Untuk part I, (https://iiumc.com/culture-shock-dengan-keluarga-suami/).
Assalamualaikum semua. Ini adalah sambungan daripada confession tempoh hari. Aku tengok banyak komen2 yang positif.
Dan ada jugak komen yang cakap cerita aku ni seolah too good to be true la, cerita rekaan la dan sebagainya. Terpulang kepada anda jika ingin percaya atau tidak. Hari ini saya akan cerita ujian2 yang kami hadapi.
Tidak dinafikan semestinya tak semua indah belaka dalam perkahwinan kami. Ya memang ada ujian yang menimpa kami.
Yang pertama, kami masih belum dikurniakan anak kerana aku ada penyakit yang membuatkan aku susah untuk mengandung.
Orang cakap biasalah awal lagi. Nak anak ambil masa sikit untuk menjadi. Tapi mestilah aku rasa down dan sedih sebab kawan2 aku yang lain walaupun baru kawin sebulan lebih, dah pregnant. Tapi aku masih lagi tak menjadi. Memang sangat teringin nak anak.
Tapi Alhamdulillah suami ku tak pernah cakap nak kahwin lain, atau pun bermasam muka dengan aku atas sebab aku susah untuk mengandung. Suami pernah cakap, semua yang kita ada adalah rezeki. Belum ada anak pun rezeki sebab kami boleh luang masa bersama2 dengan lebih akrab lagi.
Untuk ini aku sangat lega. Kadang kala aku takut bila kawan2 cerita yang suami mereka mintak cerai semata2 susah untuk mengandung.
Suami aku juga pada awalnya bukan lah seorang yang perfect. Masa awal2 kahwin dulu, suami masih bekerja di syarikat swasta. Gaji yang sepatutnya orang kata more than average, tapi entah kenapa untuk kami, selalu sesak setiap bulan walaupun hidup masih berdua.
Dulu bila suami dah gaji, dia akan bayar segala komitmen, termasuk nafkah aku, barang rumah dan sebagainya, tinggal lah tak sampai 300 untuk survive setiap bulan. Untuk simpanan memang takde.
Bila ada emergency, macam kereta rosak, kena guna duit tiba2, suami akan kusut, sedih, tertekan sebab rasa diri tak berguna dan miskin. Baju baru untuk aku, sangat2 jarang aku dapat. Suami bertambah stress bila datang hari raya.
Walaupun duit tak banyak, dia masih akan belikan baju raya untuk aku. Dan kemudian dia akan stress memikirkan macam mana nak survive sampai hujung bulan. Dalam kes ini, aku bersalah.
Kadang2 aku terikut kan kawan2. Kawan dapat baju baru, aku pun nak baju baru. Aku tak pernah cuba untuk fahami suami ku dulu. Maaf kan sayang abang. Masa ni, suami ku liat untuk solat. Kadang2 solat, kadang2 tinggal terutama sekali solat subuh dan asar.
Aku rasa ini lah sebab kenapa rezeki dia asyik tak sampai. Makin lama, entah kenapa suami tiba2 insaf, dia mula solat penuh, baca Quran, dan solat sunat. Kalini dia pula yang kejut aku untuk solat subuh.
Sejak dia mula solat penuh, rezeki dia bertambah2. Ada 1 masa, dia dapat 7 panggilan interview at the same time. Semua dari syarikat besar dan terkenal di malaysia.
Daripada 7, 6 syarikat offer suami ku pekerjaan dengan position yang tinggi dan gaji lumayan. Suami ku terima offer daripada syarikat GLC yang sekarang dia sedang berkhidmat.
Kalau kalian dah baca confession aku yang pertama, suami ku jenis yang rajin tolong buat kerja di rumah. Meringankan beban aku dan akan selalu buat kerja2 yang berat.
Sama juga seperti adik beradik nya. Semua rajin dan pandai masak. Layan isteri bak puteri dengan penuh kasih dan sayang. Tapi dalam keluarga aku, totally opposite. Keluarga aku jenis merajakan lelaki dan menghambakan perempuan.
Bila pertama kali di rumah aku, dia pula yang culture shock sebab terkejut tengok yang perempuan buat kerja macam2, dan yang lelaki di ruang tamu tengok TV, menunggu makanan di hidang.
Tapi suami aku tak biasa macam tu. Suami ku pun beranikan diri tolong ibu ku di dapur. Pada awalnya ibu kurang selesa sebab takut di marah oleh ayah ku kerana membiarkan lelaki buat kerja2 perempuan.
Makin lama, ibu makin selesa bila suami ku tolong di dapur. Dari memotong bahan2, sampai lah masak lauk2 yang simple.
Bila suami ku tolong2 ibu di dapur, ibu nampak lebih gembira dan banyak berbual daripada sebelum2 ni. Mungkin seronok sebab sebelum ni takde anak2 lelaki yang pernah tolong di dapur.
Kalau tiba waktu makan, dulu kami yang perempuan ini akan melayan yang lelaki2 makan. Cedok lauk, buat air, amik air basuh tangan.
Kami biasanya tak sempat habis makan sebab sibuk melayan kehendak2 yang lelaki2 ni. Biasanya aku lah yang jadi mangsa untuk ke dapur buat itu ini semasa makan.
Pertama kali suami ku makan bersama keluarga ku, belum sempat aku suap nasi, abang2 dan ayah ku seperti biasa mintak aku goreng kan telur dan buat kan nescafe. Aku pun macam biasa terpaksa turuti kehendak mereka.
Tapi tiba2 suami cakap, “Duduk sayang. Makan sampai habis sebelah abang.” Aku jadi terhimpit, tapi aku tahu aku kena ikut cakap suami. Abang2 ku dan ayah ku sudah mula menarik muka dan ini membuatkan aku kurang selesa dengan situasi ni.
Aku juga selalu jadi mangsa untuk menjaga anak2 buah aku sebelum ni ketika parents mereka sedang menonton TV atau keluar berjalan2. Aku lah yang selalu beri mereka makan, mandi kan dan tidur kan mereka.
Satu masa, abang2 aku dan isteri mereka ingin keluar berjalan2. Mereka suruh aku mandikan dan beri makan pada anak2 mereka.
Tapi sebelum aku berbuat apa2, suamiku suruh aku masuk bilik dan rehat. Aku hanya turut kan saja permintaan suami dan aku lihat muka abang2 ku dan isteri mereka terus berubah seolah2 menyampah dengan suami ku.
Bila suami ku masuk bilik, aku persoalkan suami kenapa buat macam tu. Jujur aku rasa marah dan risau dengan tindakan suami. Aku takut adik beradik ku akan cakap2 macam2 pasal suami ku.
Tapi aku ingat lagi suami menjawab persoalan ku,
“You are my priority. My wife. Bukan hamba diorang. Kalau tolong sebab memang perlu, its ok. Kalau setakat nak lepas tangan daripada jaga anak2, baik tak payah beranak, tak payah kawin.
Those hard times for you dah habis, Its now for you to rest and spend your life with me together. Diorang nak benci abang, takpe abang tak kisah, Yang penting, i know i did the right thing for you”.
Masih melekat ayat tu di dalam kepala ku. Mendengar kata2 suami ku, hatiku sebak, berkaca mata ku, aku mintak maaf pada suami kerana aku seolah2 marah dengan suami ku.
Sehingga kini, adik beradik aku dan ayah aku masih kurang suka dengan suami ku. Bila suami cuba berbual dengan mereka, mereka hanya mendiamkan diri dan pulau kan suami ku. Layan acuh tak acuh. Tapi aku tahu suami ku tak kisah. Dia tak pernah sekalipun merungut tentang hal ni.
Life kami tak perfect macam yang diceritakan dalam confession yang pertama. Banyak ujian. Tapi bak kata orang, kalau kita ambil yang baik2, fokus yang baik2 saja, inshaallah, you will feel perfect.
Sekian.
– Cik Puan S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit