Assalamualaikum semua, ni bukan cerita aku, tapi cerita yang tengah panas dan mungkin tidak lagi panas ketika tulisan ini dipaparkan. Mungkin juga sudah selamat menjadi sepasang suami isteri yang bahagia.
Minta maaf sekiranya penulisan ini akan jadi terabur atau panjang sebab aku menaip menggunakan emosi.
Cerita suami yang jandakan isteri demi seorang janda. Sumpah isteri-isteri boleh mental kalau follow kes penyondolan ni.
Ya, bukan cerita aku tapi sakit nya aku rasa atas kapasiti seorang perempuan, seorang isteri dan seorang ibu. Suami yang harini bergurau manja tiba-tiba esok nya menjadi orang asing.
Si isteri dikhianati, dicurangi sampai tahap ke bilik hotel. Berjuang la isteri sampai si suami & si janda ditangkap khalwat.
Semua laporan pada pihak berwajib dia buat tapi tiada tindakan dari pihak jabatan berkaitan. Mungkin sebab mereka dari kalangan ‘somebody’ dan si isteri hanyalah orang awam.
Inilah hakikat pahit yang orang awam perlu telan. Maka tersenyum bahagia la si suami dan si janda sambil si janda sedang berbangga dengan hasil sondolannya.
Mental si isteri “ditorture” habisan. Bangga ‘expose’ mereka bahagia padahal eddah si isteri belum habis. Tiada sedikit rasa bersalah pada mereka.
Mereka bangga mengatakan ditangkap khalwat selepas bercerai, bercerai yang belum diputuskan oleh pihak makamah.
Ayat si janda “mana ada suami sesiapa”, jadi kalau bukan suami sesiapa kamu boleh keluar masuk hotel tanpa ikatan yang sah la? Tak malu dengan Allah?
Teruntuk si suami,
Normalkah suami bawak skandal teman untuk ceraikan si isteri kat makamah? Normalkah si suami melayan permintaan skandal untuk swafoto depan isteri pada hari penceraian semata untuk sakitkan hati si isteri?
Aku yang bukan sesiapa antara kalian pun rasa kecewa yang amat sangat.
Serius talk, apakah perasaan kau ketika itu? Langsung tidak terbayang wajah anak kau? Terfikirkah kau saat itu perasaan ayah dan ibu dia?
Kau guna kan kelemahan dia untuk curang belakang dia? Sekarang apa kau rasa? Sudah puas? Ada tak sekumit rasa penyesalan kat kau tiba-tiba anak kau ada bapak tak guna?
Tiba-tiba anak kau hilang kasih sayang seorang bapak? Mungkin sekarang belum masa kau dapat balasan tapi jangan kau nafikan doa orang teraniaya dan cukup lah guna nama Allah untuk menutup dosa yang kau lakukan. Buat dosa itu pilihan kau bukan takdir daripada Allah.
Kalau kita jahil jangan terlalu tunjuk kita jahil secara terbuka erti kata lain jangan jadi penunggang agama. Hidup lah kau dihaluan kiri yang kau pilih.
Dan kalau kau buat salah, kau mengaku, minta maaf dan diam. Bukan kau join sekali buat video sweet macam si janda tu buat, lepas tu cakap tak curang, bekas bini kau yang meroyan.
Mana tak meroyan dia, dia sendiri tangkap suami dia dengan perempuan lain dalam bilik hotel lepas 5 hari diceraikan diluar makamah.
Cerai luar makamah bukan tiket untuk kau maksiat. Kau lelaki patut kau lagi matang. Minta maaf dengan orang yang kau sakiti, minta maaf dengan anak kau yang tak berdosa.
Kehadapan penyondol terpaling tersakiti,
Kau pernah jadi isteri orang, kau juga seorang ibu, apakah kau akan bahagia kalau suami kau curang? Apakah kau bahagia bila anak kau hilang bapak? Apakah kau bahagia bila jadi kan anak-anak kau terlahir dalam ‘broken family’?
Kau perempuan, kenapa perlu kau sakitkan hati perempuan lain langsung tak ada buat salah dengan kau?
Kau dah salah, tak perlu nak torture mental nya. Minta maaf dan diam. Tak perlu berbangga dengan hasil sondolan berkiblatkan takdir.
Tidak perlu dengan penggunaan ayat “ini takdir Allah, kita dah usaha” takdir Allah yang kau menyondol suami orang? Kau usaha untuk meruntuhkan masjid orang?
Dan kau jugak jangan nafikan hak doa orang teraniaya, kalau bukan harini mungkin esok. Tidak tahu bila tapi pasti, cuma lambat atau cepat.
Jadi jangan terlalu bermegah sebab dapatkan sakitkan hati orang lain. Kau belum menang cuma sekarang kau di hadapan. Jangan terlalu yakin kau akan baik-baik sahaja.
Bumi ni bulat, ingat si isteri tak pernah sangka dia jadi janda sebab janda macam kau. 3 tahun kedepan kau belum tahu kau seperti apa ketika itu. Tolong jadi janda yang ada rasa malu.
Ambik hak orang diam, bukan hari-hari update video dengan bekas laki orang yang mana si isterinya masih dalam eddah.
Kau tetap penyebab runtuhnya masjid ni walau seribu alasan kau menafikan, jadi kau perlu diam bukan playvictim macam laki kau yang kena rampas.
To adik penyondol yang terpaling supportive,
Aku ada baca yang kau cakap masalah family kau tak war-war kat public. Kau gigih pm maki follower isteri bakal abang ipar kau, semata nak tegakan benang yang dah basah.
Ok baik, aku nak tanya dalam situasi ini apa yang kau akan ‘public’ kan pasal kakak kau? Kau nak ‘public’ kan yang kakak kau ada skandal dengan laki orang sampai ke bilik hotel?
Kau nak public kan yang kakak kau ber****n depan lift hotel? Kau nak public kan yang kakak kau runtuhkan masjid orang? Kau nak public kan bekas abang ipar kau pukul kakak kau sebab kakak kau perangai tak semengah? Mana satu?
Yes, yang paling suci tu kakak kau lah. Kau jugak perempuan, tolong jangan keruhkan keadaan.
Better kau diam dari bercakap, sebab kau berada dipihak pemangsa bukan mangsa. Bukan abang ipar kau yang kena sondol. Bukan kakak kau yang kena curang. Bukan anak buah kau yang kene rampas bapak nya.
So better kau diam dan jaga suami kau baik-baik. Dan berdoa lah satu hari nanti kau tak akan rasa apa yang bekas isteri bakal abang ipar kau rasa sekarang ni.
Jangan bertongkatkan langit mengatakan suami kau tidak akan berubah or tidak akan ada perempuan lain selain kau. Jangan cuba cabar balasan dunia Allah. Bekas isteri bakal abang ipar kau pun tak pernah tahu yang dia akan jalani cerita takdir nya seperti sekarang.
Kepada kawan yang teman penyondol kat makamah.
Ini lah rasa yang paling kecewa bila ada pertambahan watak baru , sebabkan kau perempuan, sebab tu aku kecewa dan rasa nak tahu apa perasaan kau bila kawan kau ajak kau teman ke makamah tu?
Kau rasa bangga sebab kawan kau menang rampas laki orang? Kau sokong apa kawan kau buat?
Pernah tak kau letak kan diri kau kat tempat bekas isteri kekasih kawan kau? Ada tak kau nasihat kan kawan kau yang apa dia buat ni salah? Terang-terang salah? Ataupun kau dari golongan yang sama? Mana satu?
Cuba bayang kan one day kau berada kat tempat bekas isteri kekasih kawan kau tu. Apa kau rasa?
Teruntuk keluarga si lelaki,
Sejujurnya tiada yang lain dari yang lain-lain pun, kebanyakan semua sama.
Yang paling buruk, anak tetap anak cuma persoalan nya, kenapa salah kan menantu bila kamu semua dapat tahu sisi gelap anak kamu iaitu kebenaran daripada pihak menantu? Terasa si isteri sebar aib? Terasa si isteri tidak menjaga maruah suami?
Yang kecewa pada hari talak disahkan oleh makamah, si keluarga santai meluahkan rasa bersyukur kepada orang yang menjadi punca masjid ini roboh. Terlalu buruk kah bekas menantu yang pernah mengandungkan cucu kamu?
Ada baca yang sebelah pihak lelaki salah kan bekas menantu sebab terlebih dulu curang sebab tu anak nya start curang.
Cerita dari anak kau yang kantoi khalwat ke? Cerita daripada anak yang sedang menutup salah nya? Yang mana satu menjadi punca?
Memang menantu awak menantu hantu ataupun kamu semua tak boleh terima bila menantu cerita perangai buruk anak awak dan hakikat nya apa dia cakap tu betul?
Sebaik mana anak kita, akui lah sisi gelap anak kita. Dan berdoa lah apa yang jadi tidak akan terjadi pada keluarga perempuanmu.
And last but not least kepada isteri yang disakiti, berhentilah kalau awak rasa penat. Diam tak menunjukkan awak lemah, mungkin keadilan dunia yang awak cari tidak berpihak buat masa sekarang,
Tapi percaya lah, tidak lah Allah uji sesuatu melebihi kemampuannya, boleh jadi apa yang kamu suka tidak baik untukmu.
Tiada pilihan kecuali terpaksa kuat. Berbahagia lah bersama anak awak. Anggaplah ini nikmat Allah yang awak sendiri tak sangka apa ganjarannya nanti.
Percayalah akan ada jawapan untuk semua persoalan sekarang, keep doa,doa orang teraniaya pasti diangkat. Insha Allah.
Sekian…
– Akalyma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit