Tipikal kan topik ni tapi tulah saja nak meluah selalu asyik baca luahan orang lain je.
Saya lagi berapa tahun je nak masuk 4 series, muka rasanya awam je, kerja bisnes sendiri ada turun naik, savings ada la dalam 12 bulan gaji. Tapi tu semua kan pinjaman Tuhan, takde yang kita punya.
Perasaan nak berumah tangga tu ada tapi saya anak bongsu yang jaga kedua parents, parents jenis typical Malay parents yang mencabar jugak untuk saya hadap sorang2.
Teringin nak ada life sendiri, nak rasa disayangi, disantuni seorang lelaki tapi tulah pengalaman sendiri & orang sekeliling buat saya takut.
Macam mana kalau kawen pun partner tu tak jaga baik macam family sendiri ie lagi teruk layanannya.
Saya yang menanggung keluarga sekarang, jadi sayalah yang keluar bekerja. Tapi, banyak cabaran & risiko kena tanggung.
Tak taulah kenapa, umur 30an ni ramai yang nampak berminat tapi yang berani approach adalah suami orang yang umur lingkungan lebih kurang termasuklah warga emas.
Yang bujang pulak tak berani tegur.
Baru-baru ni ada kenalan cuba nak match make dengan anak saudara dia. Tengok gambar saya okay tapi bila jumpa saya tak berkenan dengan appearance dia (dari segi kebersihan & kekemasan). Kerjaya okay.
Ada sorang lagi bagi hint macam berminat, umur rasanya sebaya, saya pun rasa berkenan dengan rupa, tapi bila buat background check, dah kawen ada anak.
Lepas dah tau dia dah kawen, saya dah tak layan tapi dia masih pandang2 setiap kali jumpa. Dia just nak test market.
Mungkin saya duduk dalam circle yang salah tapi saya susah nak berhijrah sebab menanggung kedua parents.
Tak terkira berapa kali rasa nak give up sebab burnout dengan isu kerja, nak deal dengan parents & gangguan dari suami orang.
Saya cuma nak rasa tenang & selamat tapi tu pun rasa susah untuk perempuan zaman sekarang.
Saya harap sangat ada yang lindungi saya, sebab saya rasa penat nak menghadapi semua sorang2.
Ada ke yang faham apa saya cuba sampaikan ni?
– Ella Enchanted (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit