Cukuplah, Tolong Hentikan

Assalamualaikum. Memang luahan aku ni tak ada kena mengena tentang kisah hidup aku tapi ini sajalah platform aku nak meluahkan apa yang aku rasa.

Sekarang ni aku tengok drama-drama Melayu di kaca tv semakin berani keluarkan aksi-aksi yang tak sepatutnya.

Ye, aku akui, kalau bab pakaian, dari zaman cerita Melayu yang tak ada warna lagi memang dah biasa dengan berkemban, tapi ini bukan soal pakaian. Ni pasal aksi-aksi panas yang tak sepatutnya ditayangkan.

Imran Bard ada kupas dalam tiktok pasal ni. “Kau tu Nur, kau tu Muhammad”. Ye, ayat tu sesuai sangat. Macam mana barat sekali pun kita ni, kita kena ingat yang kita ada culture, kita ada adab. Kena sensitif bab ni. Tak boleh main langgar je!

Baru ni aku ada tonton satu drama. Aku ni pulak memang suka tengok drama tau. Yelah, sambil-sambil lipat baju atau kemas dapur tu, aku tengok tv sekali. Jadi tak rasa stress sangat nak lipat baju, hahaha.

Tapi kadang aku rasa lebih stress tengok drama dari lipat baju. Mana taknya, drama-drama sekarang kebanyakkannya pasal suami curang, suami kaki pukul, yang jahat pun balasan dia paling-paling mati eksiden.

Yang isteri teraniaya tu terus teraniaya sampai kesudah, tapi ada juga drama ending dia wife dia buat keputusan bijak. Itu aje lah modal drama Melayu ni.

Tapi aku tetap juga tengok sebab aku tak minat kdrama. Layan Kdrama ni tak jadi lipat baju karang sebab nak kena baca subtitle dia kan. Mana gayanya sambil buat kerja tengok kdrama.

Jadi nak ceritanya drama ni, dia tulis lah untuk 16 tahun ke atas tapi keluar kat tv. Aku ni wondering jugalah drama Melayu keluar tv tapi untuk 16 tahun ada apa-apa ke. Jadi aku teruskan je tengok.

Mula-mula tengok drama ni okay je. Tapi makin lama makin nampak unsur-unsur yang tak baik, hisap dadah, dadahkan isteri etc etc dan yang paling aku tak boleh terima akal, part yang ada perempuan dekat bawah meja!!

Aahhh setan! Anak aku umur 15 tahun tanya aku, “mak, dia buat apa dekat bawah tu mak” . “Dia menyorok, kan bini dia datang tu”

Macam mana part tu boleh lepas ek? Scene-scene macam tu tak patut disiarkan! Dari budak tak tahu jadi tahu nanti.

Pelakon-pengarah-penulis skrip semua kena tahu yang korang ni ada pengaruh kuat dalam masyarakat, bukan sekadar mengaut keuntungan hasil dari drama/ movie yang korang hasilkan.

Aku tengok pelakon Melayu, pengarah Melayu, penulis skrip Melayu, rata-rata Melayu tapi takkan tak tercapai dekat akal korang yang aksi-aksi macam ni tak perlu buat pun sebenarnya!

Ye aku akui, kisah yang dalam drama ada berlaku dalam realiti tapi tak perlu nak bagitahu semua secara umum yang benda ni berlaku dekat negara kita! Dari orang tak tahu jadi tahu.

Aku teruskan juga tengok drama tu sampai habis tapi aku tak dapat apa-apa pengajaran dia. Ye aku tauu aku buang masa tapi macam aku cakap aku tengok time aku buat kerja, lipat baju, kemas dapur tapi still aku rasa cerita macam tu tak perlu!!

Sama macam cerita kapla kapla tu. Bahasa kesat! Tak hormat mak bapak. Apa benda cerita macam ni eh? Apa pengajaran yang kau nak sampaikan? Ke kau buat satu naskah cerita semata nak untung je??

Kepada pengarah, penulis, pelakon dan penggiat seni tanah air, ketahuilah yang korang ni mainkan peranan besar dan memberi impak besar dalam masyarakat dan negara tau sebenarnya!

Buatlah cerita yang ada hikmah. Tak mesti kau kena buat cerita Islamik. Tak mesti kau kena jadi penunggang agama. Tapi banyak je kan cara boleh olah.

Hentikan cerita Melayu gengster, hentikankan cerita Melayu sosial. Apa teruk sangat ke bangsa aku ni???

Buatlah cerita-cerita Melayu berjaya ke apa, faham tak? Janganlah tunjukkan bangsa aku bangsa paling bermasalah dan mundur!

Kau nak adaptasi cerita Korea boleh tak ada masalah tapi sesuaikan dengan culture kita. Jangan part comolot pun kau nak buat.

Weh, Allah bagi korang kelebihan boleh berkarya, beri ilham untuk membuat satu naskah tapi kau buat cerita setan! Tajuk bukan main lagi ke syurga bagai tapi lebih kepada go to hell too easy aku tengok.

Ketahuilah eh media massa ni sangat mainkan peranan dalam membangun sebuah negara tau.

Kau tengok je lah rakyat isnotreal tu macam mana diorang kena brainwashed sampai tak boleh nak bezakan mana satu betul mana satu tidak. Dan tengoklah macam mana meta sekat post-post berkaitan falistin. Nampak tak??

So korang penggiat industri seni tanah air ni baik di depan tabir mahupun di belakang tabir, korang bertanggungjawab atas apa yang korang hasil dan siarkan.

Korang jangan ingat peguam je kaki dia antara ke syurga ke neraka. Tapi korang pun sama sebenarnya, mungkin korang je tak perasan.

Jadi, hasilkan naskah-naskah yang bermanfaat, novel-novel yang kita boleh ambil iktibar, supaya bila diadaptasi, drama tu ada kualiti.

Bukan balik-balik, laki curang, balik-balik kena sondol, yang jahat mati kena bunuh, eksiden, kalau insaf pun mati. Mati aje penamat ceritanya. Think out of the box. Aah gitu kan kata-kata dari domestic engineer.

Ye aku tahu aku ni hanya suri rumah tapi suri rumah ni juga yang support drama-drama korang ni. Kau ingat yang kerja helok tu nak tengok ke drama kau tu? Diorang tengok netflax , wak. Sebab tu ambillah kata-kata aku ni okay.

Hahahahaha, aku ni cakap macam diorang akan baca kan.

Masalah sosial dan jenayah semakin menjadi-jadi dekat Malaysia korang tak takut ke?

Jadi banyakkanlah cerita yang lebih positif, lebih kedepan. Hentikanlah juga cerita yang tunjuk macam mana nak bunuh mak bapak lah, macam mana nak rompak rumah orang ya Allah apa ni!!

Okay sekian luahan dari seorang Zetty. Hahahaha zetty uolss. Nama aku zaiton. Tapi bila orang tanya zetty. Kerja apa, domestic engineer. Haa baru diva jadi suri rumah kan.

Mana-mana aku isi borang aku tulis domestic engineer. Lepas tu bila bantuan tak dapat aku meroyan. Dah kata engineer buat apa nak bantuan kan.

Selamat berkarya. Kita mampu merubahnya.

– Zetty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Harap2 produser pengarah dan penulis skrip baca confession ni dan buatlah sesuatu. Jangan ingat suara begini hanyalah cebisan saja. Ramai yang tak suka tapi bila dah dihidangkan dalam tv atau saluran berbayar.. apa pilihan yang ada.
    Sekarang pun kebanyakan cerita yang ditayangkan di dalam semua saluran tv internet adalah berunsurkan keganasan, seksual dan masalah yang sangat keterlaluan. Maybe cerita begitu ratingnya tinggi. Boleh jadi bukan sebab suka pun tetapi sebab ada orang yang buka tv sambil lipat kain atau ketika buat kerja rumah yg lain.

    Pada pandangan saya, kita boleh beralih ke saluran yang lebih positif.
    Pilihan di tangan kita.

  2. Saya pun dah lama stop tengok drama Melayu kak. Ada la cuba tengok balik. Cuba tengok 7 Hari Mencintaiku season 3. Hmph, halfway je. Makin merepek. Lepas tu memang tak de la nak tengok lagi dah drama Melayu. Rasa bersalah juga kadang2 macam merendahkan negara sendiri pula. Tapi nak buat macam mana kalau kualiti entah apa2.

    • Hrp pihak2 produksi baca la luahab awak ni. Mmg x best dah cite Melayu skrg ni. X mencabar minda. Buat yg komersial je asal dpt buat duit.

  3. Sabar kak… Sabar……hahahahahha
    Saya dh lama stop drama.. layan didi n friends je… Hari² lompat menari dgn anak…ahahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *