Cukup Cukuplah Menyusahkan Ibumu

Saya suka melihat facebook pages Kak KM dan Nubhan.

Saya tidak peduli sama ada dia mahu berpakaian seksi atau sebaliknya. Cuma, saya suka melihat foto-foto dan video kemesraan mereka melayan ibu mereka.

Adakah saya belajar sesuatu?

Sudah tentu. Setiap kali ulang tahun kelahiran ibu mereka, mereka akan meraikannya.

Mereka akan sambut dengan makan mewah. Mereka akan hadiahkan barang yang sesuai dengan ibu mereka. Kadang mereka bawa ibu mereka bercuti.

Jika tanya jujur, adakah saya cemburu? Ya. Sangat cemburu. Mereka faham apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Berbudi pada ibu sendiri.

Ironinya kita yang konon-konon faham ilmu fardhu ain, tidak pun menghargai kewujudan ibu sendiri. Kadang-kala kita anggap leteran / bebelan ibu kita seperti radio buruk. Sakit telinga kita mendengarnya.

Walhal jika kita menggunakan pemikiran rasional, apa yang dinasihatkan Si Ibu sama dengan pesanan yang disampaikan oleh para Ustaz, Ustazah dan pakar motivasi.

Lebih menyedihkan lagi, ramai anak memilih untuk mengikut jejak langkah Si Tanggang demi mengikut kehendak Si Tunang / Si Isteri.

Tambah menyedihkan lagi, sebagai seorang anak kita menghambakan orang tua kita. Kita suruh dia jaga anak-anak kita tanpa diberi upah. Kita meminjam duitnya tetapi tidak pulangkan.

Dan ada pula tergamak meninggalkan ibu mereka di tepi jalan dan rumah orang-orang tua kerana tidak tahan untuk berbakti kepadanya.

Kadang saya bertanya diri sendiri. Adakah ini yang dimaksudkan apabila hamba melahirkan tuannya?

Nampak tak? Sebenarnya kita sendiri keliru dengan diri kita. Kita tertipu mana satu dikatakan kulit dan isi. Dan pada akhirnya kita mudah dimanipulasi Sang Penunggang Agama.

Akhir kata, fikir-fikirlah apa yang saya kongsikan ini. Rasanya masih belum terlewat untuk memperbaiki kerosakan emosi Sang Ibu kita sendiri.

Selagi nyawa di kandung badan, berbuat baiklah kepada ibu mu…Kerana, keredhaan Allah s.w.t terletak pada keredhaan ibu bapa.

Jangan pernah sakiti hati mereka walau dengan perkataan ‘AH’ sekalipun.

– Tinta Khalifah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *