Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Admin kerana sudi menyiarkan artikel saya beberapa minggu lepas. Saya baca komen yang diberikan dalam facebook untuk artikel saya dan saya ingin mengucapkan syabas, kerana tiada komen berunsurkan “negative”.
Tapi saya tertarik dengan satu komen ini yang bertanyakan bagaimana saya dapatkan rawatan 2 tahun lepas di Pakar mengenangkan ia taboo dalam masyarakat.
Saya yang dulu, tidak tahu apa-apa mengenai penyakit mental ini. Bermula pada tahun 2015, (if i’m not mistaken) saya susah tidur selama 5 bulan lebih. Saya mampu berjaga lebih 3 hari tanpa tidur, tidur pun hanya sekejap (sehari dalam 3-4jam sahaja) dan ia berlarutan hingga 5 bulan. Bulan kelima, saya nekad ke Klinik Kesihatan dan memaklumkan bahawa saya sudah lama tidak tidur. Hari itu saya hanya pulang dengan ubat tidur untuk 2 minggu. Lepas 2 minggu, saya mula ada masalah tidur. Makanya saya pergi lagi ke klinik untuk dapatkan ubat tidur malangnya saya disuruh untuk buat ujian saringan minda sihat (DASS).
DASS ada 3 kategori : stress, anxiety dan depression dan saya “gol !” skor terbaik, semua full mark (tahniah untuk saya kerana waktu belajar jarang dapat 100% macam ni, LOL).. Dengan keputusan “cemerlang” saya dalam ujian DASS, saya diberikan surat rujukan terus ke Pakar Psychiatry.
Pertemuan pertama dengan Pakar psychiatry, berbual kosong. Pakar Tanya semua sejarah lama saya hingga ke detik saya sukar tidur itu. Rupanya, stress dengan officemate punca besar kenapa saya disahkan menghidapi penyakit Major Depressive Disorder with psychosis.
Tidak semestinya jika mempunyai depression saja mesti bermula dengan kesedihan. Saya bermula dengan mempunyai kesukaran untuk tidur yang kronik sampai lesunya hanya Allah saja faham. Lesu tidak dapat tidur. Tapi saya berterima kasih kerana penyakit ini buat saya terjaga pada waktu malam. Ustaz saya cakap, jika kita terjaga di 1/3 malam itu kerana Allah ingin mendengar doa kita. Allah rindu kita. Dan bukan semua orang dapat bangun pada 1/3 malam. Itu salah satu positive side penyakit ini sebenarnya.
Kadang-kala, bukan dengan menangis saja kita terus diagnosed diri kita mempunyai kemurungan. Nasihat saya, pergilah kemana-mana klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan. Doktor akan beritahu sama ada anda memang mempunyai masalah mental seperti saya ataupun anda hanya stress yang terbawa-bawa. Frankly, quite annoyed dengan manusia yang sikit-sikit depressed. Sikit-sikit masalah, terus nak bunuh diri. Ingat seronok ke? Tahu tak betapa penatnya badan kita? Jika ada masalah, berdoa kepada Allah. Paling penting untuk pulih dalam penyakit depression ini ialah JANGAN BERGANTUNG HARAP PADA MANA-MANA MANUSIA, BERGANTUNG HARAPLAH PADA YANG ESA.
Ingat pesan saya, jangan sesekali harapkan manusia lain. Diri kita, dengan pencipta kita. Sama seperti artikel saya sebelum ini. Kita tak boleh paksa manusia memahami kita. kerana manusia tak akan pernah faham. Kita yang perlu berdikari sendiri. Jangan manja, jangan lembik. Bangun! Kuatkan semangat! Yakin, bahawa dugaan ini kita mampu hadapi sebenarnya walaupun kita rasa sudah cukup besar sampai tak larat. Percayalah, Allah tak akan membebankan kita. Ujian buat kita lebih matang dan kuat.
Terima Kasih kerana membaca.
– Lily Johar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit