Cukuplah Sampai Disini

Hai semua. Aku menulis untuk meluahkan tapi aku harap korang boleh bagi aku kata semangat dan pendapat bukan kecaman sebab aku rasa aku sendiri dah hilang arah dan tak mampu berfikir.

Nama aku Lara, berumur 36 tahun, bekerja dan mempunyai 2 orang anak. Aku dah berkahwin dan usia perkahwinan kami 6 tahun.

Awal2 perkahwinan suami aku telah berhenti kerja atas alasan stress dengan kerjanya. Aku pun takdelah kata apa2 hanya setuju memandangkan beza usia kami hampir 5 tahun aku anggap dia matang dalam membuat keputusan.

Lagipun aku pun berkerja aku rasa aku mampu nak menanggung hidup aku kalau apa2 terjadi.

Memang silap aku dari situ, sebab aku biasakan semua benda pakai duit aku, sehingga aku lupa yang nafkah dari suami itu tetap wajib untuk isteri,

Dan bila ada anak2 tekanan tu makin menghimpit aku sebab semua benda aku yang uruskan guna duit aku sendiri.

Dari segi susu, baju, sekolah, anta anak rumah orang, semua duit aku, belum lagi insuran, hibah duit kereta..

Suami aku akan bagi duit bila aku bising tak cukup duit untuk beli barang dapur baru la dia bagi RM100, 300 bergantung la kerja apa dia buat. Dan kerja yang dia buat pun aku tak tau kerja apa.

Bukan dari segi nafkah saja suami aku culas, dia jugak seorang yang panas baran, dan amik dadah, walaupun dadah yang dia ambil bukan sampai ketagih,

Tapi dalam wallet dia memang ada sebiji dua yang dia selit, kadang dalam kereta anak aku penah jumpe ‘ice’. Dalam toilet terjumpa paket ice yang da habis,

Bila aku marah dia akan pusing salah tu semua dekat aku balik, dia kata aku suka menuduh bukan2 tanpa usul periksa, tak guna akal yang matang nak melenting tak tentu pasal,

Dia kata semua tu bukan dia punya mungkin kawan dia punya, lepastu tuduh jugak aku ni isteri derhaka sebab terlalu suka fikir yang buruk2 bila dia dekat luar.

Suami aku suka kata yang tak guna aku solat, baca Al – Quran semua akhirnya dekat suami suka tak hormat dan tuduh bukan2. Rezeki dia susah nak masuk semua salah aku sebab suka derhaka dengan dia.

Bila macam ni aku rasa apa yang suami aku kata tu betul, aku penah cerita dekat family aku jugak tapi tak semua sebab aku masih simpan aib dia.

Suami aku marah kata aku mencanang aib dia dekat org lua, patut hal keluarga settle dalam rumah je. Dia kata aku berdosa besar sebab tak jaga maruah suami dan tak bau syurga sebab aku kufur.

Bila bergaduh memang selalunya aku diam, sebab memang dia akan cakap macam dia betul dan kalau menjawab suami aku akan naik tangan,

Pernah aku report polis dan aku tarik balik sebab aku kesian dekat dia dan mak dia yang datang merayu untuk aku tarik kes.

Ye aku bodoh aku tarik dan maafkan suami aku tapi manusia janji hanya dibibir, bila terdesak semua manis janjinya.

Bila aku balik dengan suami aku sikit2 dia buat perangai lama, aku penah diheret dari dapur sampai ke ruang tamu, dihentak kepala kedinding, dipijak kepala, ditonyoh muka aku dengan sambal.

Kemudian, campak makanan aku masak ke lantai, tarik rambut, sepak kepala, cekik aku, tampar tu perkara biasa dan banyak lagi sebenarnya yang tak mampu aku nak bagitau sebab terlalu sakit untuk aku ingat.. tapi tetap aku maafkan dan rahsiakan dari semua orang.

Tapi tu 6 tahun yang lepas.. sekarang aku nampak dia berubah walaupun dia tetap ade tampar aku, tapi tak seteruk dulu,

Pemalas masih ada dan masih tak berkerja tetap, tapi walau dia cuba berubah hati aku da mati, perasaan aku da kosong, aku pandang dia pun aku rasa benci, aku bertahan kerana anak2 .

Statement tu paling nonsense aku rasa sebab aku tau tak guna bertahan kalau perasaan sayang aku tu dah hilang, tapi aku masih tak kuat.

Kalau aku dekat tempat orang lain pun aku akan cakap yang aku ni bodoh sebab tetap pertahan kan perkahwinan toksik macam ni.

Sekarang ini ketika aku menulis aku dah keluar dari rumah tu, aku duduk dengan parents aku, yang dorang masih tak tau kenapa aku lari dari rumah, cuma aku bagitau bergaduh saja,

Aku tak tau keputusan apa yang aku akan buat, hanya berdoa supaya Allah jauhkan dengan orang yang suka menzalimi aku dan dekatkan aku dengan orang yang soleh dan solehah.

Hati yang mati,

– Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *