Anak aku bukan cucu sulung untuk keluarga aku, tapi merupakan cucu sulung untuk keluarga suami, walaupun suami (Gempa) anak nombor 2 dan abang sulungnya yang kahwin dulu.
Disclaimer; aku menulis ni bukan kerana sakit hati. Aku cuma meluahkan lepas apa aku lihat, POV aku as menantu kepada cucu perempuan je.
Tahun 2020-2021. Abang ipar aku dan isteri, kita gelar Kacang dan biras aku Soya, berkahwin 5 bulan sebelum aku dan Gempa berkahwin, di tahun yang sama.
Tapi disebabkan Soya masa tu masih belajar semester terakhir dia memang plan tak nak mengandung dulu.
Rezeki awal, lepas setahun aku kahwin, aku mengandung. Lepas kandungan aku 4 bulan, Soya pula mengandung dan dah pun habis belajar.
Fast forward kami bersalin, anakku perempuan. Anak Soya lelaki. Adik beradik suami aku semuanya lelaki. 4 orang, semua lelaki.
Jadi aku & Gempa expect ibu dan ayah Gempa ni excited nak sambut cucu perempuan. Rupanya tidak.
Aku bersalin di bandar dan decide untuk berpantang di kampung Gempa sebab cucu sulung dan aku tahu disebabkan Soya bersalin cucu sulung untuk keluarga dia, dia buat keputusan untuk berpantang di rumah maknya.
Gempa pujuk kan anak ibu semua lelaki, kalau semua menantu nak berpantang di rumah mak sendiri tak merasa pula ibu jaga orang pantang. Aku mengalah jela lagipun rumah keluarga aku sempit.
Aku faham ibu tak dapat nak menjaga aku sangat sebab ibu tak berpengalaman dan ibu sibuk uruskan tempahan menjahit.
Oh ibu tukang jahit yang agak dikenali kat kampung. Biasa aku dengar kalau nenek tukang jahit, untung cucu dapat baju dijahitkan saje untuk cucu.
Itu juga la saudara mara aku cakap bila aku lahirkan anak perempuan. Mesti neneknya teruja nak jahit baju kurung budak. Yela selama ni jahit baju lelaki je untuk keluarga sendiri.
Tapi sangat meleset ye. Tak pernah sekali pun anak aku dapat baju yang neneknya jahit walaupun aku nak tempah dan bayar. Dia suruh aku tempah dengan orang lain. Tapi anak lelaki Soya selalu dapat baju.
Maksud aku bukan baju yang dijahit saja-saja. Adik Gempa tunang, kahwin, majlis semua dapat baju sedondon kecuali aku, Soya dan anak aku.
Ibu macam tak suka nak jahitkan baju keluarga perempuan. Ibu suruh kami beli sendiri atau suruh orang lain jahitkan.
Soya berperang juga sebab Soya ni jenis malas nak fikir. Jadi dia kata dia bayar jela ibu jahit sama je dengan upah orang luar. Ibu kenakan caj RM150.
Soya sanggup nak bayar sebab dia nak kain yang sama, sebiji macam anak dan Kacang. Tapi ibu tetap tak nak.
Soya mengaku kalah, dia beli di TikTok sebab masa majlis ni, Soya tengah sarat mengandung anak kedua. Bila bajunya sampai warna agak lain dan ditemplak oleh ibu. Bergaduh la menantu dan mertua siap sesi tarik muka.
Lagi, walaupun anak lelaki Soya dan anak aku cuma jarak 4 bulan dimana anakku tua 4 bulan, anak Soya petah bercakap. Anak soya boleh cakap melayu. Tapi tak anak aku.
Mungkin asbab dia hantar anaknya ke taska dan aku yang suri rumah ni anak cuma ada aku dan Ms R*chel.
Bila aku dan Gempa balik kampung tanpa adanya Kacang dan Soya, elok je nenek dan atok main, bercakap dengan anak aku walaupun anak aku akan berbahasa english.
Tapi bila anak Soya ada sekali, anak aku dipinggirkan. Cuma sebab anak Soya mampu untuk berborak benda simple dengan atok & neneknya.
Yang didukung, dibawa berjalan, dibelikan mainan dan dibelikan jajan cumalah anak Soya.
Sekarang Soya tengah menanti hari untuk bersalin. Kalau anaknya lelaki, semakin terpinggirlah anak aku.
Jika anaknya perempuan tapi dilayan sama, memang aku rasa keluarga Gempa ni kekok atau tak suka layan perempuan.
– Cecumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit