Assalammualaikum. Sebelum aku start, aku nak bagi disclaimer. First, aku akan selang seli guna Bahasa melayu and English sebab ada sesetengah perkataan tu otak aku lagi cepat produce dalam English. So focus on the points instead.Second, aku bukan ahli atau pakar bidang agama. Aku pun sedang perbaiki diri to be a better practicing muslim.Third, confession ni is purely tentang muhasabah diri aku. Aku tulis sekadar peringatan untuk diri and untuk pengajaran kepada sesiapa yang terbuka untuk belajar.
Background aku is aku baru berumur 27 tahun dah berkahwin nak masuk 3 tahun tapi belum ada rezeki anak. Aku dan suami tengah Perhubungan Jarak Jauh (PJJ). Alhamdulillah, aku dan suami kerja elok dalam company besar yang bayar cukai tinggi dekat kerajaan tiap bulan.
Aku nak tulis bab keberkatan rezeki dalam bekerja. Masa bekerja dekat company aku ni is Flexi Hour. So tak kisahlah kau nak datang pukul 7 ke, pukul 9 ke as long as kau “bekerja” cukup 8 jam. Aku dulu selalu yakin yang aku bekerja cukup 8 jam tiap hari.On average konon-kononnya 12 jam sebab aku jenis terpacak kat ofis lepas Subuh and balik lepas Maghrib. Ye la aku bukannya ade suami and anak kat rumah nak masak, mengemas bagai. So hidup aku 90% memang dengan kerja. Sebab tu, bila boss start bebel tentang produktiviti kat ofis dalam meeting, aku akan menyampah. Dalam otak aku memang dah set “Hei, boss tak tau aku datang ofis time lampu pun tak bukak lagi. So lantak kau la boss”
Sejenis orang macam aku ni, paling produktif waktu pagi. So orang lunch sejam, aku lunch dua jam.Lepas lunch tu prestasi aku pun dah merundum. Yelah, dah melantak dua jam. Tiap petang aku ada aktiviti khas yang aku buat so that aku tak mengantuk. Antaranya ialah, window shopping online, pegi beli pisang goreng kat restoran berhampiran, balik tu buat kopi pulak nak makan ngan pisang goreng, monitor kaunter saham , borak dengan kawan-kawan and tengok video viral macam Kardashian sisters ke, launching Duck scarves baru ke or anything yang triggered from hasil borakan aku dengan kawan-kawan. Selepas dah beraktiviti khas tu, aku sambung buat kerja dalam pukul 3 petang. So korang nampak tak sebenarnya aku kerja tak cukup pun 8 jam. Tapi korang tahu tak apa impak tak cukup 8 jam tu?
Sejak dua tahun lepas, aku pregnant asyik gugur je. Tiga kali pregnant, tiga kali baby died premature. Tipula kalau aku kata aku tak depress. Tinggal aku tak buat confession depression je ni. Ha….start ni la aku muhasabah diri. Sebab mak aku selalu ajar yang setiap “keburukan” yang jadi dalam hidup kita, is teguran Allah untuk kita baiki kelemahan diri. Alhamdulillah, ajaran mak aku ni meresap la kat otak aku. So, aku start la introspect diri and aku buat inferens yang aku takde anak lagi sebab aku tak ready lagi financially. Tapi, bila aku duduk diam and buat kira-kira, aku sentap sebab inferens aku macam tak logik. Gaji aku dan suami combined sebulan dah 5 angka. So celah mana tak cukup buat makan dua orang?
Lama aku fikir macam mana gaji banyak, belanja bulan tak banyak tapi tiap bulan aku sentiasa rasa duit tak cukup. No, yang ni bukan salah Najib dan kroni or salah GST. Aku assumed ni masalah perancangan kewangan aku. Lama aku fikir and adjust financial aku. Siap pergi seminar aku nak belajar pengurusan kewangan. Tetiba one fine day, tengah tengok TV kat rumah, mak aku pasang ceramah agama and Uztaz tu cerita tentang keberkatan rezeki yang kita cari ketika bekerja.
Astaghfirullah. Banyak sangat dosa yang aku buat dalam tak sedar. Uztaz pesan bila rasa rezeki tak cukup, tengok balik amalan atau sumber pendapatan. Aku pun tengok both aspects. Dari situla aku sedar, aku makan hak orang. Tak aku tak curi duit fizikal. Tapi gaji yang company aku bayar kat aku, is duit rakyat. Duit ambik hasil negeri-negeri kat Malaysia. So indirectly, yang bayar gaji aku is rakyat.
Setiap jam aku bazir dengan tak buat kerja kat ofis adalah setiap jam yang berbayar. Senang cerita, tiap jam aku menjemah, reply whatsapp kawan sebab dia confuse nak beli handbag Hitam or Beige, window shopping kat alam maya, mencekik pisang goreng, donut and KFC petang-petang tu semuanya makan hak orang yang membayar gaji. Dah satu hal aku nak mintak halal kat sorang-sorang rakyat Malaysia.
Nasib Tuhan tak lagi nyawa aku. Sebab berat kan dosa orang berhutang and hutang tak dihalalkan. So sekarang aku tengah replace balik masa-masa yang terbazir by working extra hours dan produce more results sepanjang masa aku bekerja.
In case ada orang yang sel otak tak dapat nak cari connection cerita aku ni, mesej aku simple je, being physically present kat ofis selama 8 jam tak bermaksud korang produktif. Kalau duduk kat ofis 8 jam and ko cuma mampu respon satu email je/produce satu computer generated report je/draf sehelai surat je, agak-agak ko layak tak dibayar gaji sehari kau? On average gaji orang kerja ofis is RM 50-RM 300/sehari to produce just that? Kalau kau majikan, kau rase nak tak halalkan?
In case ada orang terfikir eh apa pulak kaitan tak dapat anak and keberkatan gaji? Kan dah cakap ni muhasabah diri aku. So, aku percaya apa yang kau rasa buruk untuk diri kau, maybe terbaik kat sisi Allah. Sebab gaji tu la buat beli nasik yang aku suap masuk dalam mulut tiap hari. Nak anak yang soleh dan solehah, kena jaga makan, jaga hati. Then again, ni apa yang aku percaya. Everyone entitled to their own opinion and belief. So do you. Sekian.
Regards,
Jane
– Jane
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit