Assalamualaikum wbt. Hi semua. Saya seperti nama di bawah confession ni merupakan ayah kepada seorang anak dari seorang isteri.
Saya tak mahu pembaca keliru dengan tajuk, maka saya nak bagitahu, tambah di sini bukanlah tambah isteri, tetapi tambah anak kedua dan seterusnya.
Saya dan Yul masing2 bekerjaya ikut office hour. Bezanya, Yul private dan saya govern. Pangkat Yul tinggi di ofisnya tapi dari aspek pendapatan, sebab kakitangan awam, pendapatan saya lagi tinggi seiring dengan servis lebih dari 15 tahun.
Umur kami sebaya. Sayangnya, kami dapat anak agak lewat ketika pertengahan usia 30an dalam keadaan Yul czer ketika kelahiran anak.
Isunya kini, anak dah masuk 5 tahun, Yul masih belum bersedia untuk anak ke-2. Dari anak usia 2 tahun saya usulkan, dia tak mahu lagi anak masa itu. Lebih-lebih lagi, anak kami waktu itu suspect ADHD. Saya pun setuju agar anak kami diberi fokus terlebih dahulu.
Tahun ni umur dah nak masuk 40 pun masih tak mahu. Malah baru-baru ini dia bertegas cukuplah 1. Saya argue, dulunya di awal perkahwinan dia mahukan 3, saya mahukan 5 berdasarkan jumlah adik beradik kami masing2. Sekarang nak yang kedua pulak dia tak mahu.
Yul gunakan alasan kerjayanya sebagai penghalang dia nak mengandung lagi. Atas faktor jarak ke opis memandu hampir sejam, dia rasa sukar nak hadapi.
Yang pasti, saya fahami tugasnya sebagai pegawai atasan di opis membuatkan dia tak mahu terjejas jika mungkin terpaksa MC, check up kandungan seterusnya cuti bersalin. Konon2nya jika dia tiada, Ada kerja akan terbengkalai.
Itu memang betul, cuti tahunannya pon berbaki banyak setiap tahun. Asal bercuti je, masih juga hadap laptop.
Selain tu, Yul meletakkan dirinya tak mampu untuk hadapi keadaan mengandung usia 40. Sedangkan anak sulung kami tu pon mild autism, bimbang yang kedua pun sama.
Saya tak gemar dia berkata sesuatu yang tak pasti. Saya sesekali mahu je salahkannya sebab masa mengandung dulu dia tak jaga makan. Sibuk di opis sampai skip lunch. Minum air kosong tak dibudayakan sampaikan beberapa kali ke klinik gara2 anak dalam perut tak bergerak.
Jumpa Dr, Dr kata banyakkan minum air. Tapiiii, dia tak jadikan sebagai amalan. Bab makan manis minum bergula tu yang dia suka. Senang cerita, Yul tahu dia tak mampu nak perbetulkan diet seharian dia jika mengandung lagi.
Paling utama, Yul sebut, dalam keadaan ekonomi zaman ini, dia bimbang kami tak mampu beri kemewahan pada anak seterusnya.
Anak kami yang ada ni, macam2 kelas dan program dihantar. Kelas terapi, kelas renang dan tadika swasta serta lain2 perkara yang melibatkan pendidikan kami sediakan untuknya seperti lawatan (jalan2 ke zoo, theme park dll). Memang habis beribu2 juga untuk dia seorang.
Saya geleng kepala… Entah ke mana konsep tawakal dan keimaanan Allah itu ar-Razzaq yang patut dia pegang.
Jujurnya, jika saya mahu anak lagi atas matlamat ramaikan umat Islam kang tak pasal2 orang kata saya penunggang agama pula. Tapi itulah kebenarannya.
Cuma paling logik, sebenarnya saya kesian dengan anak kami yang main sorang2. Ke mana2 berada, dia seorang. Even ke taman mainan, sayalah peneman sebab dia tiada kawan.
Nak berborak2 pun kadang2 kami tak sempat layankan. Terfikir dah besar nanti, dia tak ada adik beradik lain kang susah pula.
Macam saya 5 beradik, kami saling berkawan sesama kami walau pun masa kecil sering bergaduh. Bercerita dengan adik beradik lebih selesa dari nak share cerita dengan ibu ayah saya. Dah besar ni, kami boleh gilir2 balik raya kampung mentua.
Kirenye, ada adik beradik membuatkan kehidupan kita mudah. Buat kerja rumah pun sama2 lagi2 bila nak raya. Kalau bersiar2 jalan sama2 biarkan ibu ayah dating berdua.
Seorang sepupu saya pernah tanya maknya waktu kami masih kecil, kenapa dia tiada abang, kakak dan adik?
Jenuhlah MakNgah saya nak jawab tak ada rezeki, dan saya memang tahu MakNgah saya telah gugur beberapa kali dalam usaha menambah anak waktu mudanya. Sepupu saya tu muda 4 tahun dari saya, sayalah yang jadi abg dia bila kami sama2 balik kampung nenek.
Kiranya, isu yang Yul sebut pada saya insyaAllah boleh diselesaikan. Cuma dia yang tegas sangat dengan alasannya hingga tak mahu berubah.
Bab duit insyaAllah saya boleh usahakan. Memang mungkin juga akan mengurangkan bajet urusan anak sulung ni sedikit demi urusan anak kedua, takdenye lah anak kami ni nanti argue kenapa dia kena berkongsi dalam apa jua bentuk perbelanjaan pada masa hadapan dengan adiknya.
Saya fikir, tentu dia lebih bersyukur sebab dia ada adik beradik, kan?
Allahu… Sebenarnya, saya nak dapatkan pandangan dan saranan pembaca. Ikutkan saya mahukan anak kedua sesegera mungkin sebelum usia 40an. Nanti dah tua2 nak bawa anak masuk tahun 1, malulah pula.
Tapi, adakah prinsip Yul tu berasas? Atau saya yang selfish?
– Papa Mat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awal2 mmg la wife nak 3 sebab dia tak merasa lagi kena belah perut keluar kan anak. dah merasa tu trauma la fobia. dia dah tau benda tu sakit yg amat, takkan dia nak hadap lagi sakit yg sama. jgn main order je. bukan perut awak yg di belah. bersyukur la ada je anak 1 daripadak takde anak langsung. dah kalau bini nanti bersalin meninggal pulak sbb umur dah 40, dah meroyan then menikah abru atas alasan anak2 masih kecik. apoooo. syukur jela bini tu nak jugak bagi anak.
suruh je bini mengandung, bini meninggal xdehal boleh cari pengganti lagi muda. time tu tambah lagi 3 4 anak. ai senangnya dalam hati.