Cukupkah Sekadar Maaf?

Assalamualaikum. Aku tak pandai nak bercerita. Maaf kalau tulisan berterabur dan cerita ini mungkin remeh saja.

Aku berusia lewat 30an, sudah berbelas tahun kahwin dan mempunyai 2 cahaya mata perempuan.

Suami ku sebelum ini, memenuhi ciri² suami idaman. Rajin jaga anak, rajin tolong kerja rumah, pandai mengambil hati aku dan amat sayangkan kami sekeluarga. Nampak pada zahir dan batinnya.

Hubungan mesra bukan di mata orang sahaja tapi juga dalam hemat aku sendiri. Boleh dibawabergurau macam kawan, boleh share pasal semua benda dengan dia.

Gaduh sikit² tu biasalah, tak pernah lah sampai naik tangan mencederakan aku.

Until one day, ketika kami dalam perjalanan untuk bercuti. Ada sebuah kereta di depan yang perlu uturn di lorong smarttag.

Suami aku walaupun baik dengan kami, tapi memang panas sikit di jalan raya. Aku dah masak dengan perangai dia tu.

Tapi kali ni dia okey saja, so aku dengan niat bergurau nak menyakat dan provoke la dia. Aku cakap, mentang la awek cun tak marah plak kali ni.

Aku expect dia akan gelak dan nafikan, kalau aku keep provoking pun biasanya dia akan iyakan saja dan habis di situ. Tapi kali ni dia melenting dan marah aku.

Aku terkejut dan triggered jugaklah. Benda bergurau je pada awalnya tapi sebab dia marah terus aku cakap kenapa nak defensive sangat kalau menda tak betul. Lagi la dia marah.

Sepanjang perjalanan lepas dia marah dan tengking aku depan anak², lepas tu kami berdua diam tak bercakap.

Dah sampai destinasi dia mintak maaf. Tapi aku plak layan kepala hangin aku sendiri. Sudahnya aku kena belasah dalam kereta, depan anak2.. terkesima sungguh aku time tu.

Suami aku pulas tangan aku dan pukul muka aku sampai tercabut tudung, handphone aku kena tepis sampai melenting ke muka aku dan pecah darah sikit di bibir.

Anak² dah terrified kat belakang seat. Aku terkejut sebab perkara bukanlah besar sangat sanggup dia belasah aku depan anak2.. kesian anak² aku trauma.

Malam tu dia minta maaf lagi. Tapi aku buat keras kepala tak layan. Ingatkan dah sejuk, sekali lagi dia pulas tangan aku dan keluar dari bilik. Anak2 aku dah nangis. Aku cakap jom la balik. Anak2 aku lagi kuat teriak.

Aku mintak maaf kat anak². Aku kesian tengok anak2 aku dah excited nak bercuti so aku pun sejukkan hati sendiri dan tunggu suami aku balik, amek kunci kereta dan ajak keluar makan.

Dia ikut dan buat macam tak de big deal sangat yang telah berlaku.

Sebelum tidur dia mintak maaf lagi, kali ni hati aku dah sejuk sikit tapi aku masih terkejut.

Besar sangat ke salah aku sampai tergamak dia belasah aku depan anak2. Selama ni tak pernah dia buat macam ni kat aku. Aku terkejut dan sukar nak terima kenyataan.

The damage has been done, aku kesiankan anak² aku. Mungkin salah aku, aku kuat provoke, suami aku kata dia tak suka aku tuduh dia benda yang dia tak buat.

Aku masih cuba nak rationalkan kesalahan aku dengan apa yang dia buat.

Boleh kah hati aku kembali seperti dulu dengan maaf saja. Aku tak boleh berfikir dengan betul sekarang ni.

Masalah ni takdelah besar sangat bagi orang lain, cuma aku masih cuba nak terima hakikat,

Suami yang aku anggap terbaik selama ini tiba² belasah aku depan anak² dan meletakkan salah tu atas aku sebab aku tuduh dia benda dia tak buat.

Semoga ada jalan terbaik utk hati aku, hati dia dan hati anak2. Maaf andai coretan ini menjelekkan anda. Assalamualaikum..

– Kejora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *