Cukup-cukuplah

Ini kali ke-dua aku menulis dalam ruangan ini. Aku tak pedulilah admin nak post ke tidak. Tapi aku rasa aku perlu tulis untuk menyedarkan orang ramai mengenai kemurungan. Aku berani bercakap kerana aku pesakit Major Depressive Disorder with Psychosis sejak dua tahun yang lalu. Clinical ya! Bukan self-diagnosed seperti segelintir pihak.

Tajuk pun cukup-cukuplah kan?

1. Kita kena terima bahawa penyakit mental memang taboo dan banyak sangat stigma. So? kita tak boleh paksa orang lain terima penyakit kita. Orang memang tak akan faham penyakit ini. Biarkan dia tak faham sebab sebenarnya sudah banyak pendedahan dibuat tapi mereka pilih untuk tidak menerima penyakit mental sepertimana penyakit HIV atau lain2 yang bersifat “negative” bagi mereka. Ingat, kita tak boleh paksa orang faham kita. Bila kita terlalu fikir “kenapa orang tak faham aku, kenapa and kenapa”, jujurnya, sampai matilah kau akan terus macam tu. Manusia zaman sekarang, ramai yang selfish, ramai yang baik. Tak faham kita? Kutuk penyakit kita? just moving on, abaikan mereka.

2. Aku sudah lama menjadi silent reader dalam confession ini walaupun aku bukan student IIUM. Tapi, kenapa asyik merintih dalam ini bila tahu kita diserang penyakit kemurungan? Bangun! Pergi jumpa psychiatrist. Semua info ada di hujung jari. Just googled. Stop meraih simpati orang lain. Sbb orang lain tak akan faham. kita yang faham diri kita, so kitalah yang perlu bangkit. Bukan asyik post kat sini dan keep complaint or self-diagnosed.

3. Nak pergi jumpa pakar psychiatrist tapi malu? tapi mak ayah tak kasi? Hello?!! Your body, your opinion, your decision. Aku? Mak aku sendiri malu dan tak pernah teman aku ke Hospital untuk checkup. Mak aku siap suruh pergi berubat traditional. Aku mula pun malu, siapa yang tahu HSA JB, klinik mental betul-betul berhadapan dengan wad pesakit. Malu! sebab berapa ramai yang Nampak aku ke klinik mental. Tapi aku gagahkan diri masuk. Dan bila sudah 2 tahun, aku sedar yang aku sakit, so tak perlu malu.

4. Aku cuma mahu pesakit kurangkan shared masalah yang anda hadapi di media social, pergi jumpa counselor, pergi jumpa pakar psychologist, pergi buat CBT (Cognitive-behavioral therapy) etc. Pergi ubat penyakit anda sepertimana anda demam. Bukan asyik post tapi no action. Move it! Share masalah bukan di media social, tapi dengan Allah SWT bagi yang Islam atau dengan hambaNYA yang memahami. Dan lebih baik bercerita dengan pakar kerana mereka jauh lebih memahami berbanding orang di sekeliling kita.

Semua orang diberi ujian ikut kemampuan masing-masing. Aku pun ada masalah aku. Aku sampai tahap dibuang kerja kerana sakit ini. Tapi aku tetap kuat, sebab aku tahu, penyakit ini buatkan aku akan jadi lebih kuat berbanding orang lain. Bukan setakat kuat, tapi buat aku lebih matang. Ujian mematangkan kita.

Stop mengeluh, merintih, kusut etc etc. Hidup ini sebenarnya mudah. So jangan kusutkan ia. Semua ujian ada ganjarannya. Paling penting, otak perlu cekap berfikir dan bertindak. Semua orang ada masalah, suka tak suka, kena hadapi. So, Chill! :)

– Lily Johar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *