Assalamualaikum dan hai semua. Aku takde apa pun nak luah kan. Cuma ada satu je yang menjadi tanda tanya.
Cerita nya aku seorang yang pernah berkahwin sebelum ni. Aku sorang isteri yang turut dan tak pernah meminta serta aku seorang yang bekerjaya.
Nak diceritakan ex suami aku ni biasa2 je. Kerja biasa semua biasa.
Tapi dia ni mungkin terlalu selesa dengan aku yang tak meminta2 dan pandai berdikari ni. Sampaikan dia tak pernah nak amik kisah pasal belanja aku barang dapur api air rumah semua.
Dan dia juga suka buat motor merempit sana sini.
Aku takde anak. Aku selalu kena tinggal dengan dia kalau dia pegi naik motor dengan kawan2 dia.
Lama2 buat aku tawar hati dan aku pun curang. Sebab dah banyak kali aku slow talk tapi tak berubah.
Lepas kantoi aku curang dia ada lafaz talak dekat aku. Dan rujuk semula katanya janji nak berubah.
Tapi lepas rujuk sama jugak dan aku amik keputusan untuk berpisah terus. Dan aku pun hidup berasingan dengan dia.
Selama tempoh asing dia maki2 aku katanya aku nusyuz. Sedangkan sebelum aku berasingan aku dah bagitau pada dia. Kalau dia tak berubah aku akan keluar rumah.
Tapi sama je. Dia fikir aku main2 sebab selama ni aku jenis berlembut dan tak pandai nak melawan. Jadi aku amik keputusan tinggalkan dia.
Jadi selepas 5 tahun berlalu. Aku pun minta fasakh. Sebab dia pun dah tak pernah kisah pasal aku.
Bila fasakh maka terjatuh lah talak sebab dah 5 tahun tak hidup sebagai suami isteri.
Tapi masa dah terjatuh talak tu. Dia cakap yang dia tak redha dengan apa yang aku buat selama ni dekat dia.
Dan sampai sekarang aku masih pelik. Aku ke yang salah sampai kan dia tak redha. Dan aku jugak ke salah sebab mintak fasakh?
Oh yaa, yang pasal curang tu. Bila kita rujuk semula aku dah takde laki lain. Sebab aku percaya ex suami aku berubah.
Dan sampai sekarang pun dah bertahun aku masih trauma nak ada pasangan lain. Dan aku bingung laa.
Pasal redha ni. Ex suami tak redha aku minta fasakh. Dan tak redha apa aku buat selama ni.
Dan yang paling aku bingung dia kata sampaikan aku kawin lain sekalipun nanti. Aku takkan bahagia.
Aku ada mintak maaf masa talak tu jatuh. Tapi dia kata dunia akhirat dia takkan maafkan.
Jadi aku bingung. Perlu ke aku mintak maaf semula? Melutut macam yang dia mahukan?
Tapi apa salah aku? Sedangkan satu kata maaf pun tak ada dari mulut dia.
Aku bingung sekarang ni. Dah 2 tahun berlalu. Aku masih terfikir2.
Nak tanya tapi dia dah block aku pulak. Entah laaaa.
– Afina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak perlu la minta maaf berlutut bagai. Sebenarnya dia dengki sebab awak dah bebas dan bahgia tanpa dia. Dia play victim. Dia tak redha apanya kalau dia x jlnkn tgjwb sebg suami. Semua bini yg tanggung. Klu awak lulus kes fasakh bermakna dia kalah dan dia culas nafkah dn tgjwb. Awak bykkn berdoa kpd Allah supaya awak bahgia dan selamat. Bukan dia yg menentukn masa depan awak. Abaikn segala kata2nya. Mulakn hidup baru dn move on. Putuskn trus hubungan dgn ex awak tu. Jgn fikir dn toleh belakang dn semua dh jd sejarah.