantu datang macam marah kat aku. Aku pun tak sure samada diorang boleh masuk beramai-ramai ke ape kan. Tapi bila aku rasa nak tercekik atau badan berat masa solat tu aku suruh stay tunggu sampai tahiyat akhir sebab aku nak islamkan dorang.

Aku cakap bertaubat, takut dengan Allah. Kadang dengar suara taknak macam nak nagis macamtu, macam terkejut, tapi aku abaikan je. Bila baca tahiyat akhir, aku baca syahadah sambil tunggu suara tu ikut, ada yang taknak, tapi aku baca jugak then dia follow. Tapi aku rasa hati tak rela la haha. Itulah kan macam pelik, tapi aku serah pada Allah je lindungi aku.

Lepas tu aku tertengok video kat reels, dekat negara Arab, dia ruqyahkan perempuan yang kena rasuk, then suruh masuk Islam. Tapi jin tu cakap tak nak sebab nanti diorang ada macam cahaya putih ikut diorang. So nanti geng diorang tau diorang dah betray geng. Susah nak naik pangkat. Subhanallah kan banyak sangat rahsia alam diorang. Kalau fikir boleh gila, itulah hikmah dia ghaib.

Aku sakit ni lebih kurang dekat 2 tahun lebih. Selama 2 tahun tu Allah tunjukkan aku macam-macam keajaiban & kekuasaan Allah. Disebabkan aku sakit ni, hijab aku terbukak kan.

Aku perasan segala sunnah-sunnah Nabi ajar tu memang benar-benar ajaib. Ayat-ayat Quran memang very powerful. Dan rupanya simple je cara nak hindarkan gangguan jin ni.MasyaAllah. Cuma diri sendiri nak jadi yakin dan istiqamah tu paling susah huhu.

Masa awal-awal aku sakit tu, aku pernah tanya ustaz, macamana nak buat sebab aku terpaksa stay rumah mak. Aku rasa gangguan tu kuat masa kat sana. Ustaz just cakap je, bacalah Bismillahillazi 3x pagi dan petang tu. Aku google cari maksud dan baca. Ada hadis cakap kalau baca zikir ni, tiada bencana yang jadi kat kita dari pagi ke petang, petang ke esok pagi.

Aku try baca dan bila aku datang rumah mak aku, macam instantly langsung takde suara or gangguan. Aku duduk diam perhati kot kot ada suara pun takda.Rasa bende duduk kat belakang pun hilang.Aku macam wow. Sejak tu aku amalkan zikir ni tak tinggal.

Kok nya senang macam tu ja?? Tapi masa ni aku masih separa yakin huhu.

Lama sikit tu aku dah start tukar dari Manzil ke zikir Mathurat. Dalam tu ada zikir Auzubikalimatillah. Bila aku search hadis, sesiapa yang baca 3x pagi dan petang akan dihindarkan dari segala kejahatan yang Allah cipta. Lepas aku amalkan zikir ni aku perasan bila aku pergi mana-mana, macam ada image hantu macam duduk diam-diam je bila aku lalu. Tak tanya pun soalan.

Selalu aku keluar mana-mana mesti dengar suara sibuk nak tanya aku siapa, nama aku bagai.Aku macam pelik la kan. Tak lama lepas tu aku dengar dalam kuliah, sesiapa yang baca zikir ni malaikat akan duduk kiri dan kanan untuk jaga kita. Wah patutlah dorang diam je tengok aku kan.

Aku teringat ada satu time tu aku solat kat surau kondo akak aku. Mase tu dah nak senja. Aku tak sempat nak naik, so aku solat je sorang kat situ. Suami teman anak aku mandi pool kat luar.

Masa solat tu aku nampak image hantu dengan mulut berdarah mundar mandir macam marah. Aku just cakap kau tengok jela ye. Sejak tu korang aku jadi yakin sangat-sangat yakin dengan doa atau zikir yang Nabi ajarkan.

Aku start ajar adik beradik aku zikir pelindung ni. Pernah aku datang rumah ayah aku, aku nampak ade antu duduk kat luar. Aku tengok je then masuk rumah.Masa tu anak buah aku demam berminggu-minggu. Aku datang peluk dia sambil baca ayat Kursi dengan baca zikir pelindung ni.

Anak buah aku yang menangis tak berhenti terus tertidur. Tiba -tiba aku dengar suara cakap jangan baca doa tu, dia datang sebab ada orang panggil. Aku terus jawab lepas ni jangan datang dah. Kami tak perlukan kau dah pun.Kami ada Allah.

Sebab ayah aku ni dulu bila kami ke or cucu sakit, dia akan perasap kemenyan mintak tolong ‘atok-atok’ tu. Hadoi. Tapi mak aku dah buang segala tempat kemenyan tu, so aku tak tanya pun ayah aku. Aku diam je. Aku just bagitau adik aku amalkan zikir ni.

Masa aku ajar adik aku zikir ni pun aku dengar suara cakap alahh kenapa ko ajar mak dia. Susahlah macamni. Aku kata diamlah sibuk je. Bila aku baca zikir auzubikalimatillah tu terus nampak antu tu lari.

Simple je kan, tak payah baca zikir beribu kali ke ape. MasyaAllah. Tapi kalau korang baca doa dan zikir lain pun okay jugak. Zikir ni pun bagus sebagai pelindung dari segala kejahatan yang Allah cipta.

Ustaz kata bukan untuk kes jin asyik je, sihir ke santau.Contoh macam stalker ke, orang nak buli ke, kena pukul ke, orang nak sailang ke pun boleh. Kira apa-apa kejahatanlah .Haa korang amalkan la dua zikir ni ye sekali.Serius aku dah nampak kelebihan zikir ni. Hasbunallah wanikmal wakil.

Ada lagi kejadian, dalam zikir Mathurat tu ada potongan surah Al-Baqarah. Dulu aku selalu baca dalam kereta. Tapi banyak kali aku dengar ustaz cerita kat radio, kat tv ajar nak pagar rumah dengan surah Al-Baqarah. So aku start baca kat rumah.

Pernah sekali aku baca kat rumah mak aku, tiber macam angin kuat lalu. Aku macam terkejut tapi aku biar je. Second time pun sama, tapi aku nampak imej antu terbang, merangkak macam kelam kabut lari. Aku diam jelah.

Tak lama lepas tu aku dengar kat kuliah ustaz baca hadis syaitan akan lari dari rumah yang dibaca Al-Baqarah. Aku terus terfikir balik yang aku nampak. Oh korang lari ke haritu haha.

Aku teringat jugak mase aku amalkan Manzil dulu, dalam tu pun ada potongan surah Al-Baqarah. Dulu aku baca je sebab takut & tak tahu pun kelebihan potongan surah tu, tapi aku teringat sejak aku baca Manzil tu, aku nampak imej Putera dengan konon makcik saudara yang buat mak aku bersembang kat luar tingkap. Aku macam oh korang sembang kat luar sebab dah tak boleh masuk kee? Haha.

Sejak tu aku ajar adik aku yang tinggal dengan mak untuk amalkan Mathurat dalam rumah. At least baca sekali sehari. Niat untuk pagar rumah supaya ‘kawan-kawan’ ayah aku tak dapat masuk haha.

Dulu aku selalu terfikir cemane la nak baca surah Al-Baqarah hari-hari nak pagar rumah kan panjang. Rupanya setiap potongan surah Baqarah dalam Mathurat tu ada kelebihan dan masa baca tu boleh dengan niat minta Allah lindungi rumah. Ada hadis tapi daif. Tapi ustaz kata kita masih boleh beramal juga. Cuba la korang cari yang lain dengan hadis sahih ya.

Satu lagi benda yang aku find out, kelebihan makanan sunnah. Masa awal aku sakit, aku selalu lepak rumah adik aku. Pernah sekali adik ipar aku tanya pernah tak bau gaharu?

Dia ambil tempat bukhoor, dia bakar pecahan kayu gaharu tu, dan-dan je badan aku mengeras dan aku rasa benci sangat dengan bau tu. Adik ipar aku nampak terus dia kata haa bau bau, ni kayu syurga Allah sebut dalam Quran, mestilah setan takut.

Masa ni aku terfikir kalau la bau pun dah tak suka, apatah lagi benda yang kita makan kan? Yang jadi mengalir dalam darah. Sebab syaitan kan bergerak dalam darah.

Aku teringat dulu kan kami ni susah nak pregnant. Aku amalkan habbatus saudah kapsul tu. Mak aku ni sibuk pergi berubat tanya pendapat ‘atok-atok’ tu. Benda tu kata habbatus sauda ni tak elok, panas badan nanti. Kah! Aku terus cakap yang panas tu kau, bukan kami.

Pastu disuggestnye benda bukan-bukan nak bagi pregnant konon. Ajarla doa ke ape kan kalau wali. Ni hantar pisang lah, pergi makam habib lah. Ei rasa nak tunjal je kepala jin ni. Dulu aku geleng kepala je tengok mak aku sibuk nak pergi makam lah apa nak mintak kakak aku mengandung, Astagfirullah. Terima kasih Allah atas nikmat hidayah dan kesempatan bertaubat ni huhu.

And then bila aku tanya adik aku, dia pun kata bila dia pregnant dia terus makan habbatus sauda tu, sebab nurse pernah tegur dia, rahim sejuk sebab tu asyik gugur. Nampak kan Allah bagi kami jalan juga walau kami syirikkan Dia huhu Subhanallah.

Lepas aku tahu tu, aku cerita dekat kakak. Kakak aku ni 8 tahun dah kahwin, 2 kali gugur. Rupanya kakak aku cakap tak pernah makan sebab badan dia tak tahan. Aku suggest ambil yang dose kurang sekali minyak zaitun.

Alhamdullilah bulan depan tu dia mengandung. MasyaAllah. Kak sepupu aku pun masa tu dia kata dia amalkan makanan sunnah untuk sihat, tiba-tiba mengandung.

So kalau korang yang menanti tu, bolehla cuba ya. Niat untuk sihat dan Allah bagi rezeki anak. Kan ada hadis, habbatus sauda ni penawar segala penyakit. Kecuali mati.

Ada lagi hadis nabi yang ambil 7 biji kurma ajwa setiap pagi boleh hindarkan sihir dan racun. Korang cubala search sunnah-sunnah nabi ni.Asbab aku sakit ni boleh nampak amalan yang simple je tapi miracle dia Subhanallah buat aku speechless kadang-kadang huhu.

Okay lagi satu kejadian aku found out kehebatan ayat Quran.Masa ustaz ruqyah, aku selalu perasan aku nampak bayangan macam muka aku kena seret atas jalan tar. Bila ustazah pegang bahu aku, aku rasa macam ade pisau tembus kat bahu aku. Bila habis ruqyah je mesti aku nampak diri aku macam terbaring baru lepas kena belasah macam tu.

Tapi memang aku badan aku lemah setiap kali lepas ruqyah masa awal-awal aku sakit tu. Aku pelik juga kenapa aku nampak image yang aku tak pernah imagine. Aku abaikan je mula-mula. Tapi lama-lama aku macam terfikir, sebenarnya kau kan yang kena belasah tu?

Masa tu jugak aku rasa macam nak tercekik dan rasa tak suka.Macam kantoi gitu. Perh memang betul Ayat Quran ni kan Kalamullah. Kalam Allah. Of course very powerful. Tapi kita je selalu tak rasa yakin kan sebab kejahilan kita huhu.

Pernah balik dari ruqyah tu, aku masuk kereta je dengar suara, kalau kau pergi ruqyah ni pun takda effect apa kat aku. Aku terus jawab yeke, ke dah terbako member. Terus senyap. Tapi aku jadi sangsi pulak yeke takde effect eh.

Tapi tak lama lepas tu aku mimpi ke or nampak bayangan macam nampak hantu perempuan tengah diri. Aku macam nak jalan la pass the antu tu. Bila aku lalu je sebelah aku macam jeling la tengok, depan antu tu baju die elok je, bile ke belakang eh dah terbakar hangus. Aku pun terus cakap lahh, dah terbakau tu cakap jelah. Subhanallah.

Sebenarnye aku rasa bila kita dah baca doa ke, selawat ke, bukan takde effect, jin tu dh terbako pun, tapi sebab kita tak nampak dia kan. Dia bertahan jelah sampai kita baca tu rasa takde effect then kita stop. So korang next time baca je sampai berkali-kali okay, yakin dengan kalam Allah ni bukan biasa-biasa. Memang powerful!

Macam-macam lagi kejadian weh, contoh bila nak keluar baca doa keluar rumah tu kan. Biasa aku nampak image orang tengah duduk tunggu kat luar pintu, bila aku baca je aku dengar suara cakap, alah dah baca pulak, terus hilang image orang tu.

Pastu aku perasan aku dah tak dengar suara bersembang dah bila keluar. Aku dah tak jadi takut. Kalau dengar pun aku akan baca zikir pelindung, terus hilang.

Antara kejadian lain yang paling buat aku speechless bila aku ternampak kehebatan solat tahajud.Aku selalu tertanya kenapa jin/syaitan ni macam takut sangat bila nak solat tahajud ni kan. Mesti special sangat. Tapi lama baru Allah tunjuk dekat aku.

Masa tu aku tengah solat Asar berjemaah dengan anak. Masa lepas takbir tu aku perasan macam aku duduk dalam saf yang endlessly kiri dan kanan.Kepala aku tengok kiri kanan eh ape tu eh. Aku cepat-cepat tutup mata solat balik.

Then beberapa hari lepas tu masa nak solat tahajud, aku angkat takbir, tiba tiba aku nampak imej saf yang macam waktu Asar haritu. Endlesly kiri dan kanan, tapi kali ni saf naik ke atas penuh sampai ke langit.

Subhanallah. Aku terpana tangan masih takbir ni. Kepala aku tertegak pandang atas. Terus aku tunduk dan solat. Aku takut tapi aku teruskan jugak. MasyaAllah sebab tu ke kau jadi takut sangat.Sebab tu ke solat malam ni benar macam dalam hadis cakap sangat special disisi Allah.

Esoknya bila aku nak masuk saf nak solat berjemaah kat masjid aku nampak bayangan sama macam solat tahajud semalam.Huhu Allahuakbar! Aku teringat awal-awal aku sakit, rasa kepala aku bergoyang masa nak masuk saf then dengar suara mencarut, aku just cakap solat solat je.

Mak aku pernah ikut aku nak solat Zohor kat masjid, mak aku masuk lambat sikit. Tak sempat nak iku aku solat berjemaah. Dia solat sendiri. Habis solat je dia macam suruh aku hantar dia balik rumah sebab dia rasa loya dan pening kepala. Tak jadi ikut aku berjalan.

Aku terus cakap oo patutla masa tu nak balik. Rupenya takut tengok malaikat penuh kat masjid tu kan. Bila aku sakit ni aku faham yang memang setan boleh masuk masjid, kadang kan ada cerita ada orang dapat ilmu ghaib kat masjid la, tapi bukan waktu solat atau kuliah hehe. Sebab dua masa tu yang malaikat penuh nak solat sekali.

Aku pernah duduk dalam masjid dengar kuliah, aku pegang Quran, tiba tiba aku rasa macam ada cahaya macam spotlight tu kt Quran aku. Aku tengok atas takde apa. Bila pergi berubat, ustaz cerita kadang dia suggest orang sakit ni pergi masjid. Sebab bila kita solat dengan malaikat dan zikir 1x umpama 100x ikut bilangan jemaah, then masa kuliah malaikat akan payung dengan sayap.

So mana la syaitan yang tahan dengan cahaya malaikat tembus kat setiap ruang masjid kan. Subhanallah kan korang. Korang okay ke tak tu? Huhu ada banyak lagi aku tak cerita habis ni.

Bacaan taawuz, surah-surah Mu’awwizatain iaitu surah Al-Falak dan surah An-Nas.Even perkataan Bismillah sahaja pun bila aku baca aku rasa takut. Lepas aku baca kisah surah Mu’awwizatain, yang malaikat datang ajar Nabi surah ni selepas Nabi disihir, aku terus amalkan untuk ruqyah sendiri lepas solat dan sebelum tidur. Mengerekot badan aku tiap kali aku baca surah-surah ni.

Aku dapat rasa macam ada ikatan terlepas bila aku baca. And masa ni aku teringat apa yang perawat dulu tu cakap aku duduk dalam ikatan balutan pocong.

And dalam surah Al-Falaq sebut tukang sihir ni suka buat simpulan-simpulan. So korang kalau rasa ada gangguan ke boleh buat ruqyah sendiri je. Jangan takut tau. Setan tu lagi takut korang baca surah ni. Tak tahu siapa takut siapa kan lol.

Okay last ni haha karang nanti korang berat nak masuk kepala. Aku perasan air ruqyah atau bila kita baca selawat kat dalam air tu, aku tengok macam bercahaya berkaca-kaca. Aku pegang air tu tapi diri aku rasa takut rasa sakit. Tapi aku tahu bukan aku. So aku cakap alah air je punn, takkan takut. Hehe

Simple je kan. Tak perlu solat zikir 24 jam pun. Cukup dua zikir ni 3x, Allah dah bagi perlindungan pagi dan petang. Time keluar baca doa keluar rumah. Time nak tidur baca ayat Qursi, malaikat jaga sampai Subuh. Baca potongan surah Al-Baqarah niat pagar rumah. Semua sunnah-sunnah tu lah senang cerita.

Tapi semua ilmu ni aku tau sikit-sikit hasil dari kuliah-kuliah yang aku dengar selama 2 tahun ni. MasyaAllah. Aku bersyukur sangat-sangat. Tapi lepas dah jadi berani ni, aku selalu jugak dengar suara dalam toilet cakap kau ingat kau hebat ke? Aku jawab balik, aku tak pernah hebat pun. Allah yang tolong aku. Kau ni bila nak bertaubat?? Huhu.

Masa ni pun aku teringat ada satu sesi ruqyah, ustaz sebut Wahai jin yang dipunyai Ali (contoh nama pakcik aku). Tapi dalam hati aku dengar jin tu cakap..Ali tu di punyai aku ye, bukan aku yang dipunyai Ali. Perh memang betul kan, manusia ni ingat dia yang control jin tu, tapi rupanya jin tu yang control manusia. MasyaAllah.

So korang janganlah bermingle dengan benda-benda ni ye huhu Syirikkan Allah tu satu, solat doa semua Allah tak terima. Kat dunia lagi pun Allah dah tunjuk. Hidup sentiasa ada masalah, duit takkan pernah lekat kat tangan sebanyak mana pun pernah dapat, anak dan keturunan semua pun affected. Rugi dah kat dunia dan akhirat huhu.

Dalam Quran banyak dah Allah sebut orang yang beriman, beramal soleh Allah akan bagi kehidupan yang baik di dunia, anak keturunan pun Allah jaga. Aku selalu doa yang Nabi Ibrahim baca tu, doakan aku dan keturunan aku jadi orang yang menunaikan solat sampai hari kiamat.

Moga kejadian syirik dan khurafat ni terhenti sampai generasi aku je, moga anak-anak dan keturunan aku terpelihara daripada kejahilan kami dulu. Hasbunallah wanikmal wakil.

Keadaan aku sekarang aku dah tak nampak or dengar suara sangat dah. Kadang time ruqyah je. Aku perasan hijab aku slowly tertutup sebab jin dalam badan aku makin lemah. Kes sihir, ke santau, jin asyik pun bolehlah cuba apa aku cerita kat atas tu. Tapi benda ni ambil masa okay.

Ustazah kat Darul Syifa katanya biasa dia tengok kalau pesakit tu rajin follow up, pesakit tu dapat sembuh dalam masa 2 tahun. InsyaAllah.

Dah akhir zaman ni macam tak sedar dah 2 tahun korang. Yakin semua ni ada hikmah. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam hidup kita ni takda istilah berlaku secara kebetulan, semuanya dalam seni perancangan Allah yang Hebat Subhanallah.

Oh kat sini juga aku nak ucapkan terimakasih kat semua penerbit dan crew TvAlhijrah, IKIM, ceramah kat masjid, online. Moga Allah sentiasa rahmati kalian dunia dan akhirat atas segala usaha mereka sebarkan ilmu ni semua.

Ilmu ni semua asbab aku sembuh dan aku harap orang lain pun dapat kesembuhan macam aku InsyaAllah Aamiin! So next or last episode aku nak cerita benda aku found out as therapist.

Sorry panjang story kali ni. Aku harap admin dapat siarkan cerita ku yang panjang ni dalam bulan Ramadan! So that bila setan semua dah balik macam alah dah post pulak. Orang dah faham pulak ha camtu.

Okay selamat berterawikh korang. Doakan untuk keluarga aku sekali ye.

– Bukan Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya enjoy baca walaupun panjang dn dpt bayangkan setiap scene, selain dapat ilmu yg anda kongsikan.

    Syukur kpd Allah, awak dh beransur semboh juga seisi keluarga kembali kejalan Allah….

    Saya tunggu episode seterusnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *