Cukuplah Derita Ini Wahai Ay4h

Orang kata “Ayah adalah cinta pertama anak perempuan” tapi Ayah lah luka pertama dalam hidup aku. Aku dilahirkan oleh seorang mama yang sangat lembut orangnya.

Mama diuji dengan masalah kesihatan saat aku dilahirkan. Aku tak pernah salahkan mama kerana aku tahu mama dalam keadaan yang kurang (mentally) ketika aku baru melihat dunia. Tapi aku tahu sayangnya mama tiada batas buatku.

Aku di RAMPAS oleh nenekku. Walaupun mama menghalang semua itu terjadi. Tapi aku cuma tertanya tanya mama je ke yang menghalang? Mengapa aku tidak pernah dengar ayah aku halang?

Nenek ambil aku dari mama atas alasan mama tak okay (schizophrenia). Tapi dimana ayah aku saat nenek mengherdik mama? Dimana ayah ku saat mama dicaci dihina oleh nenek?

Aku? Cumalah bayi 5 bulan yang tiada sedikit pun memori. Aku cuma dengar cerita dari orang sekeliling. Aku dihantar kepada pengasuh. Dijaga siang dan malam oleh orang luar.

Ayah? Dimana Ayah? Adakah tanggungjawab ayah cuma menghulur wang upah untuk pengasuh? Mama pula bagaimana? Tanggungjawab ayah kepada mama? Bengkak susu nya? Rindu anaknya? Mental mama?

Aku? Dari tahun ke tahun aku diceritakan keburukkan mama, budak yang belum boleh membezakan mana baik mana buruk mana bohong mana tipu helah. Aku jadi takut dengan mama.

Setiap kali mama cuba ambil aku di rumah pengasuh yang aku nama kan Mak Timah (bukan nama sebenar) mesti aku meronta tak mahu mesti aku menangis tak mahu. Apalah yang mama rasa masa tu kan. Anak yang dikandung tak mahu dengannya.

Aku dilahirkan tahun 2000 dan setelah usiaku 5 bulan aku tidak dapat kasih seorang ibu. Mesti derita mama aku ketika itu.

Ketika di rumah pengasuh aku tiada memori mama datang jumpa aku yang ada memori ketika nenek sudah ambil aku duduk dengan nya dan aku dan mama ketika itu cuma bertemu seminggu atau 2 minggu sekali apabila ayah cuti.

Namun, Penderitaan mama berhenti apabila umur aku 9 tahun 10 bulan.

Ketika itu aku ada 2 adik lelaki yang sentiasa disamping mama. Aku sangat berterima kasih kepada adik adik aku. Tanpa mereka mesti mama lebih derita.

Mama kami meninggal pada 2009 bulan December ketika usianya 37 tahun pada hari jumaat.

Aku tak tahu nak pendekkan cerita. Tapi selepas mama pergi kami 3 beradik dan ayah tinggal bersama nenek.

Nenek yang tidak lekang makian di bibir, sering mengukit paling sakit paling benci aku dengar apabila dia masih sering mengherdik mencaci memaki kami adik beradik dan mama.

Mama telah pergi selamanya mengapa perlu di sebut? Mama sangat baik padanya mengapa perlu dia herdik?

Ayah? Membatu. Seperti tembok yang keras. Diam membisu tanpa sebarang jawapan untuk mempertahankan mama.

Aku takut bila ayah pergi tandatangan report card aku di sekolah. Setiap kali aku ada gred C dan kebawah aku akan dipanggil “bodoh” didepan kawan atau cikgu. Maruaah aku dipijak depan orang oleh bapa aku sendiri?

Tapi bapak aku yang aku panggil ayah sering tiada di rumah. Tidak pernah bertanya apa aku belajar. Adakah aku okay?

Duit belanja juga terpulang kepada nenek aku. Nasiblah tahun aku air cawan masih 20 sen. Ayah aku cuma beri duit belanja dapur kepada nenek. Pakaian sekolah ku?

Nenek juga yang keluarkan duitnya. Pakaian lain? Nenek juga. Spender koyak baju dalam londeh semua tiada ambil tahu.

Aku curi curi pakai seluar dalam sepupu aku. Aku tiada seluar dalam yang elok. Bertahun tahun pakai yang londeh. Maafkan aku wahai sepupu ku. Ayah aku dimana?

Kenapa keperluan aku tidak dipenuhi? Mana kasih sayang yang ayah patut bagi? Mana tanggungjawab ayah? Aku satu satunya anak perempuan.

Aku pertama kali datang bulan pada usia aku 12 tahun, 2012. Aku tak tahu apa aku patut buat? Aku alaskan tisu. Kayuh basikal pergi kedai dengan duit belanja sekolah yang nenek kasi, aku beli pad sendiri. Selalu aku bocor.

Aku memang sering dimarahi nenek padahal aku cuma 12 tahun? Ketika itu aku masih bermain main.

Tidak matang? Adakah usia itu aku perlu jadi matang perlu bersikap seperti sudah dewasa? Aku cuma tahu pergi sekolah belajar dan bermain. Aku ada exam UPSR. Aku pulun habis habis. Aku juga ada ujian Amali (sekolah petang).

Aku memang berbasikal ke sekolah pagi dan petang. Setiap hari jumaat, aku akan pergi sekolah 40 minit lebih awal untuk mengelakkan sesak ketika orang balik solat jumaat.

Tapi pada satu hari nenek memaki marah aku kerana pergi sekolah awal. Tapi aku tetap berdegil sebab aku tahu jem ketika orang balik solat jumaat. Bahaya. Pulangnya aku dari sekolah petang, aku terus mandi dan bergegas nak pergi mengaji pula.

Tapi hari itu Ayah menendang aku ketika aku baru sahaja keluar dari bilik mandi masih berkemban. Ditendang dimarah kerana pergi sekolah awal? Kerana mulut nenek.

Bukankah ayah patutnya bertanya terlebih dahulu? Bukankah ayah patut melindungi aku? Mengapa ayah?

Sudahla tidak pernah ada saat aku bersedih. Sudahla tidak pernah peluk aku saat aku perlu malah ditendang dimarahi HANYA KERENA PERGI SEKOLAH AWAL?

Sudahla selalu maki aku jika aku tidak score. Tapi Ayah kat mana saat anak mu ini perlu kan ayah? Ayah dimana? Bimbingan dari ayah?

Kami tidak pernah rasainya !

Aku akhirnya dapat upsr 4A1C dan aku terus duduk sekolah berasrama. Ayah cuma ambil dan hntr. Keperluan ku? Pandai pandai aku hidup.

Namun setelah menjadi senior, aku mula pandai mengarahkan ayah untuk belikan keperluan ku.

Namun semua itu kerana aku terbaca mesej di telefon ayah, seorang perempuan sering meminta minta ayah membeli barangan keperluan untuk dia.

Dia itu siapa? Kami ini anak ayah mengapa dia pula yang beria? Maka aku mula meminta minta kepada ayah untuk aku dan adik adik.

Daripada habis dekat perempuan tu? Aku anak ayah. Adik adik aku anak ayah. Kami ada hak.

Cukuplah kehidupan sosial ayah tu ayah, skrg 2023 dah. Ayah masih dalam dunia ayah. Tidak peduli anak anak.

Duit belanja makan minum kami adik beradik dari dulu kalau minta baru dapat. Kalau tidak? Cukuplah ayah berfoya foya. Cukuplah ayah demgan dunia ayah.

Anak ayah sorang je perempuan mengapa susah sangat ayah nak jadi ayah yang memberi kasih sayang? Ayah yang bertanggungjawab?

Sekarang ayah masih ada 2 anak lelaki. Anak perempuan ayah selamat bertemu suami tercinta. Ayah tak malu kan diperli oleh imam kampung?

Bilal kampung dan kadi ketika anak ayah ni nak nikah? Tidak malu kah dengan umur ayah yang sudah meningkat?

Anak ayah penat tengok ayah. Mandi tidak. Pakaian pun kusut masai sedangkan pakaiaan ayah nenek dan anak anak ayah yang uruskan.

Dengan rokok tak henti. Solat entah kemana. Bila ayah nak berubah? Sudah sudahla ayah hidup dalam dunia ayah. Cukup cukup lah ayah.

Anak anak ayah ni makin tiada rasa hormat pada ayah. Berubah lah ayah. Anak anak mu sudah penat. Cukup lah kami membesar tanpa kasih mama dan ayah yang tidak bertanggungjawab.

Cukuplah ayah. Jangan tambah beban mental kami dengan ayah yang sentiasa dalam dunia ayah. Kami lelah.

– Che cha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *