Hi, saya orang utara, suami sabahan. Sejak saya balik kampung suami banyak benda buat saya terkejut. Especially part lelaki perempuan semua akan bersalam waktu beraya.
Kalau ada yang datang rumah sebelum balik confirm kena salam semua. Mak mertua cakap macam adik beradik juga semua ni. Nak taknaklah kita pun hulurlah jugak.
Then ada bacaan doa aka kenduri doa selamat. Selama saya balik selalu saya tengok confirm akan ada bakar kemenyan.
Then ada 1 tahun yang buat saya resah apabila bacaan doa selamat siap ada barang makanan macam offering macamtu. Dengan buah-buahan, ayam bakar dan sebagainya.
Saya tanya mak mertua untuk apa semua tu? Dia cakap untuk bagi makan nenek moyang dia. Dia selalu sakit semenjak dua menjak ni then ada dukun bagitau nenek moyang marah sebab lupa dekat dia.
Datang orang doa dia duduk depan kemenyan tu baca2 semua then malam tu juga kami semua bergerak ke tepi sungai untuk buang ayam bakar yang dibaca doa. Dia selalu buat bacaan doa tapi ni pertama kali dia buat macamni.
Lepastu dulu kami tidur dekat ruang tamu ja. Sebab dia tidur dalam bilik. Entah kenapa tahun ni dia bagi kami guna. Saya pun legalah senang nak tukar baju solat semua. Buka ja pintu ada 1 meja kecil depan katil. Ada makanan dalam talam. Of courselah kita bertanya sapa punya?
Mak mertua selalu makan dengan kami tak pernah nampak dia makan dalam bilik. Rupanya dia cakap untuk kembar suami. Kalau makan apa2 kena bagi dekat dia sebab kalau takbagi nanti dia marah mak mertua saya sakit.
Saya peliklah sebab suami anak bongsu tak pernah dengar dia ada kembar abang atau adik. Abang sulung adalah sorang.
Mak mertua cakap bukan. Ni kembar yang lahir dengan kita. Semua orang ada kembar masing-masing. Mula2 tu takdapat tangkaplah. Tanya suami dia pun cakap taktau tapi memang dari dulu dah buat benda ni.
Tanyalah mak saya dia cakap mungkin qarin kot. Tapi kita pulak yang meremang. Baru tau yang bila dia bakar kemenyan dekat luar ada 1, dalam bilik pun ada 1. Siap berhidang makan.
Hari2 apa yang kami makan confirm ada dalam bilik. Macam haritu balik saya sajalah beli roti krim gardenia ada dalam bilik siap dengan air lagi.
Suami cakap memang culture sini macamni. Waktu saya pergi rumah lain pun bacaan doa dia sama. Ada berasap kemenyan. Takpa ke kalau saya ikutkan adat budaya mereka? Saya nak solat dalam bilik tu pun rasa macam tak tenang.
Mak dengan bapak mertua solat. Mak mertua saya baik. Jaranglah dia nak marah ke apa. Suruh buat kerja pun tak pernah. Kalau saya basuh pinggan pun dia suruh letak takpayah buat.
Cuma dia hati lembut sikitlah. Sebab tu suami dengan saya macam tak sampai hati nak tegur ke apa. Dahlah kami setahun sekali ja balik.
Bila cerita dekat mak sendiri dia cakap tak boleh, syirik. Kena tegur. Tapi itulah saya takut. Sebab semua dekat sini rasa benda tu normal. Siap bapak mertua yang bakarkan kemenyan.
Mak mertua dia ada 1 perangai juga suka manjakan cucu dia. Kalau boleh jangan sapa pun marah atau tegur cucu dia. Buatlah apa pun semua okay. Kita yang berbulu tengok anak melampau sangat.
Bila dia cakap nak buat bacaan doa selalunya saya tolong bab2 hidang makanan jelah. Start saja berasap kemenyan dengan doa saya duduk diluar. Suami tegur saya cakap saya tak tahan bau kemenyan. Pening.
Apa pendapat anda semua tentang hal ni?
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sy org asal sabah dan mmg ada sesetengah adat dari satu bangsa ni mmg asingkan makanan tertentu utk bagi makan nenek moyang/ kembar manusia atau apa2 sahaja yg mereka panggil itu mmg syirik dan jangan ikut. islam tak ajar pun benda2 mcmni. sy tak nak lah sebut bangsa satu ni sb takut dikata rasis pulak
Minta maaf, tp mmg masih ada ‘ritual’ sebegini di tempat2 yg agak ‘rural’.. bkn kta mereka x bertamadun, tp mngkin mreka kurang ‘pendedahan’ kpd ilmu tauhid yg mantap, so mrk masih mngamalkan apa yg nenek moyang mreka amalkan.. spt juga cerita dlm qur’an mngenai org arab ‘jahiliyah’ yg masih kuat pegangan kpd amalan yg bertentangan dgn islam
saya pun sabahan, saya pernah nampk jugak macam ni tapi di rumah nenek saudara la. bila dah besar ni baru tau tu semua syirik. dulu masa kecik, saya dengan cousin curi makan hihihi
Sah! Mmg family mertua awak dah biasa amal perkara syirik mcm yg awak ceritakn tu. Klau awak x suka, x selesa, x mahi trlibat, jauhk diri waktu upacara brlangsung. Klau ada saudara mara, kwn2 yg lbh berilnu agama yg mantap, bawa bertemu kluarga agar dijelaskn apa tu syirik.
Entahlah aku bukan alim sangat tapi dulu dulu salam je sesiapa yang dianggap tua tanpa rasa bernafsu pun..skrg dah dewasa baru selected …
MCM kwn aku punya ayah pun aku salam je sebab anggap MCM ayah..
Bab sesajen @ sembahan makanan tu mungkin Dorang ikut ikutan adat dulu kala turun temurun.mungkin pengetahuan bab ugama tauhid kurang.Jangan terus judge Dorang ya.. slowly terangkan PD suami tu..