Salam. Nama aku XYZ. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi aku cuba. Aku tak pandai karang ayat. Jadi, aku luahkan dalam bentuk senarai.
Nak lukis pun tak pandai.
1. Dari kecil, selalu nampak mak ayah gaduh. Selalu ayah yang mula. (Gaduh mulut)
2. Mak terlalu baik. Selalu menangis sendiri. Selalu pendam sendiri.
3. Ayah licik. Sosial skill A+. Depan orang nampak hebat. Hakikat, kami dalam rumah sengsara (secara emosi)
4. Alhamdulillah hidup kami cukup, tak pernah lagi berlapar. Cuma selalu struggle untuk stabilkan emosi.
5. Ayah claim memang family dia jenis suka cakap lepas, cakap kasar. Memang diakui, pak cik mak cik pun jenis lagu tu. Tapi bila kita cakap kasar, pandai pula terasa.
6. Keluarga cukup makan pakai sebab mak aku kerja. Tapi ayah kuat berhutang. Kad gaji pun along pegang.
Dulu masa sekolah, nampak mak struggle nak sekolahkan. Ayah hutang tak setel, dia akan lari, selalu mak yang tolong setel.
7. Bila dalam susah, ayah pandai drama air mata. Pastu ulang lagi perangai sampai kiamat. Kami yang bodoh sebab bagi peluang atau dia yang pandai ambil kesempatan?
8. Bila dah besar, anak-anak lelaki semua jarang cakap dengan ayah sebab sakit hati dengan apa pernah lalui. Ayah claim ngan kawan-kawan anak kena gangguan. Sebab tu biadap dengan dia.
9. Kami malu nak jumpa kawan-kawan ayah sebab ayah jenis penghutang.
Pernah kena sindir sebab ayah tak bayar hutang, apa kami nak buat kalau masa kena sindir pun kami tak da duit sebab masih sekolah? Belanja sekolah kami yang mak bagi pun kadang-kadang ayah pinjam.
10. Aku benci ayah tapi dalam masa yang sama aku selalu ingat pesan mak untuk sentiasa doa dan hormat orang tua. Kadang aku geram dengan mak, macam-macam ayah dah buat masih lagi nak buat baik ke?
11. Paling aku terkesan, mak pernah telefon aku bagitahu ayah cekik dia sebab mak tak nak cakap dia. Macamana mak nak cakap kalau hari-hari kena cakap kasar?
Masa mak kol tu aku kat kolej. Jadi, aku menyesal sangat tak dapat tolong mak.
12. Ayah jenis pijak semut pun tak mati. Kalau orang luar confirm tak akan percaya apa yang kami lalui. Betullah orang cakap hanya isteri/anak-anak saja yang kenal suami/ayah betul-betul.
13. Sekarang, aku dah kawen dan ada anak-anak. Ayah masih dengan perangai dia. Cuma sekarang aku berani sikitlah nak sound ayah kalau dia cakap kasar dengan mak. Tapi tu lah, pastu buat lagi.
14. Suami aku alhamdulillah. Tapi dia tak percaya apa yang aku cerita semua pasal ayah. Sebab apa? Baca no 12.
Banyak aku nak tulis, tapi setakat ni lah dulu. Mungkin dalam penulisan tak terasa sangatlah luahan emosi aku ni. Tapi hanya Allah yang tahu.
Cuma aku nak pesan, terumatanya kepada suami atau isteri. Kalau nak buat jahat/ gaduh, tolonglah jangan depan anak-anak.
Anak-anak memang nampak tak kisah tak faham. Tapi percayalah ia akan terngiang dalam minda diaorang sampai bila-bila.
Masa aku 4 tahun, aku masih ingat lagi dengan jelas, ayah aku terajang talam kuih yang mak aku penat-penat buat.
Sekarang umur aku dah 30-an. Tapi imej tu masih jelas lagi dalam otak aku.
Doa aku sihat mental fizikal. Aku penat tersenyum diluar tapi emosi celaru. Panjang pulak aku tulis. Ok, itu saja lah.
– XYZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit